Sukan di Argentina
Argentina dikenali di seluruh dunia sebagai negara bola sepak. Negara ini pernah menjadi tuan rumah pertandingan bolasepak yang terunggul iaitu Piala Dunia pada tahun 1978 dan pernah menjuarai pertandingan berprestij ini sebanyak dua kali iaitu pada 1978 dan 1986. Antara pemain yang terkenal termasuklah Diego Maradona dan Mario Kempes.
Kini, Argentina bukan sahaja terkenal dengan bola sepak, malah sukan-sukan yang lain seperti tenis, bola tampar, hoki, ragbi dan bola keranjang.
Bola sepak
[sunting | sunting sumber]Bola sepak atau dalam bahasa tempatan Futbol merupakan kegilaan ramai di negara ini dan setiap minggu mereka akan berkumpul di stadium untuk menonton pasukan kegemaran mereka bertanding. Tiga pasukan yang paling popular di Argentina ialah Boca Juniors, Independiente dan River Plate. Di samping itu terdapat dua lagi pasukan yang meningkat naik iaitu Racing Club dan San Lorenzo. Setiap tahun terdapat dua pertandingan liga nasional: "Torneo Clausura" dari Februari ke Julai, dan "Torneo Apertura" dari Ogos ke Disember.
Tenis
[sunting | sunting sumber]Sukan tenis semakin popular pada akhir 80an apabila Gabriela Sabatini mengharumkan nama negara apabila menjadi pemain tenis ketiga terbaik dunia antara 1991 dan 1993. Kini Argentina mempunyai pasukan yang paling mantap dengan 12 pemain berada ditangga 100 terbaik didunia. Antaranya termasuklah Guillermo Coria dengan kedudukan yang agak tinggi di dunia dan David Nalbandian, yang bertanding di peringkat akhir Wimbledon pada 2002. Manakala pemain-pemain yang sedang meningkat naik ialah Guillermo Ganas, Gaston Gaudio dan Ignacio Chela.
Pato
[sunting | sunting sumber]Pato merupakan suatu sukan yang unik di Argentina, dan ia mula dipermainkan oleh kaum Gaucho. Pato bermakna "itik" di dalam bahasa Sepanyol. Pada asalnya permainan ini melibatkan dua pasukan penunggang kuda dan Pato iaitu sebuah beg (pouch) kulit yang mengandungi seekor itik. Beg ini mempunyai dua pemegang dan seorang dari kedua pasukan ini akan menarik pemegang sehinggalah ia terlepas. Pemain yang dapat merampas pato tersebut akan dikejar oleh pasukan lawan untuk mendapat kembali pato tersebut. Sukan ini amat merbahaya dan ia telah diharamkan pada 1882. Namun pada akhir 1930an, ia telah dihidupkan semula dan diberi nafas baru. Sekarang dua pasukan yang terdiri daripada empat pemain akan cuba melontar pato yang baru, sebuah bola kulit dengan enam pemegang, kedalam jaring pihak lawan.
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Sejak kebelakangan ini, bola tampar, bola keranjang, hoki dan ragbi merupakan empat permainan yang semakin popular di negara ini. Ramai rakyatnya berminat dengan sukan tersebut kerana prestasi pemain yang memberangsangkan di arena antarabangsa.