Sorok Bau Budu
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Sorok Bau Budu adalah telefilem karya Sabri Yunus yang pernah disiarkan di Astro Prima pada tahun 2011 mengenai identiti dan kebudayaan negeri Kelantan Darul Naim dan betapa cintanya warga Kelantan pada negeri mereka.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Ideris adalah seorang pencuci kereta berasal dari Kelantan. Pada satu hari sewaktu membasuh kereta pelanggan. Dia bertengkar dengan tukang tarik kereta yang mahu menarik kereta pelangggannya. Ideris bertengkar dan berjaya menghalau mereka yang juga rakan senegeri.
Prinsip Ideris itu dikagumi pelanggannya (Rastam), yang kemudian menawarkan dia bekerja dibawahnya sebagai junior salesman. Dari situ bertitik tolak kareer Ideris menjadi penjual kereta Nissan.
Cabaran hidup di Ibukota mendorong Ideris untuk mengadaptasi dengan kehidupan kota. Dia mula bertutur dalam bahasa melayu telo Kuala Lumpur dan berjaya menghakis telo Kelantannya yang begitu pekat.
Lama kelamaan dia mula lupa daratan apabila tidak mengaku asal usulnya dari Kelantan dan mengakui dia sebatang kara di Kuala Lumpur.
Tanpa Ideris sedari, dia seakan menafikan kewujudan ibu bapanya yang masih hidup. Ibu dan bapanya bercadang melawat Deris di KL setelah 3 tahun tidak pulang ke kampung. Deris meminjam rumah Rastam, yang mengambil cuti menjenguk isterinya di kampung.
Pok Berahing pula jemu masakan mamak sepanjang bercuti di KL. Memilih untuk mencari masakan Kelantan dan dari situ dia berkawan dengan Hussin, yang sudah lama menetap di ibu kota juga berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang.
Di restoran Kelantan pula, Pok Berahing berjumpa kembali dengan Nik Ariff bekas murid dimana dia bekerja dahulu sebagai tukang kebun sekolah.
Nik Ariff teman serumah Deris yang juga lulusan luar negara, aktif dalam pergerakan kebudayaan Kelantan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Hussin, bapa kepada Fina (teman wanita Deris) mahu kembali ke susur galur identiti Kelantannya yang sudah lama ditinggalkan sejak berkahwin dengan wanita asal negeri lain.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Zul Huzaimy Marzuki - Ider/Deris
- Husyairi Hussein - Nik Ariff
- Sabri Yunus - Pak Ibrahim/ Pok Berahing
- Almy Nadia - Fina
- Mustapha Kamal - Hussin
- Haeriyanto Hassan - Rastam
- Norseeha Hameed - Ibu Deris
- Rencana yang memerlukan perapian dari Oktober 2024
- Semua laman yang memerlukan perapian
- Rencana yang memerlukan perapian dengan sebab dari Oktober 2024
- Laman Wikipedia yang memerlukan perapian dari Oktober 2024
- Rencana Wikipedia yang memerlukan gaya penyuntingan dari Oktober 2024
- Rencana tanpa sumber rujukan dari Oktober 2024