Pergi ke kandungan

Singa Barbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Singa Barbar
Singa Barbar jantan difotokan di Algeria oleh Alfred Edward Pease pada 1893.[2]
Betina dan anak-anak, Zoo New York, 1903.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
Subspesies:
P. l. leo[1]
Nama trinomial
Panthera leo leo[1]
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

P. l. africana (Brehm, 1829), P. l. nubica (de Blainville, 1843), P. l. somaliensis (Noack, 1891)

Singa Barbar (Panthera leo leo) adalah subspesies nominat bagi singa.[3] Di Afrika Utara, singa liar pupus di peringkat tempatan disebabkan pemburuan berlebihan. Singa Barbar terakhir diketahui dibunuh di Maghribi pada tahun 1920.[4] Singa Barbar pernah hidup di Pergunungan Atlas dan oleh itu juga dikenali sebagai singa Atlas.[5] Alfred Edward Pease menggelar singa ini singa Afrika Utara dan mendakwa bahawa populasi merosot sejak pertengahan abad ke-19 ekoran tersebarnya senjata api dan ganjaran untuk memburu singa. Rekod terakhir penembakan singa Barbar liar berlangsung di Maghribi, berhampiran Tizi n'Tichka pada 1942. Mungkin terdapat kelompok kecil singa yang bermandiri di Algeria hingga awal 1960-an, dan di Maghribi hingga pertengahan 1960-an.[6]

Di Somalia terdapat singa tetapi dikira mungkin pupus di bahagian tengah negara tersebut.[7] Pada 1980-an, populasi singa negara jatuh mendadak disebabkan pemburuan dan terhad pada bahagian hutan jarang selatan Somalia.[8]

Hasil analisis morfologi dan genetik terhadap singa mewajarkan supaya singa Utara, Barat dan Tengah Afrika tergolong dalam spesies P. l. leo, yang berbeza genetiknya daripada P. l. melanochaita di Timur dan Selatan Afrika.[9][10]

  1. ^ Wozencraft, W.C. (2005). "Panthera leo". Dalam Wilson, D.E.; Reeder, D.M (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Johns Hopkins University Press. m/s. 546. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Pease, A. E. (1913). The Book of the Lion John Murray, London.
  3. ^ Nowell, K.; Jackson, P. (1996). "Panthera leo". Wild Cats: Status Survey and Conservation Action Plan (PDF). Gland, Switzerland: IUCN/SSC Cat Specialist Group. m/s. 17–21, 37–41. ISBN 2-8317-0045-0.
  4. ^ "Panthera leo". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
  5. ^ Burger, J.; Hemmer, H. (2006). "Urgent call for further breeding of the relic zoo population of the critically endangered Barbary lion (Panthera leo leo Linnaeus 1758)" (PDF). European Journal of Wildlife Research. 52 (1): 54–58. doi:10.1007/s10344-005-0009-z.
  6. ^ Black, S. A.; Fellous, A.; Yamaguchi, N.; Roberts, D. L. (2013). "Examining the Extinction of the Barbary Lion and Its Implications for Felid Conservation". PLoS ONE. 8 (4): e60174. doi:10.1371/journal.pone.0060174. PMC 3616087. PMID 23573239.
  7. ^ "Panthera leo". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
  8. ^ Fagotto F. (1985). Larger animals of Somalia in 1984. Environmental Conservation 12 (3): 260–264.
  9. ^ Antunes, A., Troyer, J. L., Roelke, M. E., Pecon-Slattery, J., Packer, C., Winterbach, C., Winterbach, H., Johnson, W. E. (2008). "The Evolutionary Dynamics of the Lion Panthera leo revealed by Host and Viral Population Genomics". PLoS Genetics. 4 (11): e1000251. doi:10.1371/journal.pgen.1000251. PMC 2572142. PMID 18989457.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  10. ^ Bertola, L.D., Jongbloed, H., Van Der Gaag, K.J., De Knijff, P., Yamaguchi, N., Hooghiemstra, H., Bauer, H., Henschel, P., White, P.A., Driscoll, C.A. and Tende, T. (2016). "Phylogeographic patterns in Africa and High Resolution Delineation of genetic clades in the Lion (Panthera leo)". Scientific reports 6: 30807. doi:10.1038/srep30807.CS1 maint: uses authors parameter (link)