Pergi ke kandungan

Skandal Foto Edison Chen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Skandal foto Edison Chen)

Skandal foto Edison Chen ialah skandal media pada awal tahun 2008 yang membabitkan pelakon lelaki Hong Kong dan pelbagai pelakon wanita termasuklah Gillian Chung Yan-tung, Bobo Chan Man-woon, dan Cecilia Cheung Pak-zhi.[1]

Pada penghujung bulan Januari 2008, "gambar-gambar yang agak lucah" yang memaparkan Chen dan aktres-aktres tersebut beredar di internet. Skandal itu mula menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar tempatan selama beberapa minggu,[2] dan telah menjadi berita antarabangsa.

Di sebalik penerimaan bantuan daripada Interpol, polis Hong Kong tidak mampu membendung penyebaran gambar-gambar itu.[3] Pada 12 Februari 2008, 10 orang telah ditahan akibat terlibat dalam penyebaran gambar-gambar itu.[4] Tindakan keras polis itu sebaliknya meningkatkan persoalan terhadap pelanggaran hak-hak privasi dan kebebasan bersuara para pengguna internet.[5] Cara para pelakon yang terlibat, pihak pengurusan mereka dan polis mengendalikan situasi itu hanya menyebabkan mereka yang ditahan bertukar kepada hero dan syahid bagi sesetengah warga internet (netizen).[6]

Chen mengakui bahawa gambar-gambar itu ditangkapnya dan dimilikinya, dan menyatakan bahawa gambar-gambar peribadi itu telah dicuri dan disiarkan secara haram tanpa keizinannya. Dia memohon maaf secara terbuka terutamanya pada wanita-wanita yang terbabit, dan juga mengumumkan bahawa dia akan "berundur secara mutlak" daripada industri hiburan Hong Kong.[7]

  1. ^ Post Chronicle (2008-02-04). "Cecilia Cheung Nude, Gillian Chung Fellatio Photo In Edison Chen Scandal". Dicapai pada 2008-02-04.
  2. ^ Patrick Frater (4 February 2008). ""HK police arrest 7 more in celebrity porn scandal"". Variety (Asia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-04.
  3. ^ "網頁極速蔓延 淫照難盡剷" (dalam bahasa Cina Traditional). Wen Wei Po. 2008-02-01. Dicapai pada 2008-02-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Eight now held in Internet sex probe". The Standard. 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-04.
  5. ^ "一哥:藏裸照供發布可拉人" (dalam bahasa Traditional Chinese). sina.com.hk. 2008-02-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "網民支持發照者 批警方偏袒 學者:網絡暴力作祟" (dalam bahasa Traditional Chinese). Phoenix TV. 2008-02-01. Dicapai pada 2008-02-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Nickkita Lau (22 February 2008). "Edison bows out on sorry not". The Standard. Dicapai pada 22 February 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]