Siakap putih
Siakap putih | |
---|---|
Siakap putih | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Perciformes |
Keluarga: | Latidae |
Genus: | Lates |
Spesies: | L. calcarifer
|
Nama binomial | |
Lates calcarifer (Bloch, 1790)
| |
Sinonim[2] | |
|
Siakap putih, kakap putih atau selongsong, ialah ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.
Siakap putih merupakan ikan pemangsa. Ia mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.
Kitaran hidup
[sunting | sunting sumber]Diet siakap putih terdiri daripada krustesea, moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); Anak siakap menjadikan zooplankton sebagai diet utamanya. Siakap ini merupakan eurihalin, tetapi stenotermal. Siakap ini mendiami kawasan sungai dan berhijrah ke muara atau kuala untuk membiak.
Pada setiap permulaan musim monsun, ikan jantan akan mudik ke hilir untuk bertemu ikan betina. Ikan betina pula akan bertelur dalam jangkaan jutaan biji telur untuk setiap seekor betina dalam setiap musim. Ikan jantan tidak menjaga telur atau anaknya. Anak siakap ini memerlukan air air payau untuk membesar.
Spesies ini merupakan hermafrodit jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang-kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan juga kadangkala menunjukkan ciri-ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggi protogini dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.[3]
Ikan sukan
[sunting | sunting sumber]Siakap putih amat dihargai oleh para pemancing kerana keupayaan melawan mereka serta daya juangnya yang tinggi. Siakap ini dikatakan amat bijak mengelakkan jaring dan selalunya ditangkap dengan menggunakan kaedah memancing. Di Australia, siakap ini digunakan untuk mengisi takungan air tawar untuk tujuan sukan memancing.
Siakap semakin popular sebagai ikan tangkap dan bebas. Siakap yang terkurung di dalam takungan adalah seperti di Tasik Tinaroo, berhampiran Cairns di Atherton Tablelands, Empangan Peter Faust berhampiran Whitsundays, Empangan Teemburra berhampiran Mackay, Tasik Moondarra berhampiran Gunung Isa, Tasik Awoonga berhampiran Gladstone, dan Tasik Monduran sekitar sejam memandu ke selatan dari Tasik Awoonga.
Teknik memancing siakap kebanyakannya berkait dengan cara menggewang pelbagai jenis umpan termasuk umpan lembut dan keras. Menunda juga digemari dan merupakan teknik produktif bagi ikan siakap.
Siakap terkurung juga merupakan sasaran popular dengan umpan permukaan kerana ia diketahui makan sebarang jenis makanan dari permukaan air termasuk katak, ikan umpan cedera dan malah anak angsa dan burung yang lain.
Bunyi 'buf!' jelas apabila ikan siakap makan di permukaan mudah dikenali dan bergema pada jarak yang jauh ketika waktu malam yang sunyi.
Ramai kaki pancing mengembara ke kurungan ikan siakap Queensland untuk menangkap ikan siakap yang sukar 'metrey', ikan siakap yang berukuran melebihi satu meter dan seberat anatara 10 kg - 25 kg, bergantung kepada tahap lemak.
Apabila termakan umpan, ikan siakap sering kali melompat keluar dari air sebanyak beberapa kali sepanjang pergelutan dan membuat larian jauh yang berkuasa. Ini menjadikannya sebagai spesies sasaran popular.
Kualiti makan bagi ikan siakap terkurung agak rendah, dengan tahap sekitar 1.5/5 pada skala bintang.
Isi ikan siakap ini memiliki rasa 'berlumpur' disebabkan ikan siakap menghabiskan hayatnya dalam persekitaran air tawar, berlumpur, sungguhpun terdapat resepi yang mendakwa menghilangkan atau menutup rasa berlumpurnya.
