Pergi ke kandungan

Sam Bunkface

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Shamsul Annuar Mohd Baharom)
Sam Bunkface
Sam beraksi di konsert Twisties Bingit 2010
Kelahiran
Shamsul Annuar bin Mohd Baharum

(1987-12-11) 11 Disember 1987 (umur 37)
WarganegaraMalaysia
Pekerjaan
Tahun aktif2006–kini
Pasangan
  • Aida Azira Husin (k. 2015; c. 2019)
  • Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi (k. 2020)
Anak-anak3
Ibu bapa
  • Tracey Johnson (ibu)
  • Mohd Baharum Abd Rahman (bapa)
SaudaraSiti Saleha (adik)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Pengkarya berkait

Shamsul Annuar Mohd Baharum (lahir 11 Disember 1987) atau lebih dikenali sebagai Sam merupakan seorang penyanyi, komposer, dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan punk rock Bunkface yang ditubuhkan pada tahun 2005.[1] Beliau juga berkhidmat sebagai vokalis dan gitaris kumpulan The Azenders, sebuah superkumpulan yang menggabungkan empat pemuzik dari empat kumpulan rock berbeza.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Sam dilahirkan di England namun sejak umur lima tahun beliau kembali ke Malaysia dan menetap serta membesar di Klang, Selangor. Anak kacukan Inggeris (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial. Namun adiknya, Siti Saleha lebih dahulu diberikan peluang untuk beraksi dalam arena komersial. Adik perempuannya itu kemudian mencipta nama dalam bidang lakonan di televisyen menerusi drama Lima Jingga.

Ketika usia belasan tahun kedua ibu bapanya telah bercerai, dan sejak itu Sam dibesarkan oleh bapanya di Klang, Selangor. Dibesarkan dengan budaya Melayu, Sam dianggap sebagai seorang pemuda yang sangat merendah diri, menghormati orang tua, dan patuh kepada agama. Kerana minatnya dalam bidang muzik, Sam pernah bekerja di Secret Recipe di Bukit Tinggi, Klang semata-mata ingin mengumpul duit membikin album.

Kerjaya muzik

[sunting | sunting sumber]

Bunkface ditubuhkan pada tahun 2006 oleh empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas, Klang, Selangor. Mereka pada mulanya mengadakan sesi jamming secara santai sebelum memutuskan untuk menubuhkan kumpulan muzik. Nama "Bunkface" diilhamkan daripada tajuk lagu "Crazy Amanda Bunkface" oleh kumpulan Sum 41, yang dicadangkan oleh bekas pemain dram mereka, Biak.

Pada Mac 2006, Bunkface meraih perhatian dengan memenangi tempat pertama dalam pertandingan Band Rakan Seni Budaya anjuran Universiti Malaya. Pertandingan ini disokong oleh majalah muzik ROTTW, yang menjadi platform pertama memperkenalkan nama mereka di media. Tidak lama selepas itu, Bunkface menyertai komuniti muzik dalam talian Demoplanet.tv untuk menghasilkan video muzik pertama mereka. Nama mereka mula meniti di bibir peminat apabila mereka menyertai pertandingan realiti muzik Blast Off pada tahun yang sama.

2007: EP Pertama - Lesson of the Season

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2007, Bunkface melancarkan EP pertama mereka, Lesson of the Season, yang mengandungi enam lagu berbahasa Inggeris dengan genre pop-punk dan rock alternatif. Lagu hit "Silly Lily" daripada EP ini menduduki tangga teratas carta hitz.fm Malaysian Top Ten selama 8 minggu dan Fly.fm Campur Chart selama 10 minggu. Lagu Melayu pertama mereka, "Situasi," berjaya menduduki tangga #1 di carta '''XFresh FM dan mencapai tangga #3 di '''Carta Era FM selama 3 minggu. Kejayaan ini melonjakkan populariti Bunkface ke seluruh negara.

2009: Anugerah dan Persembahan Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Bunkface memenangi tiga anugerah utama di Anugerah Shout! anjuran 8TV, termasuk Rockstar, Break Out, dan The Ultimate Shout! Award. Kejayaan ini menarik perhatian penganjur One Movement For Music Perth (OMFM) di Australia, yang menjemput mereka membuat persembahan pada Oktober 2009. Ini menandakan penampilan antarabangsa pertama Bunkface.

