Suara Hatiku
Penampilan
Suara Hatiku merupakan album pasca kematian kedua dan yang terakhir penyanyi rock Indonesia, Nike Ardilla yang diterbitkan pada tahun 1996, iaitu selang setahun setelah pemergiannya. Promo melalui video klip membuat album ini laris di pasaran, bahkan gaya rambut beliau ketika itu yang menjadi ikutan sehingga saat ini. Seperti album Mama Aku Ingin Pulang, lagu-lagu didalam album ini juga merupakan koleksi lagu yang sudah dirakam sewaktu hayat beliau namun tidak diterbitkan pada waktu itu diatas permintaan penyanyi ini sendiri ketika itu.
Suara Hatiku | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1996 | |||
Dirakamkan pada | 1992-1995 | |||
Tempat | Malaysia dan Indonesia | |||
Genre | Slow Rock, Pop Rock | |||
Panjang | 40:50 | |||
Bahasa | Bahasa Indonesia | |||
Syarikat | Music Plus Musica Studio's | |||
Kronologi Nike Ardilla | ||||
| ||||
Single daripada Suara Hatiku | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Single
[sunting | sunting sumber]- Suara Hatiku
- Lagu ini ada asalnya bertajuk Aku Tak Akan Bersuara dimana lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer dari negara jiran, Malaysia, iaitu Saari Amri. Sebenarnya lagu ini sudah dikeluarkan pada 1994 dan telahpun dimuatkan didalam album Duri Terlindung pada tahun yang sama. Namun ketika dipenghujung 1994, lagu ini telah dirakamkan semula dan diubah sebahagian liriknya, serta judulnya juga telah ditukarkan kepada Suara Hatiku bagi untuk mempromosikan lagu ini dipasaran Indonesia. Penggambaran video klip lagu ini juga dilakukan beberapa hari sebelum pemergian sang diva rock ini.
- Pengembara Terasing
- Lagu ini sebenarnya telahpun dirakam disekitar tahun 1992 dimana lagu ini adalah hasil ciptaan komposer dari Malaysia, Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe, iaitu bekas gitaris kumpulan rock terkenal di negara jiran itu, Kumpulan Wings. Lagu ini juga turut dimuatkan kedalam album kompilasi mereka, iaitu Wings & Superfriends bagi mengenang semula Nike Ardilla semasa hayatnya.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Pencipta | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Suara Hatiku" | Saari Amri, Adit OB | 4:30 | |||||||
2. | "Rindu Kasih" | Yuke NS | 4:53 | |||||||
3. | "Fakta" | Erens F. Mangalo | 3:49 | |||||||
4. | "Kau Bukan Milikku Lagi" | Ririn S, Angga Widodo | 4:22 | |||||||
5. | "Kalau Aku Bisa Terbang" | Deddy Dhukun | 4:33 | |||||||
6. | "Putuslah Sudah" | Wildan HS, Dhenda | 5:06 | |||||||
7. | "Cukup Sampai Disini" | Doddy Lesmana | 4:51 | |||||||
8. | "Pengembara Terasing" | JW Wings, Bob | 4:46 | |||||||
9. | "Untuk Kekasihku" | Deddy Dhukun | 4:23 | |||||||
Jumlah masa: 40:50 |