She Was Pretty (drama)
She Was Pretty | |
---|---|
Genre | Komedi romantik |
Berdasarkan daripada | She Was Pretty oleh Jo Sung-hee |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Yusry Abd Halim |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Bintang" oleh Amylea Azizan |
Lagu penutup | "Bintang" oleh Amylea Azizan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Irwan Munir |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 50–60 minit |
Syarikat penerbitan | Independent Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 23 Jun 2022 – 4 Ogos 2022 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
She Was Pretty ialah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan Yusry Abdul Halim dengan skrip oleh Rafidah Abdullah, Mamu Vies, Baizura Kahar, Haris M. Nor dan Nadia Khan.[1] Dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan ramai lagi, drama ini diadaptasi dari drama popular Korea Selatan 2015 bertajuk sama yang disiarkan oleh MBC.[2] Ia disiarkan di platform penstriman Viu dari 23 Jun 2022 sehingga 4 Ogos 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Selepas keterbalikan dari segi kekayaan dan paras rupa, buah hati dari zaman kanak-kanak bertemu semula untuk kali pertama dalam tempoh 15 tahun sebagai pekerja majalah fesyen. Nadia dan Haniff merupakan jiran semasa zaman sekolah. Haniff merupakan seorang yang gemuk berkawan dengan Nadia yang cantik dan popular. Pada suatu hari, Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara. Mereka berpisah selama 15 tahun. Nadia yang dahulunya lawa, menjadi tidak cantik akibat rambutnya yang kerinting dan wajahnya penuh bintik. Dia sering dijadikan bahan ejekan dan perlian daripada orang-orang sekeliling. Mujur ada sahabat baik bernama Jo. Jo seorang yang lawa dan diminati ramai. Jo tidak kisah bersahabat dengan Nadia. Dia sentiasa memberi sokongan padu kepada kawannya itu.
Satu hari, Haniff yang bakal pulang ke Malaysia ingin bertemu dengan Nadia setelah bertahun berhubung melalui emel. Nadia teruja tetapi malu kerana takut Haniff tidak mahu bertemu dengannya selepas melihat penampilannya kini. Dia terpaksa menggunakan Jo untuk menyamar sebagainya. Mahu atau tidak, Jo akur dengan permintaan sahabatnya itu. Pada pemikiran Haniff, Jo adalah Nadia.
Apa yang dia tidak tahu, Nadia Rahman yang sebenar adalah pekerja sementara di jabatan majalah The Most, Nadia yang sering dia marahi. Mujur rakan sekerja Nadia, Ashraf sentiasa menjadi penyelamatnya. Jo pula mulai jatuh cinta dengan Haniff selepas Haniff menyelamatkannya daripada samseng yang ingin menganggunya. Dapatkah Nadia dan Jo memberitahu Haniff bahawa Jo bukan Nadia sebenar? Bolehkah Haniff mengecam Nadia, pekerja bawahannya sebagai Nadia sebenar, sahabat yang disukainya?.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Diana Danielle sebagai Nadia Rahman[1][4][5]
- Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff Hilmi[1][6]
- Alvin Chong sebagai Ashraff Yatim[1][7]
- Daniella Sya sebagai Kejora Yusoff[1]
- Amelina sebagai Madam Rara[1]
- Yasmin Hani sebagai Julie[1]
- Roy Azman sebagai Rahman
- Shah Kimin sebagai Pyan[1]
- Arena Wan sebagai Aria Bakri[1]
- Adam Malek sebagai Junad[1]
- Asha Merican sebagai Hanim[1]
- Priyangka sebagai Suria
- Kimberly Chuah sebagai Illy
- Riena Amirah sebagai Yuhara
- Adi Afendi sebagai Encik Baharom
- Kamarul Eqifshah sebagai Haniff kecil
- Qistina Scholz sebagai Nadira kecil
- Idzham Ismail sebagai Douchebag
- Jasmin Hamid sebagai Datin Noraina
- Arash Mohamad sebagai Datuk Yusof
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]She Was Pretty diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2015 bertajuk sama yang disiarkan di MBC dan dibintangi oleh Hwang Jung-eum, Park Seo-joon, Go Joon-hee dan Choi Si-won.
Ia diarahkan oleh Yusry Abd Halim yang sebelum ini mengarahkan Ganjil untuk siaran di Viu.[8] Malaysia merupakan negara ketujuh yang menerbitkan adaptasi drama ini selepas Turki, China, India, Vietnam, Jepun dan Thailand.
Keluaran
[sunting | sunting sumber]She Was Pretty memulakan siaran di Viu bermula 23 Jun 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut, manakala 3 episod terakhir disiarkan pada 4 Ogos 2022.[8][9][10][11] Ia juga disiarkan di Astro Ria bermula 5 Mac 2023.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Anugerah Televisyen Asia 2022 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Alvin Chong | She Was Pretty | Menang | [12] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k "She Was Pretty Malaysia". My Infotaip. 16 Mac 2022. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ "Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia". Kakimuvee. 23 Jun 2022. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ "VIU HASILKAN SEMULA K-DRAMA POPULAR, "SHE WAS PRETTY" DALAM BAHASA MALAYSIA". Femag Online. 1 Julai 2022. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (12 Julai 2022). "Gementar jayakan siri Korea". Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ Farol Hadi (18 Ogos 2022). "Diana Danielle terbawa-bawa watak Nadia di luar set penggambaran, 'She Was Pretty' versi Malaysia tambat hati penonton". mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2022.
- ^ Amri Hassan (4 Julai 2022). "Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ Affan Rostam (22 Jun 2022). "Alvin seru bersatu padu naikkan nama industri seni negara". Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2022.}
- ^ a b Nannie Isa (28 Jun 2022). "SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA, BEST KE?". Kite Punye. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ Wafa Awla (27 Julai 2022). "Dialog She Was Pretty Malaysia 'Awkward' Tapi…". Getaran. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ John Tan (12 Julai 2022). "VIU releases Malaysian adaptation of K-drama She Was Pretty" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ Tahir Alhamzah (23 Jun 2022). "#Showbiz: Viu working well with adaptation" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 11 Disember 2022.
- ^ "#Showbiz: Alvin Chong wins Best Supporting Male Performance at Asian TV Awards". NST Entertainment (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 20 Disember 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.