Pergi ke kandungan

Stridulasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Stridulasi merupakan tindakan menghasilkan bunyi dengan menggosok-gosok anggota badan tertentu. Perilaku ini paling banyak dikaitkan dengan serangga, namun banyak juga haiwan lain yang juga diketahui berbuat demikian, seperti beberapa spesies ikan, ular dan labah-labah. Mekanisme ini biasanya terdiri daripada satu anggota yang mempunyai bibir, rabung atau bintil yang cukup persis (iaitu "pengikis" atau plektrum) menggesel permukaan yang bersesuaian ("kikir" atau stridulitrum—juga dipanggil pars stridens) ataupun sebaliknya, sekaligus menghasilkan getaran, umpama jarum fonograf menggesel piring hitam. Adakalanya, anggota kikir itulah yang menghasilkan bunyi, dan adakalanya juga anggota pengikis.[1]


  1. ^ Lyal, C. H. C.; King, T. (1996). "Elytro-tergal stridulation in weevils (Insecta: Coleoptera: Curculionoidea)". J. Nat. Hist. 30: 703–773. doi:10.1080/00222939600770391.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]