Siklon
Dalam bidang kaji cuaca, kata siklon merujuk kepada sebuah kawasan putaran bendalir tertutup bulat yang berputar dalam arah yang sama dengan Bumi.[1][2] Ini lazimnya dicirikan angin berpilin ke dalam yang berputar dalam arah lawan arah jam di Hemisfera Utara dan putaran ikut arah jam di Hemisfera Selatan Bumi. Kebanyakan kitaran siklon berskala besar berpusat pada kawasan-kawasan tekanan atmosfera rendah.[3][4]
Sistem tekanan rendah terbesar ialah siklon kutub teras sejuk dan siklon luar tropika yang terdapat dalam skala synoptik. Mengikut glosari National Hurricane Center (Pusat Hurikan Kebangsaan, NHC) Amerika Syarikat, siklon teras panas seperti siklon tropika dan siklon subtropika juga terletak dalam skala synoptik.[5] Mesocyclone, tornado dan pusar debu (dust devil) terletak dalam mesoskala yang lebih kecil.[6]
Siklon aras atas dapat wujud tanpa kehadiran kerendahan di permukaan, dan dapat berpisah daripada dasar lekukan tropika (Tropical Upper Tropospheric Trough) pada musim panas di Hemisfera Utara. Siklon juga dilihat pada planet luar bumi, seperti Marikh dan Neptun.[7][8]
Siklogenesis memerikan proses pembentukan siklon dan penambahan daya siklon.[9] Siklon luar tropika terbentuk sebagai gelombang pada wilayah besar yang mengandungi peningkatan perbezaan suhu pertengahan latitud, yang dipanggil zon baroklinik. Zon-zon ini mengecil dan membentuk pemuka cuaca sambil kitaran siklon mengecut dan bertambah kuat. Kemudian, dalam kitaran hidup siklon, siklon akan bertaup sebagai sistem teras sejuk. Dalam kitaran hidupnya selama 2 ke 6 hari, laluan siklon dipandu oleh aliran arus jet subtropika.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Glossary of Meteorology (June 2000). "Cyclonic circulation". American Meteorological Society. Dicapai pada 2008-09-17.
- ^ Glossary of Meteorology (June 2000). "Cyclone". American Meteorological Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-04. Dicapai pada 2008-09-17.
- ^ BBC Weather Glossary (July 2006). "Cyclone". British Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-29. Dicapai pada 2006-10-24.
- ^ "UCAR Glossary — Cyclone". University Corporation for Atmospheric Research. Dicapai pada 2006-10-24. External link in
|publisher=
(bantuan) - ^ National Hurricane Center (2012). Glossary of NHC terms. Retrieved on 2012-08-13.
- ^ I. Orlanski (1975). "A rational subdivision of scales for atmospheric processes". Bulletin of the American Meteorological Society. 56 (5): 527–530.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBrand
- ^ Samantha Harvey (2006-10-02). "Historic Hurricanes". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-15. Dicapai pada 2008-06-14.
- ^ Nina A. Zaitseva (2006). "Cyclogenesis". National Snow and Ice Data Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-30. Dicapai pada 2006-12-04.