Siul Kaki Merah
Penampilan
Siul Kaki Merah | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. rufa
|
Nama binomial | |
Alectoris rufa (Linnaeus, 1758)
|
Siul Kaki Merah (Alectoris rufa) adalah sejenis haiwan buruan yang tergolong di dalam keluarga Phasianidae dari order Galliformes, iaitu burung gallinaceous. Ia kadang kala dikenali dengan nama siul Perancis, bagi membezakan ia dengan siul kelabu atau siul Inggeris.
Burung ini merupakan spesies pemakan bijiran, akan tetapi anak burung akan memakan serangga sebagai sumber protein utama. Apabila diganggu, ia akan memilih akan berlari dan bukannya terbang. Meskipun begitu, ia boleh terbang dalam jarak yang dekat sekiranya perlu.
Subspesies
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga sub-spesies yang telah dikenal pasti iaitu:
- A. r. hispanica (Seoane, 1894) - utara dan barat semenanjung Iberia
- A. r. intercedens (Brehm, 1857) - timur dan selatan semenanjung Iberia dan kepulauan Balearic
- A. r. rufa (Linnaeus, 1758) - Perancis, barat laut Itali, Elba dan Corsica
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BirdLife International (2012). "Alectoris rufa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Siul Kaki Merah |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Siul Kaki Merah |