Snow on the Sahara (lagu)
"Snow on the Sahara" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Anggun | ||||
daripada album Snow on the Sahara | ||||
Dilancarkan | 1997 | |||
Dirakamkan | 1997 | |||
Format | Single CD | |||
Genre | New Age, Muzik dunia | |||
Panjang | 4:19 (Versi album) 3:40 (Suntingan radio) | |||
Syarikat | Epic | |||
Penulis | Erick Benzi, Nikki Matheson | |||
Penerbit | Erick Benzi | |||
Kronologi single Anggun | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Snow on the Sahara" ialah sebuah lagu oleh penyanyi Indonesia Anggun dari album studio antarabangsa pertamanya dengan judul sama. Pada mulanya, lagu ini ditulis dalam bahasa Perancis oleh Erick Benzi bertajuk "La neige au Sahara", lagu ini telah diterjemah ke versi bahasa Inggeris oleh Nikki Matheson. Versi Perancis telah dirakamkan untuk album Perancis pertama Anggun Au nom de la lune. Lagu ini telah dikeluarkan pada tahun 1997 sebagai single sulung antarabangsa beliau di 33 negara di seluruh dunia. Ia mengungguli carta di Itali, Sepanyol dan beberapa negara di Asia. Versi Perancis dengan cepat menjadi popular di Perancis, memuncak pada nombor 1 di Carta Airplay Perancis dan nombor 16 di carta Single Perancis. Ia menjadi satu yang paling dimainkan di Perancis tahun 1997, dengan sejumlah 7,900 siaran radio, dan telah disahkan emas untuk penghantaran sebanyak 250,000 salinan. Di Itali, ia terjual 100,000 naskhah.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]- "Snow on the Sahara" (4:20)
- "Selamanya" (2:21)
- "La Neige au Sahara" (4:20)
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Terdapat 2 versi muzik video untuk Snow on the Sahara. Versi pertama telah difilemkan di Bali dan mempunyai jalan cerita mengenai Anggun dan kekasihnya menjadi korban untuk beberapa upacara purba. Versi ini telah digunakan juga untuk La Neige au Sahara. Versi kedua menampilkan Anggun dalam "bilik seni" dipenuhi dengan perabot antik. Beliau juga telah difilemkan di latar belakang ais biru, menyanyikan baris lagu. Versi ini kurang menerima siaran dan hanya dikeluarkan bagi Amerika Syarikat dan televisyen Itali. Panjang versi ini adalah lebih pendek daripada yang pertama, dalam tempoh 3:39. Kedua-dua versi menerima putaran berat pada MTV Asia dan berjaya menduduki carta MTV Asia Hitlist selama dua minggu. Menjadikan beliau artis Asia pertama yang berbuat demikian.
Lagu
[sunting | sunting sumber]Lagu ini ditulis, diterbitkan dan digubah oleh Erick Benzi dan kemudian diadaptasi ke bahasa Inggeris oleh penulis lagu Nikki Matheson. Lagu ini masih menjadi lagu tandatangan Anggun di seluruh dunia dan melontarkan kemasyhuran Anggun dalam arena muzik antarabangsa pada tahun 1997 dan 1998. Sarah Brightman juga mempersembahkan versi nyanyian semula lagu ini untuk album Harem World Tour: Live from Las Vegas. Lagu ini terutamanya yang dibina di atas pensintesis dan papan kekunci bunyi, dicampur dengan rentak puak. Ia dianggap sebagai lagu kontemporari dewasa, sementara yang lain berpendapat ianya Muzik Dunia atau Zaman Baru.
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta (1997-99) | Kedudukan carta |
---|---|
Belgium (Ultratop 50 Wallonia)[1] | 24 |
Europe (European Hot 100 Singles) | 27 |
Finland (Suomen virallinen lista)[2] | 20 |
Perancis (SNEP)[3] | 16 |
Jerman (Media Control Charts)[4] | 55 |
Indonesia (ASIRI) | 1 |
Italy (FIMI)[5] | 1 |
Malaysia (RIM)[6] | 1 |
Singapore (RIAS) | 1 |
Spain (PROMUSICAE)[7] | 16 |
Switzerland (Schweizer Hitparade)[8] | 24 |
UK Singles (The Official Charts Company)[9] | 184 |
UK Club Charts (The Official Charts Company)[10] | 5 |
Ukraine (FDR Pop Singles) | 1 |
US Hot Dance Club Songs (Billboard)[11] | 16 |
US Adult Top 40 (Billboard)[12] | 22 |
Carta (2015) | Keududukan carta |
Filipina (PARI)[13] | 22 |
Lagu saduran
[sunting | sunting sumber]Lagi ini juga telah dinyanyikan semula oleh beberapa artis termasuk:
- Stanford Harmonics dalam album kompilasi Best of Collegiate A Cappella.
- The Class Notes dalam album Afterhours.
- Sarah Brightman dalam album The Harem World Tour: Live from Las Vegas.
- Ilaria Porceddu dalam album Suono Naturale.
- Gede Bagus semasa musim pertama X Factor Indonesia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ultratop.be – Anggun – La Neige au Sahara" (in French). Ultratop 50.
- ^ "Anggun: Snow on the Sahara" (in Finnish). Musiikkituottajat – IFPI Finland.
- ^ "Lescharts.com – Anggun – La Neige au Sahara" (in French). Les classement single.
- ^ "Anggun – Snow on the Sahara". Officialcharts.de. GfK Entertainment.
- ^ http://www.it-charts.it/fimi-singoli-n1.htm
- ^ "Hits of the World". Billboard. New York: Nielsen Business Media, Inc. 111 (19): 47. 1999-05-08. ISSN 0006-2510.
- ^ "Spanishcharts.com – Anggun – Snow on the Sahara" Canciones Top 50.
- ^ "Anggun – Snow on the Sahara – swisscharts.com". Swiss Singles Chart.
- ^ "Chart Log UK: A - Azzido Da Bass". zobbel.de. Dicapai pada 2014-12-27.
- ^ "Anggun".
- ^ "Anggun Album & Song Chart History" Billboard Hot Dance Club Songs for Anggun. Capaian 12 June 2015.
- ^ "Anggun Album & Song Chart History" Billboard Adult Pop Songs for Anggun. Capaian 12 June 2015.
- ^ "Music Weekly Asia Top 30 Singles Chart Philippines". Music Weekly Asia. Dicapai pada 2015-11-27.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Singlechart usages for Wallonia
- Singlechart usages for Finland
- Singlechart usages for France
- Singlechart usages for Germany2
- Singlechart usages for Spain
- Singlechart usages for Swiss
- Singlechart usages for Billboarddanceclubplay
- Singlechart called without song
- Singlechart usages for Billboardadultpopsongs
- Single 1997
- Lagu Anggun