Sukan menkiub
Sukan menkiub (juga dikenali sebagai menkiub) ialah sebuah sukan/hobi yang melibatkan menyelesaikan pelbagai mainan teka-teki mekanik seperti Kiub Rubik dengan sepantas mungkin. Menyelesaikan sebuah mainan teka-teki mekanik bermaksud mengembalikan mainan tersebut kepada bentuk asal dengan menggunakan siri pergerakan. Seseorang individu yang bertanding dalam pertandingan menkiub dipanggil penkiub.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Semasa kegilaan Kiub Rubik dari tahun 1980 hingga tahun 1982, sebuah Kejohanan Kiub Rubik Dunia pertama telah diadakan pada 5 Jun 1982. 19 penyerta bertanding dalam pertandingan tersebut. Pemenangnya ialah Minh Thai dari Amerika Syarikat dengan masa terpantas iaitu 22.95 saat. Penyerta-penyerta yang penting kepada perkembangan Kiub Rubik termasuk Jessica Fridrich dan Lars Petrus, kedua-dua pencipta cara penyelesaian Kiub Rubik.
Kegilaan Kiub Rubik menurun bermula pada tahun 1983, tetapi penkiub-penkiub mencipta laman sesawang berkaitan dengan menkiub melalui Internet. Laman-laman sesawang tersebut bukan sahaja membawa generasi penkiub yang baharu, malah mengajarkan mereka cara untuk menyelesaikan kiub tersebut. Laman-laman sesawang tersebut juga membina komuniti atas talian yang kian berkembang dan juga menunujukkan seni menkiub kepada pendatang baharu.
Orang yang penting dalam komuniti di laman sesawang tersebut seperti Tyson Mao, Ron van Bruchem, Chris Hardwick dan Ten Dennenbroek akhirnya ingin untuk bertemu dan bertanding dengan masing-masing di dunia sebenar. Selepas 20 tahun Kejohanan Kiub Rubik Dunia pertama diadakan, mereka menganjurkan Kejohanan Kiub Rubik Dunia kedua di Toronto pada tahun 2003. Pertandingan tersebut berjalan dengan lancar, tetapi terdapat pelbagai isu-isu yang menjejaskan pertandingan tersebut. Disebabkan oleh itu, Tyson Mao dan Ron van Bruchem menubuhkan Persatuan Kiub Dunia (PKD) pada tahun 2004., dengan matlamat untuk mengadakan "lebih banyak pertandingan di lebih banyak negara dengan lebih ramai orang dan lebih banyak kegembiraan, di bawah keadaan yang adil."[1]
Pada tahun 2004, 12 pertandingan telah diadakan. Dari tahun 2005 hingga 2006, jumlah pertandingan adalah 58. Pada 2 tahun yang berikutnya, telah diadakan lebih daripada 100 pertandingan. Setakat 2019, jumlah pertandingan yang telah diadakan telah mencecah 1000 pertandingan. Pertandingan-pertandingan zaman moden ini telah dan masih diadakan oleh Persatuan Kiub Dunia. PKD juga mengadakan Kejohanan Kiub Rubik Dunia setiap 2 tahun sekali bermula pada tahun 2003.
Pertandingan
[sunting | sunting sumber]Persatuan Kiub Dunia
[sunting | sunting sumber]Sejak 2003, pertandingan menkiub telah diadakan dengan biasa. Persatuan Kiub Dunia ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menganjurkan dan mengawasi semua pertandingan rasmi. Untuk membuat sebuah pertandingan rasmi, pertandingan tersebut perlu disahkan oleh PKD dan mematuhi peraturan-peraturan PKD. Kehadiran seorang wakil PKD juga diperlukan untuk merasmikan sebuah pertandingan. Tugas wakil PKD adalah untuk memastikan semua peraturan PKD dipatuhi oleh peserta-peserta. Setelah pertandingn tamat, keputusan pertandingan tersebut di muat naik ke laman sesawang PKD.
