Pergi ke kandungan

Stadium UiTM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Stadium UiTM ialah sebuah stadium yang terletak di Shah Alam, Malaysia. Jumlah kapasiti untuk penonton yang mampu untuk ditampung oleh stadium ini pada ketika ia digunakan sebagai tempat untuk satu-satu pertandingan serta suatu perlawanan adalah berjumlah kira-kira 6000 penonton. Pada asalnya dan asasnya Stadium ini telah dibina untuk Universiti Teknologi MARA dan pasukan bola sepak UiTM FC. SPA FC sebagai satu lagi pasukan yang menyewa stadium ini. Stadium ini kadangkala digunakan untuk perlawanan bola sepak dan juga ragbi. Aktiviti yang diadakan di universiti juga diadakan di sini.

Stadium ini juga digunakan untuk perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Maldives pada 26 November 2009 yang menyaksikan Malaysia tewas 1-0 kepada Maldives.[1]

  1. ^ Rhinos 1412 (27 November 2009). "Malaysia 0 Maldives 1". Harimau Malaya. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2010. Dicapai pada 11 April 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)