Stesen Zaoyuan
Lokasi | Jalan Xinghua dan Jalan Zaoyuan, Daerah Daxing, Beijing, China | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 39°45′7.04″N 116°19′33.80″E / 39.7519556°N 116.3260556°EKoordinat: 39°45′7.04″N 116°19′33.80″E / 39.7519556°N 116.3260556°E | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Beijing MTR | ||||||||||
Laluan | Laluan Daxing | ||||||||||
Platform | 2 (1 platform pulau) | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Bas, teksi | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 30 Disember 2010 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen Zaoyuan (Cina ringkas: 枣园站 ; Cina tradisional: 棗園站 ; pinyin: Zǎoyuán Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Zaoyuan dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen Zaoyuan terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Xinghua (Cina ringkas: 兴华大街 ; pinyin: Xīnghuá Dàjiē) dan Jalan Zaoyuan (Cina ringkas: 枣园路 ; pinyin: Zǎoyuán Lù).[3][4] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran Subdaerah Qingyuan, di daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan petempatan Zaoyuanshangcheng Beiqu (早圆尚城北区), Zaoyuanshangcheng Nanqu (早圆尚城南区), Zhongjian' Guaojigang (中建国际港), Shouyishangcheng (首邑上城), komuniti Binhe Xili (滨河西里小区), Zaoyuan Dongli Zhongqu (枣园东里中区), Zaoyuan Dongli Xiqu (枣园东里西区), Shengfangmingyuan (盛芳茗苑), Caihongxincheng (彩虹新城), komuniti Xaoyuan (枣园小区) dan Liyuandongli (丽园东里).[3]
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]G | Aras Jalan | Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi |
B1 | Aras Legar | Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis |
B2 | Platform Arah Utara |
← Daxing menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Gaomidiannan) |
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan
| ||
Platform Arah Selatan |
→ Daxing menuju ke Tiangongyuan (Qingyuan Lu) |
Dalaman stesen
[sunting | sunting sumber]Aras legar stesen Zaoyuan terletak di aras bawah tanah, di simpang empat Jalan Xinghua dan Jalan Zaoyuan. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A dan B manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar C dan D. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar selatan berdekatan dengan pintu keluar C dan D. Stesen Zaoyuan juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]
Stesen Zaoyuan mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]
Pintu capaian
[sunting | sunting sumber]Empat pintu stesen yang dibina di stesen Zaoyuan, pintu A, B, C dan D. Pintu C mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]
Sambungan
[sunting | sunting sumber]Apabila stesen Zaoyuan dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[5]
- Beijing Public Transport Group: 410, 631快
- Beijing Bafangda Passenger Transport: 829, 937, 954, 968
- Daxing Bus: 兴47, 兴66, X101, X102, X104, X105
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
- ^ a b c "Around the Station – Zaoyuan – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Zaoyuan – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
- ^ "轨道交通大兴线规划方案公告" [Notis Pelan dan Skim untuk laluan kereta api iaitu Laluan Daxing] (dalam bahasa Cina). 北京市规划委员会 (Beijing Municipal Commission of Planning and Natural Resources). 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2010-11-27.
- ^ a b c d "Facility – Zaoyuan – Beijing MTR" [Infrastruktur – Zaoyuan – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Stesen Zaoyuan di Wikimedia Commons