Format
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan acara di pertandingan menkiub menggunakan purata masa tengah daripada 5 format. Ini melibatkan peserta melakukan 5 penyelesaian dalam satu pusingan, kemudian masa terpantas dan masa terlambat tidak dikira dan meninggalkan 3 masa tengah yang dipuratakan untuk menentukan keputusan pusingan tersebut. Ini dikenali sebagai Ao5. Acara kiub 6x6x6 dan 7x7x7 menggunakan purata penuh daripada 3 penyelesaian - tiada masa yang tidak dikira untuk mengira purata. Ini dikenali sebagai Mo3 Acara 3x3x3 tutup mata dan pergerakan tersedikit, antara Ao5 atau Mo3 akan digunakan, manakala dalam acara kiub 4x4x4 dan 5x5x5 tutup mata serta kiub 3x3x3 tutup mata berganda menggunakan 1 masa terpantas atau purata masa daripada 2 atau 3 penyelesaian untuk mengira masa satu pusingan, berdasarkan pertandingan.
Apabila satu pusingan bermula, peserta-peserta memberikan kiub yang mereka akan guna kepada seorang wakil PKD. Kiub dicampurkan oleh seorang lagi wakil PKD, menggunakan algoritma yang mencampurkan kiub yang dihasilkan oleh komputer. Setiap pusingan menggunakan 5, 3 atau 1 algoritma pencampuran, berdasarkan format yang digunakan. Setip peserta dalam pusingan akan mendapat setiap algoritma pencampuran sekali. Sebelum memulakan penyelesaian, peserta diberi 15 saat untuk menyiasat kiub yang telah dicampurkan. Ini juga dikenali sebagai masa penyiasatan. Masa penyiasatan tidak diberikan dalam acara-acara tutup mata. Ini diawasi oleh seorang hakim dengan jam randik. Apabila penyelesaian telah dilakukan, hakim mencatatkan masa di skor kad peserta dan ditandatangani oleh kedua-dua hakim dan peserta. Sekiranya kiub tidak diselesaikan apabila alat pencatat masa ditekan atau apabila peserta melebihi masa penyiasatan yang diberikan dengan 2 saat, masa dicatat sebagai "DNF". (Tidak siap/Did not finish) Peserta juga akan ditambahkan 2 saat pada masa penyelesaian mereka untuk pelbagai sebab seperti satu permukaan kiub tidak berada dalam keadaan asal dengan 45 darjah lebih. Peserta juga akan diberikan satu percubaan lebih untuk menggantikan percubaan sebelumnya sekiranya peserta mengalami kerosakan alat pencatat masa atau diganggu oleh orang lain ketika percubaan.
Alat pencatat masa rasmi yang digunakan dalam pertandingan ialah Pencatat masa Stackmat. Terdapat pad sentuh sensitif yang bertindak balas apabila pengguna menaikkan satu atau kedua-dua tangan mereka untuk memulakan masa dan apabila pengguna meletakkan kembali kedua-dua tangan mereka pada pad tersebut selepas melepaskan kiub untuk menghentikan pencatat masa.
Acara-acara
[sunting | sunting sumber]Sejak 2020, PKD menganjurkan pertandingan rasmi dalam 17 acara. Bukan semuanya ditawarkan pada setiap pertandingan, tetapi semua acara kebiasaannya ditawarkan di pertandingan kebangsaan, benua dan antarabangsa. Acara-acara tersebut ialah:
- Kiub 3x3x3
- Kiub 2x2x2
- Kiub 4x4x4
- Kiub 5x5x5
- Kiub 6x6x6
- Kiub 7x7x7
- Kiub 3x3x3 tutup mata (3BLD)
- Kiub 3x3x3 pergerakan tersedikit (FMC)
- Kiub 3x3x3 satu tangan (OH)
- Megaminks
- Piraminks
- Jam Rubik
- Skewb
- Segi empat-1
- Kiub 4x4x4 tutup mata (4BLD)
- Kiub 5x5x5 tutup mata (5BLD)
- Kiub 3x3x3 tutup mata berganda (MBLD)
Sesetengah pertandingan juga menganjurkan acara-acara yang tidak rasmi seperti Kiub Redi dan Kiub Dino.