2010: Album Phobia Phoney, Through My Window dan MTV World Stage

[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2010, Bunkface melancarkan album penuh pertama mereka, Phobia Phoney, yang memuatkan 10 lagu, termasuk single popular seperti "Situasi," "Revolusi," "Prom Queen," dan "Soldier."Bunkface menyertai kempen Everyone Connects anjuran TM dan menyanyikan lagu "Through My Window" yang disiarkan dalam iklan radio dan TV kempen tersebut. Lagu ini mula diperdengarkan ke udara dalam bentuk lagu misteri yang diedarkan ke semua stesen radio di negara. Misteri ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang awam mengenai siapa penyanyinya dan apakah tujuan lagu ini dimainkan. Populariti kumpulan Bunkface melonjak setelah didedahkan identiti mereka selaku penyanyi lagu tersebut. Ketika ini, bilangan peminat lagu "Through My Window" yang mendaftar di Facebook mencecah 17,000 orang di samping namanya disebut lebih 3.7 juta kali dan lebih 6,600 muat naik video and audio di laman sosial tersebut. Acara nyanyian beramai-ramai Everyone Connects yang turut mengetengahkan lagu "Through My Window" diadakan di Jalan Bukit Bintang pada 21 November 2009. Band indie lain yang turut serta dalam konsert gemilang itu ialah Rock N Roll John, Marionexxes, Maddame, Basolaye dan The Rodeo.

Pada tahun yang sama, Bunkface menjadi satu-satunya wakil Malaysia di MTV World Stage Live in Malaysia 2010, berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Wonder Girls, dan Tokio Hotel.

2011–2013: Panik, Kontroversi, dan Jelajah Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada September 2011, Bunkface melancarkan single "Panik," yang diharamkan oleh stesen radio RTM kerana dianggap kontroversial. Namun, ini tidak menghalang mereka untuk meneruskan aktiviti seni. Mereka turut membuat persembahan di Hong Kong Asian Music Festival (HKAMF), mewakili Malaysia dan menduduki tempat ketiga.

Kong Asian Music Festival (HKAMF) telah diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Hong Kong, Hong Kong. Festival ini telah dianjurkan oleh IFPI di Hong Kong dan melibatkan enam negara dari seluruh Asia. Antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam festival yang julung kalinya diadakan adalah seperti China, Taiwan, Singapura, Korea, Malaysia dan tuan rumahnya, Hong Kong. Jepun pada mulanya dijangka mengambil bahagian dalam festival itu oleh Ikumi Kumagai tetapi terpaksa menarik diri kerana keadaan di Jepun masih dalam keadaan tidak stabil pada masa itu. Dalam pusingan awal, Bunkface telah mempersembahkan lagu berjudul Escape Dance dan memberikan satu cabaran yang sukar untuk Qiong Wu, Kewei, dan The Boss. Persaingan begitu sengit bagi semua yang bergenre muzik pop dari China - Wu Qiong, Singapura - Kewei, The Boss - Korea dan Malaysia diwakili oleh Bunkface yang berjaya ke peringkat akhir. Untuk peringkat akhir ini, semua peserta yang telah berjaya dipilih atas undian juri diminta untuk memilih daripada mana-mana lagu popular dari artis yang lain tetapi dengan pilihan sendiri untuk pertandingan ini. Berdasarkan markah yang diberi oleh hakim, empat finalis kebangsaan telah memberikan satu pertandingan yang amat sengit dalam segi pemarkahan.

Bunkface telah memilih lagu "We Are the Champions" dari Queen yang telah meraut tempat ketiga keseluruhan dalam pemarkahan untuk persembahan pentas dan persembahan vokal. Dari festival ini, Bunkface talah berjaya meletakkan diri mereka sebagai salah satu artis yang setanding dengan artis-artis popular dari seluruh Asia. Penyertaan Bunkface juga memberi kejutan kepada banyak pihak, terutama penonton, hakim, persaingan artis, artis, dan juga para jemputan IFPI sendiri.

