Pergi ke kandungan

Siput pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siput pahat
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. attenuatus
Nama binomial
Phaxas attenuatus
Dunker, 1862
Sinonim

Cultellus attenuatus[1]

Siput pahat (Phaxas attenuatus) atau juga dikenali sebagai bagit merupakan sejenis kerang-kerangan. Ia banyak terdapat di di kuala Sungai Kuantan, Balok dan Chendor, Malaysia serta di Semenanjung Boso, Jepun.

Penangkapan

[sunting | sunting sumber]

Siput pahat biasanya ditangkap dengan cara menggunakan rotan sebesar batang pensil sebagai ‘pancing’ dan kemahiran tinggi untuk mengesan rumah (lubang) persembunyiannya.

Rotan bersaiz 1.5 meter dengan bahagian hujungnya dibuat bertakuk-takuk supaya bila siput pahat menyepit dengan menutup cengkerangnya, ia akan tersangkut pada takuk dan tidak akan terlepas bila pancing (rotan) ditarik naik.

Lazimnya, terdapat dua lubang pada sarang siput pahat, lubang menyedut makanan dan air (pernafasan). Apabila terjumpa lubang makanan, pancing hendaklah ditujah ke dalam lubang itu dan biarkan seketika. Pancing hendaklah dihenjut-henjut dan ditarik perlahan dan jika terasa berat, bermakna sasaran mengena. Setelah pancing ditarik keluar, siput pahat terlekat pada takuk. [2]

Menangkap siput pahat mudah dilakukan ketika air surut, kerana ketika ini sarangnya boleh dikesan dengan mudah, sebaliknya terlalu sukar mengesan waktu air pasang. Apa yang menarik, tidak semua pantai terdapat siput pahat. Ia hanya bersarang di kawasan pantai pasir berlumpur.

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]

Siput pahat yang ditangkap hendaklah disimpan semalaman dalam bekas berair masin. Ini bertujuan supaya ia memuntahkan segala sisa makanan dan pasir yang terdapat dalam perutnya, dan barulah ia disiang.

Menyiangnya cukup mudah. Kopek cengkerangnya dan tarik isinya. Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan secukupnya dengan membelah perut serta membuang segala saki baki makanan atau pasir yang masih terlekat.

  1. ^ "Phaxas attenuatus". Bishogai Data Base (dalam bahasa Jepun). 2003-02-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-20. Dicapai pada 2018-09-17. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Simbolik mencari pahat Pantai Kelanang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-03. Dicapai pada 2021-08-12.