Suhaidi Saad
Kapten Suhaidi Saad | |
---|---|
Kelahiran | Suhaidi Saad |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Army - Leftenan Kolonel |
Terkenal kerana | Penerima bintang kehormat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan pingat Panglima Gagah Berani |
Kampung asal | Bukit Mertajam |
Kapten Suhaidi bin Saad adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 1995 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan sekumpulan lanun di Laut Sulu.
Leftenan M Suhaidi Hj Saad mengetuai Platun 2 Kompeni A 21 RAMD yang hanya berkekuatan enam orang diserang oleh sekumpulan lanun di Laut Sulu pada 27 Ogos 1993 kira-kira jam 0500. Leftenan M Suhaidi bertindak membangkitkan semangat anggota-anggotanya untuk bertempur walaupun berkekuatan kecil.
Lt M Suhaidi mempamerkan keberanian dengan membalas tembakan lanun tanpa menghiraukan risiko dan keselamatan diri sambil mengarahkan anggota-anggotanya menembak ke arah lanun. Platunnya membunuh dua orang lanun dan mencederakan tiga yang lain. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 1995.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Keberanian Dan Pengorbanan Diarkibkan 2014-03-28 di Wayback Machine