Bunkface juga melancarkan album kedua mereka yang mengandungi 13 lagu, termasuk 9 lagu Inggeris dan 4 lagu Melayu. Mereka mengadakan konsert jelajah di Indonesia, termasuk di acara Jakarta Urbanfest 2011 dan Hard Rock Cafe Jakarta, yang meningkatkan lagi populariti mereka di rantau Asia Tenggara.

Mereka menerima penghormatan khas yang dijemput untuk muncul di talk show popular di Indonesia Bukan Empat Mata. Mereka melakukan single hit mereka terbesar iaitu "Situasi" di dalam acara itu. Sebelum ini, hanya Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Amy Search artis lain dari Malaysia telah muncul di rancangan ini. Kumpulan ini ditaja oleh AirAsia bersama-sama dengan Jamu Mak Dara sebagai penaja mereka dan membantu mereka membawa media tempatan untuk menampung aktiviti-aktiviti mereka di Jakarta. Bunkface telah sangat mempunyai ramai peminat di Indonesia dengan jumlah yang besar semasa mereka menginap di Jakarta.

2014: Album Malam Ini Kita Punya

[sunting | sunting sumber]

Album ketiga Bunkface, Malam Ini Kita Punya, dilancarkan pada Oktober 2014. Album ini mengandungi lagu-lagu seperti "Darah Muda" dan "Anugerah Syawal." Ia juga menandakan kerjasama pertama mereka dengan Sony Music Entertainment Malaysia. Pada tahun yang sama, Bunkface dipilih sebagai DiGi x Deezer Spotlight Artiste of the Month.

2015: Runut Bunyi BoBoiBoy dan Festival Muzik Terbesar di Jepun

[sunting | sunting sumber]

Bunkface menyumbangkan dua runut bunyi untuk francais animasi BoBoiBoy: "Masih Di Sini" untuk ''BoBoiBoy: The Movie yang mendapat 25 juta tontonan dan "Dunia Baru" untuk BoBoiBoy Galaxy. Kedua-dua lagu ini popular di Malaysia dan Indonesia, mencatat lebih 32 juta tontonan di YouTube.

Pada tahun yang sama, Bunkface mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia di Summer Sonic Festival 2015 di Jepun, berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Ariana Grande, Pharrel williams, Imagine Dragon, the script,carly rae jepsen, clean bandit,All Time Low, Baby Metal dan ramai lagi. Edisi Summer Sonic sebelumnya Guns N' Roses, Taylor Swift, avenged sevenfold, Green Day, My chemical Romance,Paramore, John Legend dan Linkin Park juga pernah membuat penampilan di festival ini.

2016: Bunkface X (Konsert 10 Tahun) dan MTV Europe Music Awards (EMA)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Bunkface meraikan ulang tahun ke-10 mereka dengan mengadakan konsert khas Bunkface X Live in Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 Disember 2016 di Stadium Chin Woo. Konsert ini menjadi kerjasama antara label utama Universal Music Malaysia dan label mereka sendiri, Bunkface Production. Dalam acara itu, Bunkface melancarkan album kompilasi pertama mereka, Bunkface X, yang memuatkan lagu-lagu hits daripada EP dan tiga album terdahulu.

Tahun yang sama juga menyaksikan Bunkface menerima pengiktirafan antarabangsa apabila tercalon untuk MTV Europe Music Awards (EMA) 2016 di bawah kategori Best Southeast Asian Act. Pencalonan ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai salah satu kumpulan muzik terkemuka di rantau Asia Tenggara.

2018: Lagu Tema Hari Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Bunkface mencipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk "Kita Punya Malaysia," ciptaan vokalis mereka, Sam. Lagu ini dipilih sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

2019: Album POP dan Jelajah Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Bunkface melancarkan album keempat mereka bertajuk POP. Mereka juga membuat persembahan di Festival Road to Soundrenaline Indonesia dan Big Bang Festival Jakarta di Indonesia.

