Smendes
Smendes | |||||
---|---|---|---|---|---|
Firaun Mesir | |||||
Pemerintahan | c. 1077/1076–1052 BC[1], 21st Dynasty | ||||
Pendahulu | Ramesses XI | ||||
Pengganti | Amenemnisu | ||||
Cerah itu Perlambangan Re, Pilihan Re Dialah Kambing Jantan, Penguasa Mendes | |||||
Permaisuri | Tentamun B | ||||
Putera-puteri | Amenemnisu ? | ||||
Ibunda | Kemungkinan Hrere | ||||
Makam | Tidak diketahui |
Hedjkheperre Setepenre Smendes merupakan pengasas Dinasti kedua puluh satu Mesir dan menduduki takhta selepas kemangkatan Ramesses XI di Mesir Bawah – wilayah yang dikuasai beliau. Nama Mesirnya yang sebenarnya adalah Nesbanebded tetapi ia diterjemahkan ke bahasa Yunani sebagai Smendes oleh penulis-penulis selepasnya seperti Sextus Africanus dan Josephus. Manakala asal usul Smendes yang sebenar kekal sebagai satu rahsia, beliau dijangkakan merupakan Putera atau Gabenor di Mesir Bawah sepanjang Zaman Pembaharuan era Ramesses XI dan tapak kuasanya adalah Tanis.
Laporan Wenamun
[sunting | sunting sumber]Beliau jelas menonjol dalam Laporan Wenamun, bertarikh Tahun 5 Zaman Pembaharuan atau era Whm Mswt (atau Tahun 23 rasmi Ramesses XI) sebagai orang yang amat penting. Wenamun menegaskan bahawa beliau terpaksa melawat Tanis dan hadir sendiri bagi menyampaikan surat watikahnya kepada Smendes dengan tujuan mendapatkan kebenaran darinya bagi mengembara ke utara Lebanon moden dan mendapatkan kayu pokok cedar yang bernilai bagi penggunaan dalam Kuil Besar Amun di Thebes. Smendes bertindak balas dengan menghantar sebuah kapal bago perjalanan Wenamun ke Syria dan Levant.
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Smendes tidak banyak tertulis dalam rekod peringatan dangan hanya satu rekod stela dijumpai di sebuah kuari berhampiran Gebelein dan di Thebes di mana dia memperbaiki Tembok yang mengelilingi Kuil Monthu berhampiran Karnak. Smendes dirakamkan memerintah selama 26 Tahun oleh Manetho dalam buku Epitomenya, dan merupakan suami kepada Tentamun. Paderi Besar Menkheperre mematahkan satu pemberontak di Thebes pada Tahun 25 seorang raja yang hanya boleh jadi Smendes kerana tiada bukti bahawa Ketua Paderi mengira tahun pemerintahan mereka sendiri walaupun apabila mereka mengambil gelaran diraja seperti yang dilakukan oleh Pinedjem I. Menkheperre kemudiannya membuang negara pemimpin pemberontakan ke Padang Pasir Barat Oasis sebagaimana direkodkan oleh 'Stela Pembuangan Negeri oleh Menkheperre'. Individu-individu ini telah diampunkan beberapa tahun semasa pemerintahan penggantinya, Amenemnisu.
Smendes memerintah Mesir yang berpecah dan hanya mengawal Mesir Bawah semasa pemerintahan beliau manakala Mesir Atas dan Tengah adalah di bawah penguasaan Ketua Paderi Amun seperti Pinedjem I dan II. (Prenomen)nya atau takhta menyatakan – Hedjkheperre Setepenre/Setepenamun – yang membawa maksud 'Manifestasi Re, Yang dipilih oleh Re/Amun,' terbukti amat popular sepanjang Dinasti yang Ke-22 dan Dinasti Ke-23 yang berikut. Kesemuanya terdapat lima raja: Shoshenq I, Shoshenq IV, Takelot I, Takelot II dan Harsiese A mengunakan gelaran tersebut bagi kegunaan mereka sendiri.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ R. Krauss & D.A. Warburton "Chronological Table for the Dynastic Period" in Erik Hornung, Rolf Krauss & David Warburton (editor), Ancient Egyptian Chronology (Handbook of Oriental Studies), Brill, 2006. p. 493
- ^ Clayton, Peter A. Chronicle of the Pharaohs. Thames & Hudson. 2006. p. 178
- ^ Clayton, p. 178
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Nicolas Grimal, A History of Ancient Egypt, Blackwell Books (1992)