Sukan Paralimpik Musim Panas 1968
Bandar tuan rumah | Tel Aviv, Israel |
---|---|
Penyertaan negara | 28 |
Penyertaan atlet | 750 |
Acara | 181 dalam 10 sukan |
Upacara pembukaan | 4 November 1968 |
Upacara penutupan | 13 November 1968 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Yigal Allon |
Stadium utama | Tel Aviv Thingstätte |
Sukan Paralimpik Musim Panas 1968 (bahasa Inggeris: 1968 Summer Paralympics , Ibrani: המשחקים הפאראלימפיים בקיץ 1968 ) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Tel Aviv, Israel dari 4 hingga 13 November 1968.[1]
Temasya tersebut asalnya dijadualkan untuk diadakan di Bandar Raya Mexico, tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Panas 1968. Namun pada tahun 1966, kerajaan Mexico mengatakan bahawa mereka tidak mampu menganjurkannya disebabkan oleh kekangan teknikal.[2] Kerajaan Israel telah menawar untuk menganjurkan temasya tersebut di Tel Aviv dan tawaran tersebut telah diterima. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Paralimpik diadakan di bandar yang berbeza dengan Sukan Olimpik.
Acara sukan
[sunting | sunting sumber]Boling padang telah dipertandingkan buat kali yang pertama. Dalam bola keranjang kerusi roda, acara perempuan telah ditambah manakala acara lumba kerusi roda 100 m lelaki telah ditambah dalam olahraga.[3]
Acara Sukan Paralimpik Musim Panas 1960 | ||
---|---|---|
|
Jadual pingat
[sunting | sunting sumber]Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 33 | 27 | 39 | 99 |
2 | Great Britain | 29 | 20 | 20 | 69 |
3 | Israel* | 18 | 21 | 23 | 62 |
4 | Australia | 15 | 16 | 7 | 38 |
5 | Perancis | 13 | 10 | 9 | 32 |
6 | Jerman Barat | 12 | 12 | 11 | 35 |
7 | Itali | 12 | 10 | 17 | 39 |
8 | Belanda | 12 | 4 | 4 | 20 |
9 | Argentina | 10 | 10 | 10 | 30 |
10 | Afrika Selatan | 9 | 10 | 7 | 26 |
Jumlah (10 negara) | 163 | 140 | 147 | 450 |
Penyertaan
[sunting | sunting sumber]Dua puluh lapan delegasi telah menyertai Sukan Paralimpik 1968.[4] Kanada, Denmark, Ethiopia, India, Jamaica, New Zealand, Korea Selatan dan Sepanyol telah menyertai Sukan Paralimpik buat kali yang pertama. Afrika Selatan masih dibenarkan untuk bertanding walaupun dilarangkan daripada menyertai Sukan Olimpik disebabkan oleh perlaksanaan dasar Aparteid di negara tersebut.[5][6]
Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai | |||
---|---|---|---|
|
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tel Aviv 1968", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
- ^ "1968 Tel Aviv". insidethegames.biz. Dunsar Media Company. Dicapai pada 11 October 2015.
- ^ "Tel Aviv 1968". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2011-07-12.
- ^ "Medal Standings - Tel Aviv 1968 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2011-07-12.
- ^ "'The Netherlands against Apartheid' - 1970s", International Institute of Social History
- ^ South Africa at the Paralympics, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sukan Paralimpik Musim Panas 1968 |
Didahului oleh Tokyo |
Sukan Paralimpik Musim Panas Tel Aviv Sukan Paralimpik Musim Panas (1968) |
Diikuti oleh: Heidelberg |