2022–2024: Konsert Mega dan Perancangan Terkini

[sunting | sunting sumber]

Pada 2022, berlangsung selama dua malam berturut-turut, konsert 15 tahun Bunkface! 15 Years Of Korang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peminat setia. Pada 2023, mereka menjayakan konsert Bunkface Rock in Borneo di Kota Kinabalu, Sabah.

Pada 2024, Bunkface mencipta sejarah dengan konsert solo di '''Dewan Filharmonik Petronas (DFP), menampilkan 20 lagu hit mereka di hadapan lebih 1,000 penonton.

Pencapaian dan Pengaruh

[sunting | sunting sumber]

Bunkface dianggap sebagai salah satu kumpulan pop-punk paling berpengaruh di Malaysia. Dengan pelbagai pencapaian dalam dan luar negara, mereka terus membuktikan bakat dan kesungguhan mereka dalam industri muzik.

The Azenders

[sunting | sunting sumber]

Sam menubuhkan sebuah superkumpulan yang diberi nama The Azenders bersama tiga rakannya Izal (bes) dari One Buck Short, Ajam (synth) dari Dichi Michi, dan Kudut (dram) dari Robot Asmara. Kumpulan ini melancarkan single pertama mereka yang bertajuk "Ladies & Gentlemen". Ia diikuti oleh beberapa single hits termasuk "Peribadi", "Livin Rock and Roll", "Bebas" dan "Dance Love". Lagu "Bebas" dipilih sebagai lagu tema filem Jiwa Taiko (2012) arahan Osman Ali.[3]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sam diminati dan disukai oleh ramai gadis kerana wajah urang ribai. Pada tahun 2008, Sam dilaporkan menjalin hubungan dengan pengacara tv popular yang juga berdarah kacukan iaitu Juliana Evans. Juliana merupakan kenalan rapat kepada adik Sam sendiri. Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama 2 tahun ekoran usia yang masih muda serta tiada perancangan untuk memanjangkan perhubungan ke jinjang pelamin.[4][5]

Pada 7 Julai 2010, blog-blog hiburan melaporkan Sam pernah menjalin hubungan bersama seorang model iklan komersial yang dikenali sebagai Jeanny Amir. Beliau berkahwin dengan wartawan Aida Azira Husin pada April 2015.[6] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang dilahirkan pada 11 September 2016.[7][8][9] Sam dan Aida telah sah bercerai pada Januari 2019 setelah 4 tahun berkahwin.[10][11] Beliau membuat permohonan maaf secara secara terbuka kepada pihak media kerana merahsiakan perceraian tersebut.[12]

Pada tanggal 10 Disember 2020, Sam mengahwini buat kali kedua bersama pilihan hatinya, Putri Elfa Ezrin binti Mohd Khushairi.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjayanya, Sam pernah dikritik kerana kemampuannya menyanyi secara live. Lewat beberapa tahun ini, vokal beliau bertambah baik. Nama Sam sedikit terjejas ekoran isu bekas pengurus Bunkface yang disifatkan kekwat dan memilih media pada tahun 2008.

Selain itu, penyebaran gambar aksi nakal Sam yang cuba mencium pipi Juliana Evans pernah hangat seketika pada awal 2009. Melodi terbitan TV3 pernah memanaskan isu Sam yang hadir hanya dengan memakai singlet ketika sidang media Anugerah Juara Lagu 2009. Sam menjawab secara rasional, dan memohon maaf kepada peminat jika pakaiannya disifatkan sebagai menjolok mata. Ramai pemerhati seni menyifatkan Bunkface belum layak untuk diiktiraf menerusi Anugerah Kembara AIM 17. Kontroversi putus cinta dengan Juliana, dimana Jeanny Amir dikaitkan sebagai orang ketiga.

Pada Ogos 2010, beberapa akhbar memuatkan berita mengenai perselisihan faham di antara Sam dan anggota kumpulan Bunkface yang lain. Diberitakan Sam tidak berpuas hati kerana kejayaan Bunkface banyak dibantu oleh kesungguhan beliau sahaja. Sam dikatakan mahu meninggalkan kugiran itu dan membentuk kugiran baru.

