Pergi ke kandungan

Skuad JPJ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Skuad JPJ ialah sebuah drama televisyen JPJ Malaysia arahan Mohd Fazli Yahya@Pali Yahya terbitan KalamAriff Holdings Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Kodi Rasheed, Fify Azmi, Sefik Khair, Fiza Thomas dan Rashdan Baba. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV1 (RTM) bermula 4 April 2022.[1]

Skuad JPJ
GenreAksi
Drama
Jenayah
Thriler
Misteri
Saspens
Ditulis olehMF Kencana
PengarahMohd Fazli Yahya@Pali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSkuad - Boy
Lagu penutupSkuad - Boy
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
PenerbitLT. Kol. Bersekutu (PA)
Arifful Ahmadi Ab Rahman (JP)
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
KalamAriff Holdings Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV1 (RTM)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 April 2022 – 2 Mei 2022

Kisah benar mengenai kejayaan operasi selain cabaran dan kesulitan dihadapi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihak atasan JPJ telah mengarahkan Tuan Shah untuk menubuhkan sebuah pasukan elit yang dikenali sebagai Skuad JPJ. Tujuan skuad ini yang berpengkalan di Putrajaya ditubuhkan adalah untuk melaksanakan misi tertentu melibatkan kesalahan serta jenayah jalan raya.

Tuan Shah selaku Ketua Seksyen Risik & Operasi melantik lima orang anggota yang berkemahiran dalam bidang tertentu bagi membentuk Skuad JPJ. Mereka terdiri daripada Faiz, Zamani, Jason, Shila dan Jessi.

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Airil Hafiz sebagai Kobeng
  • Akop Bronko sebagai Baba
  • Amin sebagai Apai
  • Apak sebagai Lokman Hakiem Abd Samad
  • Arsham sebagai Dato'
  • Azrif sebagai Zarrin Nuqman
  • Badrul Sham Harun sebagai Rahman
  • Fazira Syafinaz sebagai Lily
  • Fyda Yusof sebagai Wartawan
  • Liyana Yusof sebagai Ibu Jason
  • Mamu Koko'ot sebagai Hazman
  • Mohamad Nasrul Habil sebagai Peon
  • Mohammed Iskhandar sebagai Tauke Mini Market
  • Mohd Faizal Ismail sebagai Amir
  • Muhamad Azfar Hasan sebagai Adi
  • Muhammad Habeeb Syafuan Mohd sebagai Maleq
  • Nizam Kama sebagai Faiz
  • Rafique Maradona Bin Romaini sebagai Ayop
  • Rezal Abd Rahman sebagai Lui
  • Rizal Yum sebagai Syafiq
  • Rudin sebagai Kazar Abdul Razak
  • Wak Kunjo sebagai Nik Ramli
  • Zul Edward sebagai Dr. Zul
  1. ^ Skuad JPJ myinfotaip.