Shotaro Noda
Shōtarō Noda (Jepun: 野田 正太郎 Noda Shōtarō, 1868 – 27 April 1904) ialah seorang wartawan Jepun yang disangka menjadi orang Jepun pertama yang memeluk Islam.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Noda berasal dari Hachinohe, Wilayah Aomori ialah anak lelaki sulung kepada seorang ketua kawasan bernama Okude. Selepas tamat belajar dari Universiti Keio, dia menjadi seorang wartawan bagi akhbar Jiji Shinpō kepunyaan Fukuzawa Yukichi. Pada 16 September 1890, kapal pengiring Uthmaniyah bernama Ertuğrul karam di perairan Kushimoto, Wilayah Wakayama. Banyak sumbangan dikumpulkan untuk membantu kelasi Uthmaniyah melalui hebahan Jiji Shinpō, dan Noda menemani kru untuk perjalanan pulang ke Kostantiniyah, yang mana dibantu oleh kapal perang Hiei.dan Kongō. Sultan Abdul Hamid II meminta seorang warga Jepun untuk kekal di sana dan mengajar bahasa Jepun di Kolej Perang Tentera. Pegawai tentera laut menolak untuk tinggal di sana dan mengesyorkan Noda, yang merupakan orang awam, dan Noda bekerja di sana selama dua tahun. Semasa keberadaannya di sana, dia sekejap-sekejap menghantar rencananya ke Jepun mengenai penginapannya.[1][2]
Semasa menetap di sana, dia membantu mengajar bahasa Jepun kepada beberapa orang pegawai tentera yang mana, sebagai balasnya, membantu Noda belajar bahasa Turki. Noda menjadi Muslim semasa keberadaannya di sana, dan sebuah dokumen rasmi telah dipersembahkan kepada Sultan dan pemelukannya kepada Islam ditarikhkan pada 21 Mei 1891 kekal disimpan dalam arkib Uthmaniyah. Dokumen ini juga menyatakan bahawa dia belajar sejarah Islam dan Uthmaniyah dan dia menggunakan nama Abdül Halim. Dia juga turut menjalani khatan. Ini menghasilkan beberapa laporan mengenai kemasukkannya dalam Islam di akhbar Uthmaniyah ketika itu, tetapi untuk sebab yang tidak diketahui Noda tidak menyebut mengenai pengIslamannya dalam rencana yang dihantar ke Jepun. Dia juga meminta Sultan untuk mengajar Arab dan merancang untuk belajar Quran sendiri. Pada ketika itu, Noda berhubung dengan Yamada Torajirō, seorang lagi mualaf terawal. Noda meninggalkan Konstantiniyah pada Disember 1892, dan dalam proses untuk mengembara ke Eropah, Lautan Atlantik, dan Amerika Syarikat, di mana dia menghadiri Eksposisi Dunia Columbus pada 1893. Dia berjaya pulang ke Jepun sekitar Mac 1893. Yamada tidak menyebut Noda dalam autobiografinya, dan akibatnya ada kemungkinan beberapa aspek kehidupan Noda telah disalah tanggap kepada aspek kehidupan Yamada.[2]
Selepas pulang ke Jepun, dia menyambung menulis untuk Jiji Shinpō hingga Ogos 1893, dan ada ketikanya dalam kerjayanya, dia bekerja dengan Miyako Shinbun.[1] Selepas pulang ke Japan, Noda nampaknya telah menjauh dari kehidupan Islam yang ketat dan mula mengunjungi restoran ryōtei, yang terkenal sebagai tuan rumah geisha. Dia juga terlibat dalam dua kes jenayah, dan akhirnya meninggal dunia walaupun baru berusia pertengahan 30-an.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "野田 正太郎—トルコ親善に尽くした新聞記者". Hachinohe. 2021.
- ^ a b MISAWA, Nobuo; AKÇADAĞ, Göknur (2007), "The First Japanese Muslim : Shotaro NODA (1868–1904)", Annals of Japan Association for Middle East Studies (dalam bahasa Inggeris), Japan Association for Middle East Studies (JAMES), 23, doi:10.24498/ajames.23.1_85, dicapai pada 2021-10-19 Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Shotaro Noda |
- De Lange, William (2023). A History of Japanese Journalism: State of Affairs and Affairs of State. Toyo Press. ISBN 978-94-92722-393.