Pergi ke kandungan

Sharm el-Sheikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharm el-Sheikh
شرم الشيخ'
Sharm al-Shaykh
Pemandangan Laut Merah dan Pulau Tiran dari Hotel Sheraton Sharm.
Pemandangan Laut Merah dan Pulau Tiran dari Hotel Sheraton Sharm.
Nama panggilan: The City of Peace
Peta sekitar Sharm el-Sheikh
Peta sekitar Sharm el-Sheikh
Negara Mesir
KegabenoranKegabenoran Sinai Selatan
Penduduk
 (2001)
 • Jumlah843.1067

Sharm el-Sheikh (Arab: شرم الشيخ, Sharm al-Shaykh) ialah sebuah bandar di penghujung selatan Semenanjung Sinai di Mesir, yakni kawasan di sepanjang pesisiran pantai di antara Laut Merah dan Gunung Sinai.

Sharm el-Sheikh dikenali sebagai bandar pelancongan, terutamanya untuk aktiviti air, misalnya selam paras permukaan atau menyelam. Berbagai hotel dan restoran luar negeri yang terkenal terletak di sini. Menurut BBC, Sharm el-Sheikh ialah kawasan yang popular di kalangan para pelancong dari Israel, Jordan, Mesir dan Eropah.

Pada 23 Julai 2005, bandar ini menjadi sasaran beberapa siri letupan kuat yang berlaku di Hotel Ghazala Gardens.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]