Pergi ke kandungan

Suami, Isteri dan .....?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Suami, Isteri dan ...?)
Suami, Isteri dan .....?
PengarahSuhan Panshacharam
PenulisYusuf Abas
Dihasilkan olehSuhan Panshacharam
Dibintangi
Disunting olehElias Maidin
Muzik olehShamsul Cairel
Syarikat
penerbitan
Berjaya Film Production
Tarikh tayangan
  • 6 Jun 1996 (1996-06-06) (Malaysia)
Masa tayangan
131 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Suami, Isteri dan .....? ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia Malaysia 1996 yang ditayangkan pada 6 Jun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Suhan Panshacharam. Skrip untuk filem ini telah ditulis oleh Yusuf. Dibintangi Rosyam Nor, Lydiawati dan Sheila Rusly.

Kebahagiaan rumahtangga Fatah dan Salmah yang dibina atas dasar cinta pertama. Akhirnya runtuh apabila timbul salah faham diantara mereka. Setelah Fatah membantu Jamilah mendapatkan tuntutan insuran berikut kematian suaminya. Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula dan terperanjat setelah mengetahui bahawa mereka bertugas di pejabat yang sama dimana Fatah sebagai ketuanya.

Pada suatu hari, Salmah telah cuba digoda oleh seseorang lelaki buaya yang satu pejabat dengannya. Oleh kerana kecewa apabila hasratnya tidak terbalas. Lelaki itu telah membuat fitnah kononnya dia telah menodai Salmah. Perkara tersebut membuatkan seluruh pejabat menjadi kecoh. Salmah yang pasrah dengan apa yang terjadi mula insaf dan menyesali perbuatannya terhadap Fatah sehingga menyebabkan mereka berpisah ketika dahulu. Akhirnya Salmah telah membuat keputusan untuk kembali kepada suaminya.

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
1997 Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996 Pelakon Wanita Terbaik Lydiawati Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]