Pergi ke kandungan

Shin Tae-yong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shin Tae-yong
Shin sebagai pengurus Indonesia pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Shin Tae-yong
Tarikh lahir (1970-10-11) 11 Oktober 1970 (umur 54)
Tempat lahir Yeongdeok, Gyeongbuk, Korea Selatan
Posisi permainan Pemain penyerang tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Indonesia (Pengurus)
Kerjaya kolej
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1988–1991 Universiti Yeungnam
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–2004 Seongnam Ilhwa Chunma 296 (76)
2005 Queensland Roar 1 (0)
Jumlah 297 (76)
Pasukan kebangsaan
1987 Korea Selatan B-17 4 (2)
1988 Korea Selatan B-20 1 (1)
1991–1992 Korea Selatan B-23 6 (1)
1992–1997 Republik Korea 23 (3)
Pasukan diurus
2005–2008 Queensland Roar (pembantu)
2008–2012 Seongnam Ilhwa Chunma
2014 Korea Selatan (jurulatih sementara)
2014–2017 Korea Selatan (pembantu)
2015–2016 Korea Selatan B-23
2016–2017 Korea Selatan B-20
2017–2018 Republik Korea
2019– Indonesia
2019– Indonesia B-19
2019– Indonesia B-23
Pengalaman
Bola sepak lelaki
Mewakili  Korea Selatan (sebagai pengurus)
Kejohanan AFC B-23
Naib-juara 2016
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Shin Tae-yong
Hangul신태용
Hanja申台龍
Perumian SemakanSin Tae-yong
McCune–ReischauerSin T'ae-yong

Shin Tae-yong (Bahasa Korea: 신태용, Hanja: 申台龍; lahir 11 Oktober 1970) ialah bekas pemain dan pengurus bola sepak profesional Korea Selatan yang kini menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia.

Kerjaya kelab dan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat jolokan "Fox of the Ground" (Musang Daratan) dengan gaya tersendiri yang jelas apabila membuat hantaran dan menggelecek dengan corak permainan yang bernafsu dan bijak.[1] Sebagai pemain, beliau merupakan pemain penyerang tengah dan kebanyakannya bermain di kedudukan serangan tengah.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Yeungnam, Shin bermain selama 12 musim untuk Ilhwa Chunma. Beliau memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik Liga K pada 1992, tahun pertama kerjaya profesionalnya.[1] Beliau merupakan pemain utama Ilhwa Chunma apabila mereka memenangi Liga K selama tiga tahun berturut-turut dari 1993 hingga 1995.[1] Pada 1995, beliau dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai Liga K dan juga memenangi Kejohanan Kelab Asia pada penghujung tahun.[1] Selepas itu, Ilhwa Chunma menjadi goyah seketika, tetapi mereka berjaya menakluki liga semula di bawah sumbangan Shin. Mereka sekali lagi memenangi gelaran liga selama tiga tahun berturut-turut dari 2001 hingga 2003, dan beliau juga memenangi Anugerah MVP keduanya pada 2001. Beliau menjaringkan 99 gol, dan memberikan 68 bantuan dalam 401 perlawanan Liga K termasuk Piala Liga Korea.[1] Beliau boleh menjadi seorang pemain satu kelab kepada Ilhwa Chunma, tetapi beliau menamatkan kerjaya bermainnya di kelab Australia, Queensland Roar.[1] Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain Liga K terhebat sepanjang zaman, dan telah dipilih untuk XI Terbaik Ulang Tahun Ke-30 K League pada 2013.[2]

Dibeli oleh Queensland Roar dalam Liga A Australia pada 2005, beliau bersara kerana masalah buku lali. Beliau menerima peranan pembantu jurulatih di kelab itu, membantu Miron Bleiberg terutamanya dengan kemahiran teknikal.[3]

Beliau bermain 23 perlawanan antarabangsa termasuk Piala Asia AFC 1996 untuk pasukan kebangsaan Korea Selatan.[4]

Kerjaya jurulatih

[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Disember 2019, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mengesahkan pelantikan Shin sebagai pengurus Indonesia, menggantikan Simon McMenemy dan diberikan kontrak selama 4 tahun oleh PSSI.[5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Shin mempunyai dua anak lelaki, Shin Jae-won dan Shin Jae-hyeok. Mereka juga merupakan pemain bola sepak.

Pada 19 Mac 2021, Shin telah diisytiharkan COVID-19 positif semasa beliau berada di Indonesia.[6]

  1. ^ a b c d e f [K리그 레전드SSUL] '그라운드의 여우' 신태용편 [(Lagenda Liga K) 'Musang Daratan' Shin Tae-yong]. YouTube.com (dalam bahasa Korea). K League. 28 Ogos 202p. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-21. Dicapai pada 8 April 2021.
  2. ^ 한국 축구 레전드 베스트11 발표 (dalam bahasa Korea). YTN. 31 Mei 2013.
  3. ^ "Korean Announces Retirement" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Bola Sepak Australia. 20 September 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2006.
  4. ^ 신태용 SHIN Taeyong (dalam bahasa Korea). KFA. Dicapai pada 8 April 2021.
  5. ^ "Former South Korea boss Shin Tae-yong appointed Indonesia head coach" (dalam bahasa Inggeris). Fox Sports Asia. 28 Disember 2019. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  6. ^ Pelatih timnas Indonesia Shin Tae-yong dinyatakan positif (dalam bahasa Bahasa Indonesia)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Sérgio Farias
Jurulatih Juara Liga Juara-Juara AFC
2010
Diikuti oleh:
Jorge Fossati