Kejohanan Kiub Rubik Dunia
[sunting | sunting sumber]PKD menganjurkan Kejohanan Kiub Rubik Dunia setiap 2 tahun sekali bermula pada tahun 2003. Kejohanan tersebut akan menentukan johan Kiub Rubik dunia. Setiap acara rasmi diadakan di kejohanan tersebut. Kejohanan Kiub Rubik Dunia mengambil perancangan yang amat terperinci oleh sebilangan sukarelawan, serta komitmen kewangan yang banyak untuk menempah tempat dan membuat persediaan yang perlu. Setakat 2019, sejumlah 10 Kejohanan Kiub Rubik Dunia telah diadakan:
Kejohanan | Tahun | Tempat | Tarikh | Negara | Mainan | Acara | Johan | Masa menang | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pertama | 1982 | Budapest | 5 Jun | 19 | 1 | 1 | Minh Thai | 22.95 saat | [2] |
Kedua | 2003 | Toronto | 23-24 Ogos | 15 | 9 | 13 | Dan Knights | 22.00 saat | [3] |
Ketiga | 2005 | Lake Buena Vista | 5-6 November | 16 | 9 | 15 | Jean Pons | 15.10 saat | [4] |
Keempat | 2007 | Budapest | 5-7 Oktober | 28 | 10 | 17 | Yu Nakajima | 12.46 saat | [5] |
Kelima | 2009 | Düsseldorf | 9-11 Oktober | 32 | 12 | 19 | Breandon Vallance | 10.74 saat | [6] |
Keenam | 2011 | Bangkok | 14-16 Oktober | 35 | 12 | 19 | Michał Pleskowicz | 8.65 saat | [7] |
Ketujuh | 2013 | Las Vegas | 26-28 Julai | 35 | 10 | 17 | Feliks Zemdegs | 8.18 saat | [8] |
Kelapan | 2015 | São Paulo | 17-19 Julai | 37 | 11 | 18 | Feliks Zemdegs | 7.56 saat | [9] |
Kesembilan | 2017 | Paris | 13-16 Julai | 64 | 11 | 18 | Max Park | 6.85 saat | [10] |
Kesepuluh | 2019 | Melbourne | 11-14 Julai | 52 | 11 | 18 | Philipp Weyer | 6.74 saat | [11] |
Rekod dunia
[sunting | sunting sumber]Yang berikut adalah rekod-rekod dunia rasmi yang disahkan oleh PKD:
Nota: Masa yang terpantas dan terlambat akan dikurungkan menggunakan kurungan untuk Ao5.
Acara | Jenis | Keputusan | Pemilik | Pertandingan (Tarikh) | Butiran keputusan |
---|---|---|---|---|---|
3x3x3 | Satu penyelesaian | 3.47 | Yusheng Du | Wuhu Open 2018 (24-25 November) | - |
Purata masa (Ao5) | 5.09 | Tymon Kolasiński | Cubers Eve Lubartów 2021 (18-19 Disember) | (4.73) / 4.83 / 5.24 / (6.57) / 5.20 | |
2x2x2 | Satu penyelesaian | 0.49 | Maciej Czapiewski | Grudziądz Open 2016 (19-20 Mac) | - |
Purata masa (Ao5) | 1.05 | Zayn Khanani | Finnish Championship 2021 (30-31 Oktober) | 1.07 / (1.77) / 1.08 / 1.01 / (0.88) | |
4x4x4 | Satu penyelesaian | 16.86 | Max Park | CubingUSA Western Championship 2021 (26-28 November) | - |
Purata masa (Ao5) | 20.94 | Max Park | Missoula 2021 (6-7 November) | (19.77) / (24.98) / 20.82 / 20.12 / 21.88 | |
5x5x5 | Satu penyelesaian | 34.92 | Max Park | Houston Winter 2020 (25 Januari) | - |
Purata masa (Ao5) | 39.49 | Max Park | CubingUSA Western Championship 2021 (26-28 November) | (42.95) / 40.54 / 38.36 / 39.56 / (38.26) | |
6x6x6 | Satu penyelesaian | 1:09.51 | Max Park | Houston Winter 2020 (25 Januari) | - |
Purata masa (Mo3) | 1:15.90 | Max Park | Houston Winter 2020 (25 Januari) | 1:09.51 / 1:23.93 / 1:14.27 | |
7x7x7 | Satu penyelesaian | 1:40.89 | Max Park | CubingUSA Kebangsaan 2019 (1-4 Ogos) | - |
Purata masa (Mo3) | 1:46.57 | Max Park | Houston Winter 2020 (25 Januari) | 1:54.24 / 1:42.12 / 1:43.34 | |
3x3x3 tutup mata | Satu penyelesaian | 14.67 | Tommy Cherry | Florida Fall 2021 (11-12 Disember) | - |
Purata masa (Mo3) | 15.24 | Tommy Cherry | Florida Fall 2021 (11-12 Disember) | 14.67 / 15.47 / 15.57 | |
3x3x3 pergerakan tersedikit | Satu penyelesaian | 16 | Sebatiano Tronto | FMC 2019 (15-16 Jun) | - |
Purata masa (Mo3) | 21.00 | Cale Schoon | North Star Cubing Challenge 2020 (18-19 Januari) | 23 / 18 / 22 | |
