Pergi ke kandungan

Sultan Mahmud Shah I, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mahmud Shah I
Sultan Kedah
Pemerintahan24 Ogos 1280 – 22 Mei 1321
Didahului olehSultan Muzzil Shah
Diikuti olehSultan Ibrahim Shah
Kemangkatan22 Mei 1321
Istana, Kota Sungai Mas
PemakamanMakam diraja Kota Sungai Mas
PasanganTengku Aishah
AnakandaSultan Ibrahim Shah
Tengku Azlin
Tengku Putri Zubaida
KerabatKedah
AyahandaSultan Muzzil Shah
AgamaIslam

Almarhum Sultan Mahmud Shah ialah Sultan Kedah yang ke-5. Baginda merupakan putera kepada sultan sebelumnya, Sultan Muzzil Shah. Pada 17 Ogos 1280, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah kelima, dan bersemayam di Kota Sungai Emas.

Baginda telah bermuafakat bersama jemaah menteri untuk mengangkat adindanya, Tengku Ahmad sebagai Raja Muda Kedah. Pada tahun 1282, baginda memerintahkan Raja Muda Ahmad untuk membangunkan sebuah kota bernama Kota Seputeh bagi mengekang musuh dari arah utara. Baginda juga memerintahkan Dato' Paduka Maharaja Temenggung Anggota Desa (Raja Temenggung) untuk membangunkan sebuah kota di Wang, hulu Sungai Merpah (Setul) yang diberi nama Kota Wang bagi menjaga musuh dari arah Tenangsari. Sebaik sahaja siap, Kota Wang diserahkan kepada Dato' Pahlawan Berma Raja manakala Kota Seputih turut diberi kepada Dato' Seraja Wang untuk menjagakannya.

Pada 14 Mei 1321, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Sungai Emas.

  • Tunku Aishah
  1. Tunku Ibrahim
  2. Tunku Azlin

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Sultan Mudzaffar Shah II
Sultan Kedah
1280-1321
Diikuti oleh:
Sultan Ibrahim Shah