Pergi ke kandungan

Seterika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seterika moden.

Seterika (daripada bahasa Belanda strijkijzer) adalah suatu alat yang menghilangkan kedutan daripada pakaian dengan alat yang dipanaskan. Biasanya pakaian yang baru dicuci harus diseterika agar kembali mulus. Hal ini berlaku kerana ketika molekul-molekul polimer pada gentian pakaian dipanaskan, serat-serat tersebut diluruskan oleh kerana beban daripada seterika. Setelah dingin, pakaian akan mempertahankan bentuk lurus ini. Beberapa bahan pakaian perlu diberi air untuk melonggarkan ikatan antara molekul. Ketika kini, terdapat banyak bahan pakaian daripada polimer sintetik yang dipromosikan sebagai bahan yang tidak perlu diseterika.

Seterika kuno dibuat daripada besi yang diisi dengan arang membara. Kini, seterika kebanyakan dibuat dari aluminium dan baja tahan karat, dengan sumber panas daripada tenaga elektrik. Di dalam seterika, terdapat termostat yang mengendalikan suhu. Selain itu, beberapa seterika moden juga dapat mengubah air menjadi wap air untuk membasahi pakaian. Seterika panas yang tidak digunakan harus diletakkan tegak lurus sehingga tidak membakar permukaan di bawahnya lalu menyebabkan kebakaran. Selain itu, terdapat juga seterika nirwayar yang dipanaskan di sebuah stesen dok serta seterika mudah alih berbentuk kecil yang digunakan untuk menyeterika tali leher. Di samping termostat, ada juga termofius yang digunakan sebagai penimbal yang fungsinya sama seperti fius lazim, namun terputus dalam suhu panas melepasi toleransi fius itu.

Pada seterika moden, suhu yang dikenakan pada pakaian boleh ditetapkan pengguna dengan bantuan butang laras pada seterika. Darjat kepanasan bergantung kepada jenis kain yang diseterika, daripada 105 °C (kain sintetik) ke sekitar 220 °C (seperti kain kapas dan linen).[1][2]

  1. ^ Martin, Von. "Angaben zur Bügeltemperatur". jazzyshirt.de (dalam bahasa Jerman).
  2. ^ "Die passende Temperatur am Bügeleisen wählen". Hausjournal (dalam bahasa Jerman).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Seterika di Wikimedia Commons