Stesen kereta api Melalap
Stesen Kereta Api Melalap | |
---|---|
Lokasi | Melalap, Sabah Malaysia |
Koordinat | 5°14′31″N 115°59′55″E / 5.24194°N 115.99861°EKoordinat: 5°14′31″N 115°59′55″E / 5.24194°N 115.99861°E |
Dimiliki oleh | Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (kini) |
Dikendalikan oleh | Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara |
Laluan | Laluan Kereta Api Borneo Utara (kini, Laluan Kereta Api Barat Sabah) |
Pembinaan | |
Templat letak kenderaan | No |
Kemudahan basikal | No |
Sejarah | |
Dibuka | 01 Ogos 1914 |
Ditutup | s. 1970 atau 1971 |
Lokasi | |
Laluan Keretapi Barat Sabah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Stesen Kereta Api Melalap merupakan bekas stesen kereta api Laluan Keretapi Barat Sabah yang terletak di Melalap, Sabah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1900-an, seperti kebanyakan kawasan di Bahagian Pantai Barat, Sabah; sebahagian besar kawasan di Melalap telah ditanam dengan pokok getah.[1] Sebuah lalu kereta api ke Melalap kemudiannya telah dibina oleh seorang jurutera Inggeris, Arthur J. West menggunakan buruh asing dari China yang terdiri daripada masyarakat Hakka dan Kantonis.[2][3] Laluan kereta api tersebut siap pada tahun 1906 untuk mengangkut barang dan juga membawa orang ke bandar-bandar besar.[4] Laluan tersebut telah dibuka pada 1 Ogos 1914.[4] Namun begitu, disebabkan oleh perubahan ekonomi di sekitar Melalap, laluan kereta api tersebut telah ditutup dan perkhimatannya telah ditamatkan pada tahun 1970-1971.[5] Stesen kereta api ini akhirnya ditutupi dengan semak akibat tidak dilakukan apa-apa melainkan beberapa percubaan menyelamatkannya namun gagal kerana kekurangan peruntukan dan sokongan.[1]
Pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2016, hasil usaha seorang sukarelawan, Richard Ker yang juga merupakan pengasas Persatuan Sejarah Borneo Utara, kawasan stesen tersebut telah dibersihkan dan dibaiki serta pelancaran kempen #SaveMelalapStation (#SelamatkanStesenMelalap) sebagai sebahagian usaha kumpulan tersebutan untuk melindungi kesemua struktur sejarah di Sabah.[6] Ia turut dibiayai oleh syarikat-syarikat besar dan lain-lain parti yang turut menyumbangkan untuk pengumpulan data bagi menyelamatkan stesen ini.[7] Pada 9 Mac 2017, stesen ini telah diwartakan sebagai sebahagian daripada tapak sejarah oleh kerajaan Sabah.[4] Timbalan Ketua Menteri, Joseph Pairin Kitingan berkata pada 20 Mac 2017 bahawa bangunan stesen lama juga perlu diperlihara sebagai Warisan Negara.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Richard Ker (22 Mac 2016). "Melalap Station Restoration and Conservation Project #SaveMelalapStation". North Borneo Historical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.
- ^ Danny Wong Tze Ken (1999). "Chinese Migration to Sabah Before the Second World War". Persée. m/s. 131–158. Dicapai pada 7 Mei 2017.
- ^ Rob Dickinson. "The North Borneo Railway Project". The International Steam Pages. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2013. Dicapai pada 7 Mei 2017.
- ^ a b c Jenne Lajiun (10 Mac 2017). "Sabah's first railway station proposed as historical heritage site". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.
- ^ Dr. Johnstone; A. J. West (Officers of the Company) (3 Februari 1898). "North Borneo Chartered Company: North Borneo Railway; The first train in North Borneo". British North Borneo Chartered Company: Views of British North Borneo, Printed by W. Brown & co., limited, London, 1899. Malayan Railways. Dicapai pada 7 Mei 2017.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Stephanie Lee (6 July 2016). "Old rail station to be saved". The Star. Dicapai pada 6 Mei 2017.
- ^ "NGO makes saving colonial station first main task". Daily Express. 10 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.
- ^ "Melalap railway station building to be preserved as National Heritage – Pairin". The Borneo Post. 22 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Stesen kereta api Melalap di Wikimedia Commons