Sesar Anatolia Timur
Sesar Anatolia Timur | |
---|---|
Lokasi | Timur dan selatan tengah Turki |
Negara | Turki |
Tektonik | |
Plat | Plat Anatolia Plat Arab |
Gempa bumi | 1866, 1893, 1998, 2010, 2020, 2023 |
Jenis | sempadan tektonik jenis jelmaan mendatar |
Sesar Anatolia Timur (Turki: Doğu Anadolu Fay Hattı ) ialah zon sesar mendatar yang merentang kira-kira 700 km dari timur ke tengah selatan Turki. Ia membentuk sempadan tektonik jenis jelmaan antara subplat Anatolia dan Plat Arab yang bergerak ke arah utara.[1] Kedua-dua plat ini bergerak menghala yang berbeza, enyebabkan pergerakan menyisi ke kiri di sepanjang sesar tersebut. Sesar Anatolia Timur dan Anatolia Utara membantu subplat Anatolia bergerak ke barat kerana pertembungan antara Plat Arab dan Plat Eurasia.[2][3]
Sesar Anatolia Timur bergerak ke arah timur laut, dari Persimpangan Tiga Maras di hujung utara Jelmaan Laut Mati, dan berakhir di Persimpangan Tiga Karlıova di mana ia bertemu dengan Sesar Anatolia Utara. Satu lagi cabang sesar itu sepanjang 350 km (220 bt) terdapat di utara cabang utama dan dipanggil Sistem Sesar Sürgü–Misis.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Güvercin, S.E.; Karabulut, H.; Konca, A.O.; Doğan, U.; Ergintav, S. (2022). "Active seismotectonics of the East Anatolian Fault". Geophysical Journal International. 230 (1): 50–69. doi:10.1093/gji/ggac045. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2022. Dicapai pada 6 February 2023.
- ^ "Eastern Turkey IRIS Report". atlas.geo.cornell.edu.
- ^ Özalp, Selim; Kürçer, Akın; Özdemir, Ersin; Duman, Tamer Y. (2016). "The Bekten Fault: the palaeoseismic behaviour and kinematic characteristics of an intervening segment of the North Anatolian Fault Zone, Southern Marmara Region, Turkey". Geodinamica Acta. 28 (4): 347–362. Bibcode:2016GeoAc..28..347O. doi:10.1080/09853111.2016.1208524.
Blok tektonik Anatolia (subplat) dipengaruhi oleh pergerakan plat yang bertembung antara plat Arab-Afrika dan Eurasia (cth. Armijo, Meyer, Hubert, & Barka, [1999]; Bozkurt, [2001]; Jackson & McKenzie, [1984]; Le Pichon, Chamot-Rooke, Lallemant, Noomen, & Veis, [1995], [1972], [1978], [1979], [1980]; Akibat perlanggaran ini, sesar jelmaan Anatolia Utara (NAF) dan Anatolia Timur (EAF) telah terbentuk. Subplat Anatolia diapit dari utara dan timur oleh dua sesar ini. Perlanggaran itu mula menggerakkan subplat itu ke arah barat dan mengakibatkan tekanan dan daya angkat berhampiran persimpangan tiga Karlıova di Anatolia Timur. Daripada putaran berlawanan arah jam subplat Anatolia ini ke arah barat, empat kawasan neotektonik yang berbeza telah terbentuk iaitu: (1) kawasan mampatan Anatolia Timur, (2) kawasan Anatolia Utara, (3) kawasan 'ova' Anatolia Tengah dan (4) kawasan lanjutan Anatolia Barat (Sengör et al., [1985]).
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Chorowicz, Jean; Luxey, Pascal; Lyberis, Nikos; Carvalho, José; Parrot, Jean-François; Yürür, Tekin; Gündogdu, Niyazi (1994). "The Maras Triple Junction (southern Turkey) based on digital elevation model and satellite imagery interpretation". Journal of Geophysical Research: Solid Earth. 99 (B10): 20225–20242. Bibcode:1994JGR....9920225C. doi:10.1029/94jb00321. ISSN 0148-0227.
- Duman, Tamer Y.; Emre, Ömer (2013). "The East Anatolian Fault: geometry, segmentation and jog characteristics". Geological Society, London, Special Publications. 372 (1): 495–529. Bibcode:2013GSLSP.372..495D. doi:10.1144/sp372.14. ISSN 0305-8719.
- Güvercin, Sezim Ezgi; Karabulut, Hayrullah; Konca, A Özgün; Doğan, Uğur; Ergintav, Semih (2022). "Active seismotectonics of the East Anatolian Fault". Geophysical Journal International. 230 (1): 50–69. doi:10.1093/gji/ggac045. ISSN 0956-540X.
- 1 Mei 2003 Laporan awal Gempa Bi̇ngöl (Turki) (dikemas kini pada 13 Mei 2003)