Sharifah Fazira
Sharifah Fazira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis | |||||
Tengku Puteri Mahkota Perlis | |||||
Tempoh | 12 Oktober 2000 – kini | ||||
Keputeraan | Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 5 Jun 1973 Hospital Besar Kangar, Kangar, Perlis, Malaysia | ||||
Pasangan | YABhg. Dato' Paduka Haji Mohammad Yaacob (k. 2000; m. 2024) | ||||
Anakanda | YM Puteri Nurlin Syazwani | ||||
| |||||
Ayahanda | Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | ||||
Bonda | Tengku Fauziah | ||||
Agama | Sunni Islam |
|
YAM Tengku Syarif Bendahara
|
YAM Tengku Syarif Temenggong
|
YAM Tengku Syarif Laksamana
|
YAM Tengku Syarif Panglima
|
YAM Dato’ Seri Syed Zainal Rashid |
YAM Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail
|
YAM Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail
|
Yang Amat Mulia Dato' Seri Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (diputerakan pada 5 Jun 1973) merupakan Tengku Puteri Mahkota Perlis. Beliau adalah anakanda bongsu dan puteri tunggal kepada DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sharifah Fazira telah melangsungkan perkahwinan dengan Yang Amat Berbahagia Dato' Paduka Haji Mohammad Yaacob bin Dato' Seri Azizul Hassan pada 19 Februari 2000. Pada 12 Oktober 2000, beliau telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Puteri Mahkota Perlis oleh ayahandanya, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.[1]
Mereka dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Yang Mulia Puteri Nurlin Syazwani dilahirkan pada 10 Januari 2001.
Pada 26 Februari 2024 hari Isnin jam 7:26 pagi, suami beliau YABhg. Dato’ Paduka Haji Mohammad Yaacob bin Dato’ Seri Azizul Hassan telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis akibat komplikasi buah pinggang. Jenazah dimandikan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar. Jenazah suaminya ditempatkan di perpustakaan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail untuk diziarahi hingga solat zohor. Solat jenazah dilakukan sejurus selepas selesai solat zohor. Jenazah suami beliau kemudian dikebumikan di Makam DiRaja, Arau.[2]
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Sharifah Fazira | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tengku |
Terasul dan gelaran
[sunting | sunting sumber]- 5 Jun 1973 - 12 Oktober 2000: Yang Amat Mulia Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
- 12 Oktober 2000 – 17 Mei 2002: Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
- 17 Mei 2002 – kini: Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Dato' Seri Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Kurniaan
[sunting | sunting sumber]- Negeri Perlis
- Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP, 17.5.2002) - Dato' Seri[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Syed Sirajuddin Putra Jamalullail" (PDF). Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM.
- ^ "Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia". Harian Metro. 27 Februari 2024.
- ^ "Istana Perlis". Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.