Siput babi
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Siput babi | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
(tanpa pangkat): | klade Heterobranchia
klade Euthyneura klade Panpulmonata klade Eupulmonata klade Stylommatophora kumpulan tak rasmi Sigmurethra |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. fulica
|
Nama binomial | |
Achatina fulica (Férussac, 1821)
| |
Sinonim | |
|
Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah sejenis haiwan moluska dari kelas Gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru-paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan lingkaran. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10 cm sehingga 12 cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hermafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke-20, siput babi telah di bawa ke India, dan kemudian, merebak ke kawasan-kawasan tropika yang lain. Siput ini ialah haiwan nokturnal, yakni haiwan yang aktif pada waktu malam. Siput babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dijadikan sebagai makanan seperti sate.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Siput babi |
- Media berkenaan Siput babi di Wikimedia Commons