Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang | |
Jenis | Perintah |
Status | Masih lagi dikurniakan |
Sultan | Al-Sultan Abdullah |
Gred | Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang |
Singkatan darjah | SDSA |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 2010 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah |
Lebih rendah | Sri Sultan Ahmad Shah Pahang |
Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Kebesaran Peringkat Pertama, Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang[1] yang membawa gelaran Dato’ Sri Diraja adalah dicadangkan bagi kurniaan sebagai satu kehormatan yang istimewa terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Kumpulan Turus atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.
Kalung Darjah Kebesaran ini hendaklah mengandungi empat keping emas dengan ukiran bintang pecah enam, lapan keping emas dengan ukiran bintang pecah sepuluh, dua keping kerawang pin bahu emas, sekeping kerawang kepala depan rantai emas dan sekeping kerawang kepala belakang rantai emas dan dicantumkan dengan rantai perak. Di muka bagi tiap-tiap kepingan emas ini terletak sama ada ukiran Lambang Kebesaran Negeri Pahang, perkataan “Dilindungi Allah” dalam tulisan Jawi, daun kopi dan bintang berbucu sepuluh.
Bintang Darjah Kebesaran ini adalah berupa bintang yang diperbuat daripada emas 24 karat dengan enamel berwarna hitam dan putih. Bintang Darjah Kebesaran ini berupa bintang yang berbucu lima dan mempunyai kerawang bunga kopi. Di tengah-tengah Bintang ini terletak Lambang Kebesaran Negeri Pahang.
Lencana hendaklah berupa ukiran bintang lima bucu diperbuat daripada emas dan di mukanya terletak ukiran diperbuat daripada emas, wajah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah.
Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panajang sutera selebar 31/2 inci berwarna kuning bertepikan jaluran warna hitam dan putih dengan tiga jaluran hitam dan putih di tengah-tengahnya.
Cara memakai
[sunting | sunting sumber]Apabila memakai Kalung, Lencana hendaklah digantungkan kepada kalung itu dengan digayutkan kepada satu daripada empat keping emas yang mengandungi Lambang Kebesaran Negeri Pahang. Bintang hendaklah dipakai di bawah dada sebelah kiri di sebelah luar pakaian. Riband atau Selepang hendaklah dipakai dengan diselepangkan ke atas bahu kanan ke pinggang kiri. Apabila kalung tidak dipakai bersama, bagi ahli lelaki, lencana hendaklah digantungkan ke leher dengan memakai sehelai riband kecil lebarnya 2 inci yang berwarna serupa dengan riband atau selepang. Bagi ahli perempuan pula riband kecil itu hendaklah berbentuk pita (bow riband) dan dari mana digayutkan lencana dan hendaklah dipakai di dada sebelah kiri atas pada Bintang Darjah Kebesaran.
Penerima terkenal
[sunting | sunting sumber]- Adnan Yaakob (2010)[2]