Sri Deva
Penampilan
Senarai Maharaja Srivijaya |
---|
Sri Deva merupakan seorang Maharaja Srivijaya yang dipercayai menaiki takhta selepas bapanya Sri Sangrama Vijayatunggavarman ditawan oleh kerajaan Chola.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Kempen ketenteraan Chola ke atas Srivijaya berjaya melemahkan kekuatan kerajaan Melayu tersebut, namun tidak pernah berjaya mengalahkannya secara kekal. Maharaja Srivijaya, Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang ditawan di Kadaram pada tahun 1025 telah digantikan oleh seorang Maharaja baru yang menghantar utusan ke negeri China pada tahun 1028. Menurut Sejarah Sung, Maharaja ini dikenali dengan nama Shih-li Tieh-hua, atau "Sri Deva" (berkemungkinan besar satu nama yang tidak lengkap).[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. pages 143. ISBN 978-0824803681.
|pages=
has extra text (bantuan)