Pergi ke kandungan

Sharifah Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Noor
Juga dikenali
sebagai
Sharifah Sunting nilai ini di Wikidata
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
PekerjaanPenyanyi Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1969 Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanOrkes Zindegi, The Sangam Boys, The Playboys, Orkes Brahmachari
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sharifah Noor merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era akhir 1960an hingga awal 1970an yang sering mendendangkan lagu-lagu saduran Hindi dengan senikata Bahasa Melayu. Beliau merupakan Juara Lata Mangeshkar Singapura di akhir tahun 1960an.

Terkenal dengan imej berkaca mata hitam tebalnya, Sharifah Noor banyak merakam EP dan LP di bawah label Ngee Fat/Playboy dan Sea Lion Records di Singapura, selain label Lucky Records dan MMI/Royal di Malaysia. Beliau sering diiringi oleh kugiran Orkes Zindegi, The Sangam Boys, The Playboys dan Orkes Brahmachari. Beliau aktif merakam album antara tahun 1969 hingga 1974, dengan rakaman terakhirnya yang merupakan saduran untuk lagu-lagu dari filem Hindi bertajuk Ajnabi.

Selain membaut rakaman solo, Sharifah Noor juga kerap membuat rakaman duet dengan seorang lagi penyanyi irama Hindustan iaitu Hussein Marican, yang juga merupakan pemimpin Orkes Brahmachari.

Sharifah Noor meninggal dunia pada tahun 1982, setelah menyepi sepenuhnya dari dunia seni suara.


Antara lagu-lagu rakaman Sharifah Noor

[sunting | sunting sumber]
  • Di Mana Bahagia
  • Salabat Laila
  • Beban Asmara
  • Djauh
  • Tak Mungkin Ku Lupa
  • Bathin Terseksa
  • Puas Sudah Ku Chari
  • Ya Halawali
  • Kembali Sudah Ke Jalan Bahagia (duet bersama Hussein Marican)
  • Dil Todne Wale (duet bersama Hussein Marican)
  • Oh Jadugar
  • Humko Tumse Pyar Hai
  • Indah Kaseh Mesra Budi


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]