3x3x3 satu tangan | Satu penyelesaian | 6.82 | Max Park | Bay Area Speedcubin' 20 2019 (12 Oktober) | - |
Purata masa (Ao5) | 9.34 | Max Park | Missoula 2021 (6-7 November) | (7.91) / 9.55 / (10.91) / 8.82 / 9.65 | |
Megaminks | Satu penyelesaian | 27.22 | Juan Pablo Huanqui | La Tienda Cubera Christmas 2019 (21-22 Disember) | - |
Purata masa (Ao5) | 30.39 | Juan Pablo Huanqui | Wuxi Open 2019 (10-11 Ogos) | 30.12 / (28.50) / (31.19) / 29.97 / 31.07 | |
Piraminks | Satu penyelesaian | 0.91 | Dominik Górny | Byczy Cube Race 2018 (23-24 Jun) | - |
Purata masa (Ao5) | 1.79 | Simon Kellum | Gem City 2022 (9 Januari) | (1.24) / 1.67 / 1.59 / 2.10 / (3.20) | |
Jam Rubik | Satu penyelesaian | 2.87 | Yunhao Lou | Guangdong Open 2021 (1-3 Mei) | - |
Purata masa (Ao5) | 3.86 | Yunhao Lou | Guangzhou Good Afternoon 2020 (13 Disember) | (3.52) / 4.82 / (4.57) / 3.54 / 3.76 | |
Skewb | Satu penyelesaian | 0.93 | Andrew Huang | Kejohanan Dunia PKD 2019 (11-14 Julai) | - |
Purata masa (Ao5) | 1.86 | Carter Kucala | Cubetcha A 2021 (4 Disember) | 2.02 / (1.32) / 1.83 / (3.29) / 1.73) | |
Segi empat-1 | Satu penyelesaian | 4.59 | Martin Vædele Egdal | Danish Championship 2020 (4-6 September) | - |
Purata masa (Ao5) | 6.06 | Sameer Aggarwal | Richmond Open B 2021 (12 Disember) | (6.94) / 5.56 / 5.96 / (4.91) / 6.65 | |
4x4x4 tutup mata | Satu penyelesaian | 57.87 | Stanley Chapel | CubingUSA Western Championship 2021 (26-28 November) | - |
Purata masa (Mo3) | 1:08.76 | Stanley Chapel | Michigan Cubing Club Epsilon 2019 (15 Disember) | 1:02.51 / 1:14.05 / 1:09.72 | |
5x5x5 tutup mata | Satu penyelesaian | 2:21.61 | Stanley Chapel | Michigan Cubing Club Epsilon 2019 (15 Disember) | - |
Purata masa (Mo3) | 2:27.63 | Stanley Chapel | Michigan Cubing Club Epsilon 2019 (15 Disember) | 2:32.48 / 2:28.80 / 2:21.62 | |
3x3x3 tutup mata berganda | Biasa | 59/60 | Graham Siggins | OSU Blind Weekend 2019 (8-10 November) | 59:46 |
Perniagaan
[sunting | sunting sumber]Sejak peningkatan menkiub dalam populariti, pelbagai perniagaan yang mengkhususkan menkiub telah dibuka. Terdapat banyak syarikat antarabangsa yang menghasilkan kiubnya sendiri dengan teknologi yang lebih canggih untuk membenarkan masa penyelesaian yang pantas. Antara syarikat yang terkenal adalah Moyu, Gancube dan QiYi.
Terdapat juga syarikat yang mengkhususkan dalam menjual kiub, serta membuat perubahan mereka sendiri dan modifikasi berkualiti tinggi. Dari Amerika Syarikat, syarikat termasuk TheCubicle dan Speedcubeshop. Dari United Kingdom, syarikat termasuk KewbzUK, The Puzzle Store dan BritCubes. Dari Malasyia, kedai termasuk Mspeedcube. Kedai antarabangsa termasuk Lightake.
Semua ini menolong untuk melonjatkan menkiub ke peringkat global, bukan sahaja sebagai sukan dan hobi malah sebagai perniagaan antarabangsa.
Juga lihat
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.worldcubeassociation.org/about
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC1982
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2003
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2005
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2007
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2009
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2011
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2013
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2015
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2017
- ^ https://www.worldcubeassociation.org/competitions/WC2019