Perikanan komersil dan agrikultur
[sunting | sunting sumber]Ikan ini penting secara perdagangan; ia ditangkap secara antarabangsa dan diternak di akuakultur di Australia, Malaysia, India, Indonesia, Thailand dan Amerika Syarikat. Industri ikan siakap Australian agak bertapak dengan pengeluaran tahunan lebih dari 4,000 tan. Di sempadan wilayah Asia Tenggara pengeluaran dianggarkan melebihi 30,000 tan. Sebaliknya, industri AS agak baru dan hanya menghasilkan lebih kurang 800 tan setahun dari satu perusahaan penternakan. Ikan siakap yang diternak biasanya membesar dari ikan siakap remaja yang diternak sebelumnya, sepanjang antara 50 and 100 mm sehingga saiz meja 400-600g dalam tempoh 12 bulan dan sehingga 3.0 kg dalam tempoh 18–24 bulan.[4]
Kegunaan akuarium
[sunting | sunting sumber]Spesimen kecil merupakan ikan akuarium popular dan amat menghiburkan terutama ketika waktu makan. Bagaimanapun, ia cepat membesar, dengan itu tidak dicadangkan bagi menyimpannya di dalam sebarang bekas kurang daripada 5 kaki (500 liter)
Dalam aquarium ia menjadi agak jinak dan boleh diberi makan dengan tangan, ia bukanlah spesies agresif bagaimanapun tindak balas makan adalah ganas dan mengejut dengan itu ia tidak boleh disimpan bersama ikan yang lebih kecil yang boleh ditelan.
Sebagai makanan
[sunting | sunting sumber]Siakap putih memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.
Di Australia, siakap putih merupakan ikan hidangan popular yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya, barramundi diambil daripada nama untuk siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar daripadanya diimport. Ini memberikan tekanan ekonomi besar kepada pengeluar siakap putih Australia, bagi kedua-dua nelayan dan penternak kerana kos penghasilan tempatannya jauh lebih tinggi kerana piwaian kawalan persekitaran dan keselamatan makanan yang dikenakan oleh kerajaan Australia. Sementara Pelabelan Negara Asal memberikan pengguna kepastian mengenai asal siakap putih pada peringkat retail, tidak ada syarat bagi perkhidmatan makanan dan pekedai restoran bagi meletakkan label asal ikan siakap mereka. Dengan itu, pelanggan menganggap mereka makan ikan siakap yang ditangkap atau diternak di perairan Australia, namun sebenarnya mereka berkemungkinan besar dihidangkan ikan siakap yang diimport kerana harganya yang jauh lebih rendah.
Siakap putih merupakan ikan kegemaran bagi pemangsa puncak kawasan ini, iaitu buaya tembaga (Crocodylus porosus) yang diketahui pernah merampasnya daripada nelayan yang lalai.
Kerakap Nil—ikan yang serupa terdapat dalam Tasik Victoria, Afrika—sering kali disalah label sebagai siakap putih. Ia tidak termasuk dalam cadangan bagi siakap putih ternak Amerika Syarikat. Spesies ini pada asalnya diletakkan dalam genus Holocentrus, dalam berisiform keluarga Holocentridae.
Siakap putih dikenali dengan nama pla krapong di Thailand,[5] dan dan juga antara ikan paling popular untuk masakan Thai di Thailand. Siakap putih sering dimasak stim dengan air limau dan bawang putih, atau digoreng bersama serai dan cara masakan yang lain. Siakap putih sering diletakkan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand, di mana ia sering dilabel sebagai ikan kerapu (snapper) atau siakap (sea-bass) dalam menu.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pal, M. & Morgan, D.L. (2019). "Lates calcarifer". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T166627A1139469. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T166627A1139469.en. Dicapai pada 22 February 2020.
- ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2019). "Lates calcarifer" di FishBase. versi December 2019.
- ^ "FISHERIES MANAGEMENT PAPER No. 127" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2005-07-17. Dicapai pada 2009-08-11.
- ^ "FISHERIES MANAGEMENT PAPER No.127" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2005-07-17. Dicapai pada 2009-08-11.
- ^ "Fishing in Thailand". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-29. Dicapai pada 2009-11-03.
- ^ "Ruen Urai, Thai cuisine". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 2009-11-03.
- Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2004). "Lates calcarifer" di FishBase. versi October 2004.
- "Lates calcarifer". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 20 December. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - Queensland Department of Industries and Fisheries. "Fish Note: Barramundi (Giant Perch) Diarkibkan 2006-08-22 di Wayback Machine". Fishweb. Updated July 2005.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Australis Barramundi: The Better Fish. Sustainably Farmed in USA. Better Tasting, Better For You, Better for Our Environment
- Betting On Barramundi: The Green-Friendly Fish, Feature Story on National Public Radio's "All Things Considered"
- Aquabella Group, largest indoor barramundi farm in Europe
- Native Fish Australia article Diarkibkan 2006-06-26 di Wayback Machine
- NT Barramundi Catch Survey (amateur fishing) Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine