Pergi ke kandungan

Sintang ekor pendek (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sintang ekor pendek
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Lurocalis
Spesies:
L. semitorquatus
Nama binomial
Lurocalis semitorquatus
(Gmelin, JF, 1789)
      Peta anggaran julat sintang ekor pendek

Sintang ekor pendek (Lurocalis semitorquatus) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Meksiko, di setiap negara Amerika Tengah kecuali El Salvador, di Trinidad dan Tobago, dan di setiap tanah besar negara Amerika Selatan kecuali Cile dan Uruguay.[2]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Ia telah diperihalkan rasminya pada tahun 1789 oleh semulajadiman Jerman Johann Friedrich Gmelin dalam Systema Naturae oleh Carl Linnaeus suntingan yang disemak dan diperluaskannya. Beliau menyusunkannya bersama semua tukang dalam genus Caprimulgus dan mencipta nama binomial Caprimulgus semitorquatus.[3] Gmelin mendasarkan pemerihalannya pada "Le petit egoulevent tacheté de Cayenne" yang telah diperihalkan pada tahun 1779 oleh polimat Perancis Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon dalam karyanya, Histoire Naturelle des Oiseaux.[4] Plat warnaan tangan diterbitkan secara berasingan.[5] Sintang ekor pendek kini disusunkan bersama sintang perut karat dalam genus Lurocalis yang diperkenalkan pada tahun 1851 oleh pakar ornitologi Amerika John Cassin.[6][7] Nama genusnya menggabungkan oura dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "ekor" dengan kolos yang bermaksud "terbantut". Epitet spesiesnya semitorquatus menggabungkan semi- dari bahasa Rumi yang bermaksud "separa-" atau "kecil" dengan torquatus yang bermaksud "berelang".[8]

Empat subspesies diiktiraf:[7]

  • L. s. stonei (Huber, 1923) - tenggara Meksiko ke barat laut Ekuador
  • L. s. semitorquatus (Gmelin, JF, 1789) - utara Kolombia ke Guiana dan utara Brazil, Trinidad dan Tobago
  • L. s. schaeferi (Phelps & Phelps Jr, 1952)Aragua (utara Venezuela)
  • L. s. nattererii (Temminck, 1822) – Amazonia di selatan Amazon ke utara Argentina

Subspesies L. s. nattereri telah dicadangkan sebagai spesies yang berasingan, tetapi data genetik mengesahkan status terkininya. Subspesies yang diiktiraf sebelum ini, L. s. noctivagus, telah digabungkan bersama L. s. stonei. Sintang perut karat (L. rufiventris) dahulunya dianggap sebagai subspesies sintang ekor pendek tetapi kini menjadi spesies tersendiri, menjadikan hanya kedua-duanya sebagai ahli genus Lurocalis.[9] [10]

Lukisan oleh David William Mitchell dari Genera of Birds (1844–1849) oleh George Robert Gray.

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Panjangnya ialah 19 hingga 21 cm (7.5 hingga 8.3 in). Seekor L. s. semitorquatus betina mempunyai berat 79 g (2.8 oz) dan beberapa ekor L. s. nattereri jantan mempunyai berat 82 hingga 89 g (2.9 hingga 3.1 oz). Ia merupakan tukang yang agak besar dengan ekor yang luar biasa pendeknya. Bahagian atasnya berwarna perang gelap hingga kehitaman dengan tompok-tompok serta bintik-bintik karat dan kuning pucat. Sayapnya juga berwarna perang gelap dengan tompok-tompok redam dalam beberapa warna, dan tidak mempunyai tanda putih tebal seperti kebanyakan sintang yang lain. Ekornya berwarna perang dengan sorot kuning keperangan atau kelabu dan jalur sempit kuning pucat atau keputihan di hujungnya. Dagunya berwarna perang gelap, tekaknya berwarna putih, bahagian atas dadanya berwarna perang gelap dengan bintik-bintik yang lebih cerah, bahagian bawah dadanya berwarna kuning pucat dengan sorot perang, dan perut serta lambungnya berwarna perang kekuningan dengan sorot perang. Subspesiesnya agak berbeza dari segi saiz dan dalam jumlah dan keamatan tompok, bintik, dan sorot yang menindih warna asasnya.[10]

Seruan lazimnya berbeza sedikit dalam kalangan subspesies, dan telah diperihalkan sebagai "ewIT... ewIT... ewIT..." yang berulang-ulang tetapi bersela (L. s. nattereri) dan "g'wik yang tajam dan sedikit likuida" (L. s. stonei). Ia berbunyi semasa bertengger dan dalam penerbangan.[10]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Taburannya meluas di seluruh Amerika Selatan Tengah dan utara.[10] Ia mendiami terutamanya hutan malar hijau tanah rendah tetapi juga ditemui dalam landskap yang lebih terbuka seperti kawasan lapang, pinggir sungai, ladang koko lama, dan hutan sekunder pertengahan umur.[10]

Populasi utara umumnya bertetap walaupun taburan bermusim subspesies di Amazonia tidak diketahui. Populasi selatan ialah penghijrah dan mungkin bergerak sejauh utara seperti Venezuela semasa musim sejuk austral.[10]

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Ia ialah insektivor udara yang kebanyakannya mencari makan pada waktu senja. Walaupun dietnya tidak dikaji secara terperinci, ia diketahui memakan kumbang dan kepinding sungguh. Ia biasanya dilihat secara bersendirian atau berpasangan tetapi kadangkala mencari makan dalam kumpulan kecil. Penerbangannya "pantas dan tidak menentu" dan telah dibandingkan dengan kelawar. Ia bertengger di pokok, memanjang pada dahan tebal.[10]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Ia dan bekas subspesiesnya iaitu Lurocalis rufiventris, merupakan dua ahli keluarganya yang diketahui hanya bersarang di atas pokok. Ia menelurkan telur tunggalnya pada dahan mendatar yang besar tanpa menggunakan sebarang bahan tambahan.[10]

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat yang besar dan populasi yang besar, walaupun bilangannya dianggap semakin berkurangan. Tiada ancaman selain penebangan hutan tempatan telah dikenalpasti.[1][10]

  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Short-tailed Nighthawk Lurocalis semitorquatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 5 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  3. ^ Gmelin, Johann Friedrich (1789). Systema naturae per regna tria naturae : secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1, Part 2 (ed. 13th). Lipsiae [Leipzig]: Georg. Emanuel. Beer. m/s. 1031.
  4. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de (1779). "Le petit egoulevent tacheté de Cayenne". Histoire Naturelle des Oiseaux (dalam bahasa French). 6. Paris: De l'Imprimerie Royale. m/s. 540.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de; Martinet, François-Nicolas; Daubenton, Edme-Louis; Daubenton, Louis-Jean-Marie (1765–1783). "Petit crapaud-volant tacheté de Cayenne". Planches Enluminées D'Histoire Naturelle. 8. Paris: De L'Imprimerie Royale. Plate 734.
  6. ^ Cassin, John (1851). "Notes of an examination of the birds composing the family Caprimulgidae, in the collection of the Academy of Natural Science Philidelphia". Proceedings of the Academy of Natural Sciences of Philadelphia. 5: 175-190 [189].
  7. ^ a b Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (January 2022). "Frogmouths, Oilbird, potoos, nightjars". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 6 July 2022.
  8. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 232, 353. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  9. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  10. ^ a b c d e f g h i Arizmendi, M. d.