Tidak lama selepas itu, Sam dan pengurusannya tampil menafikan dakwaan. Menurut mereka, Bunkface masih lagi utuh dan tidak akan berpecah (dalam waktu terdekat ini) sebaliknya akan terus merencana perjalanan seni mereka. Sam bagaimanapun mengakui akan menubuhkan sebuah kugiran indie terbaru iaitu The Azenders, yang lebih banyak menumpukan persembahan secara underground. Menurut Sam, penglibatannya dalam kugiran baru itu tidak bermakna dia mahu meninggalkan Bunkface sebaliknya sekadar mencuba perkara baru. Perkara sebegini banyak dilakukan oleh kugiran-kugiran lain seperti XPDC.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Sam tidak pernah menerbitkan lagu secara solo, semuanya bersama Bunkface dan The Azenders. Beliau juga menyertai pertandingan Juara Parodi di Astro Warna untuk memparodikan lagu yang diberikan dalam kumpulan Abang Face iaitu (Shuk SYJ & Joey Daud).

Bunkface
The Azenders
  • Livin’ Rock & Roll (2013)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

2011 Hong Kong Asia Music Festival

[sunting | sunting sumber]

Berjaya ke Final: Tempat ke-3

2011 Komposer Muda Berbakat MACP

[sunting | sunting sumber]

Menang: Sam (Komposer Muda)

2016 MTV Europe Music Awards

[sunting | sunting sumber]

Bunkface tercalon dalam kategori Best SEA Artist at the MTV EMA 2016

Anugerah Industri Muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Kategori Karya tercalon Album Keputusan Tewas kepada
2010 (AIM17) Artis Baru Terbaik Tercalon Yuna
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Prom Queen Phobia Phoney Tercalon Yuna - Deeper Conversation
Lagu Rock Terbaik Situasi Menang
Lagu Terbaik Tercalon Yuna - Dan Sebenarnya
Anugerah Kembara Menang
2011 (AIM18) Lagu Rock Terbaik Extravaganza Phobia Phoney Tercalon A.P.I. - Pelita
2013 (AIM20) Lagu Rock Terbaik Panik Bunk Not Dead Tercalon Amy Search - Di Bawah Gerbang Skaea
2014

(AIM21)

Lagu Rock Terbaik Rentak Laguku Malam Ini kita Punya Menang
2022

(AIM23)

Lagu Rock Terbaik Korang Tercalon Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila
2022

(AIM23)

Lagu Rock Terbaik I Miss You Tercalon Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila

Anugerah Juara Lagu (AJL)

[sunting | sunting sumber]
  • Kumpulan Exist dan Bunkface merupakan kumpulan muzik yang paling kerap ke pusingan akhir Juara Lagu dengan 4 kali penyertaan.
Penyertaan Bunkface di Anugerah Juara Lagu:
  1. Anugerah Juara Lagu 2009 - "Situasi"
  2. Anugerah Juara Lagu 2010 - "Ekstravaganza"
  3. Anugerah Juara Lagu 2014 - "Rentak Laguku"
  4. Anugerah Juara Lagu 2015 - "Malam Ini Kita Punya"
Anugerah Juara Lagu 2016, Bunkface telah menarik diri daripada bertanding menerusi lagu Darah Muda.
[sunting | sunting sumber]
Tahun Kategori Keputusan
2009 Penyanyi Duo/Kumpulan Popular Menang
2010 Artis Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
2011 Artis Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
2018 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon

Anugerah SHOUT!

[sunting | sunting sumber]
Tahun Kategori Keputusan
2009 [13] Break Out Award Menang
Rockstar Award Menang
The Ultimate Shout! Award Menang
2010 Rockstar Award Menang
Music Video Award Menang
2011 Rockstar Award Menang
2012 Rockstar Award Menang
2013 Rockstar Award Menang
2014 Rockstar Award Menang

MTV World Stage Live in Malaysia 2010

[sunting | sunting sumber]

Bunkface sebagai satu-satunya wakil Malaysia yang membuat persembahan di MTV World Stage Live in Malaysia 2010. Acara ini berlangsung pada 31 Julai 2010 di Sunway Lagoon Surf Beach, Selangor. Bunkface berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Wonder Girls , dan Tokio Hotels.

