Stik batang pinang
Dalam penjualan daging Amerika, stik batang pinang atau stik sirloin ialah potongan daripada daging batang pinang, iaitu posterior subprimal hingga ke loin pendek di mana stik tulang T, porterhouse, dan belantan dipotong. Daging batang pinang dibahagikan kepada beberapa jenis stik. Batang pinang atas adalah yang paling bernilai dan ditandakan khusus untuk dijual dengan nama tersebut. Batang pinang bawah, yang lebih lembut dan besar pula, biasa ditandakan untuk dijual sebagai "stik pinggul". Batang pinang bawah seterusnya bersambung dengan panggang hujung batang pinang.
Dalam penjualan daging British, Afrika Selatan dan Australia, istilah daging batang pinang merujuk pada potongan daging dari tengah atas binatangnya, menyamai loin pendek Amerika, sedangkan daging batang pinang Amerika dipanggil daging pinggul. Lantaran perbezaan dalam terminologi, di negara-negara ini, stik tulang T dianggap sebagai potongan batang pinang.