Pergi ke kandungan

Seruling Ajaib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seruling Ajaib
Singspiel oleh W. A. Mozart
Ketibaan Permaisuri Malam. Set pentas oleh Karl Friedrich Schinkel pada tahun 1815.
Judul asal
Die Zauberflöte
LibretisEmanuel Schikaneder
BahasaJerman
Tayangan perdana
30 September 1791 (1791-09-30)

Seruling Ajaib (bahasa Jerman: Die Zauberflöte disebut [ˈdiː ˈt͡saʊ̯bɐˌfløːtə]), K. 620, ialah sebuah opera dua babak karya Wolfgang Amadeus Mozart untuk sebuah libreto berbahasa Jerman karya Emanuel Schikaneder. Karya ini berbentuk Singspiel, sebuah bentuk popular yang melibatkan dialog bernyanyi dan bercakap. Karya ini dipersembahkan buat julung kalinya di Freihaus-Theater auf der Wieden, sebuah teater milik Schikaneder di Viena, dua bulan sebelum kematian komposernya.

Dalam opera ini, Permaisuri Malam memujuk Putera Tamino supaya menyelamatkan anak perempuannya, Pamina, daripada tahanan ketua paderi Sarastro, namun sebaliknya, Putera Tamino menyedari betapa tingginya prinsip komuniti Sarastro dan mencari jalan untuk menyertai komuniti terbabit. Secara berasingan dan kemudiannya bersama-sama, Tamino dan Pamina menjalani ujian-ujian upacara inisiasi yang teruk, tetapi diakhir dengan kemenangan dengan terkalahnya Permaisuri Malam dan konco-konconya.