Persembahan mereka yang penuh bertenaga dengan lagu-lagu popular seperti Situasi dan Through My Window mendapat sambutan hangat daripada penonton, sekaligus menyerlahkan daya tarikan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa. Detik ini merupakan satu pencapaian besar dalam kerjaya Bunkface dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik Malaysia.

Bunkface ke Festival Muzik Terbesar Di Jepun

[sunting | sunting sumber]

Bunkface pernah mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia yang tampil di festival muzik antarabangsa Summer Sonic 2015 di Jepun. Penyertaan di Summer Sonic adalah salah satu pencapaian besar dalam karier Bunkface, menonjolkan bakat mereka di luar negara dan mengangkat nama Malaysia di arena muzik dunia. Edisi Summer Sonic sebelumnya Guns N' Roses, Taylor Swift, avenged sevenfold, Green Day, My chemical Romance,Paramore, John Legend dan Linkin Park juga pernah membuat penampilan di festival ini.

Selain Bunkface, terdapat banyak lagi artis dan band terkenal yang turut beraksi di Summersonic Festival 2015. Antara barisan artis utama yang turut memeriahkan festival tersebut adalah ariana grande, Pharrel williams, Imagine Dragon, the script,carly rae jepsen, clean bandit,All Time Low, Baby Metal dan ramai lagi.

Siaran JOOX Malaysia 2017

[sunting | sunting sumber]

"Dalam 12 tahun karier Bunkface, mereka telah merangkul 15 anugerah dan 30 pencalonan (tempatan dan antarabangsa), membuktikan bahawa Bunkface adalah salah satu band tempatan paling berjaya di era ini".

Bunkface cipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018

[sunting | sunting sumber]

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dilaporkan berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih lagu berentak pop itu daripada beberapa lagu yang dihantar untuk pemilihan.

Kumpulan Bunkface yang terkenal dengan muzik pop punk mencipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ‘"Kita Punya Malaysia’ ciptaan vokalisnya, Sam.

Juara Parodi 2016

[sunting | sunting sumber]

Naib Johan Bersama Kumpulan "Abang Face" yang di anggotai oleh Sam Bunkface, Shuk Sahar & Joey Daud.

  1. ^ Muhd Al-Qayum Azizi (17 Mac 2019). Perselisihan faham rahsia 13 tahun Bunkface kekal sebagai sebuah band mStar Online. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  2. ^ Muhd Al-Qayum Azizi (25 April 2012). Sam Yakin Tidak Abaikan Bunkface & The Azenders mStar Online. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
  3. ^ Bunkface Sahkan Sam Tidak Keluar, The Azenders Hanya Projek Sampingan Rotikaya (18 Februari 2011). Dicapai pada 17 Ogos 2011.
  4. ^ How, Au Yeong (16 November 2009). "Sam Nafi Juliana Evans Punca Pengurus Bunkface 'Disingkirkan'". mStar Online. Dicapai pada 18 June 2016.
  5. ^ Jessabell Soo (19 Ogos 2010). "Juliana, Sam putus cinta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 16 September 2018.
  6. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (30 November 2015). "Cinta unik Sam". Utusan Online. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  7. ^ Zaidi Mohamad (12 September 2016). Sam Bunkface timang anak lelaki Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2016.
  8. ^ Alif Fadli Mohd Sori (13 September 2016). Sam Bunkface dapat anak lelaki Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 September 2016.
  9. ^ Syafil Syazwan Jefri (1? September 2016). Sam teruja bergelar bapa Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  10. ^ Hanisah Selamat (20 Jun 2019). Sam Bunkface sah bercerai Berita Harian. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  11. ^ Georgie Joseph (19 Jun 2019). 1Sam Bunkface, Aida dah bercerai Harian Metro. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  12. ^ Georgie Joseph (20 Jun 2019). ‘Maaf sebab simpan rahsia’ - Sam Bunkface Harian Metro. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  13. ^ "Shout! Awards Winners". Voize. 18 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-26. Dicapai pada 9 Januari 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]