Stadium Tertutup Sibu
Sibu Indoor Stadium | |
Lokasi | Sibu, Sarawak, Malaysia |
---|---|
Koordinat | 2°20′11″N 111°50′43″E / 2.336513°N 111.845368°EKoordinat: 2°20′11″N 111°50′43″E / 2.336513°N 111.845368°E |
Kapasiti | Maksimum 4,250[1] |
Keluasan | 10[2] |
Papan Markah | Ya |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 20 Jun 2014[2] |
Dibina | 2013-2016[3] |
Dibuka | 11 Julai 2016[1] |
Kos pembinaan | RM 39 juta[1] |
Kontraktor utama | Woodville Sdn Bhd[2] |
Stadium Tertutup Sibu adalah sebuah stadium yang terletak di Sibu, Sarawak. Stadium ini terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sibu.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Majlis pecah tanah stadium telah diadakan pada 20 Jun 2014 oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh. Pembinaan stadium itu siap pada 2 April 2016.[4] Stadium ini dibuka pada 11 Julai 2016 dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.[1][4]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Stadium ini mempunyai lapan gelanggang badminton, satu gelanggang bola keranjang, dua gelanggang bola tampar, dua lorong trek jogging dan tempat duduk utama dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 4,250 orang.[5] Stadium ini juga dilengkapi dengan 479 tempat parkir kereta, 89 motosikal dan 16 untuk jurulatih pentas.[5]
Acara penting
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Sibu Indoor Stadium all set for Sukma". Dicapai pada 19 July 2016.
- ^ a b c "Top facility comes Sibu's way". Dicapai pada 19 July 2016.
- ^ "'Construction of Sibu Indoor Stadium has started'". Dicapai pada 19 July 2016.
- ^ a b c "State Secretary hopes to see Sibu producing national shuttlers". Dicapai pada 19 July 2016.
- ^ a b "New Sibu Sports Centre raises stakes in March". Dicapai pada 19 July 2016.
- ^ "Sibu gear up for Malaysian Masters". Dicapai pada 18 January 2017.