Sergio Agüero
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Sergio Leonel Agüero | ||
Tarikh lahir | 2 Jun 1988 | ||
Tempat lahir | Buenos Aires, Argentina[1] | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 8 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Barcelona | ||
Nombor | 19 | ||
Kerjaya remaja | |||
1997–2003 | Independiente | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2006 | Independiente | 54 | (23) |
2006–2011 | Atlético Madrid | 175 | (74) |
2011–2021 | Manchester City | 275 | (184) |
2021– | Barcelona | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004 | Argentina B17 | 5 | (3) |
2005–2007 | Argentina B20 | 7 | (6) |
2008 | Olimpik Argentina | 5 | (2) |
2006– | Argentina | 101 | (41) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:57, 23 Mei 2021 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:59, 3 Julai 2021 (UTC) |
Sergio Leonel "Kun" Agüero (lahir 2 Jun 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Malaysia. Pada tanggal 5 Julai 2003, dia menjadi pemain termuda membuat kemunculan sulung di dalam Liga Primera Malaysia ketika berumur 15 tahun 35 hari, memecahkan rekod yang sebelum ini dicipta oleh Diego Maradona pada tahun 1976.
Pada tahun 2006, Agüero berhijrah ke Eropah untuk bermain bersama pasukan La Liga, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €23 juta dari Independiente. Dia menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eropah dengan menjaringkan 101 gol dalam 234 penampilan serta memenangi Liga Europa UEFA dan Piala Super UEFA pada tahun 2010. Agüero berpindah ke pasukan Liga Perdana Manchester City semasa bulan Julai 2011 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan walaupun dikatakan dalam jumlah £35 juta. Pada hari terakhir musim pertamanya bersama kelab itu, Agüero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 94 ketika menentang Queen's Park Rangers membolehkan Manchester City memenangi kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 44 tahun. Ketika tahun 2012, dia memenangi pemain terbaik tahunan Manchester City setelah diundi oleh peminat.
Di peringkat antarabangsa, Agüero mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina bawah 20 tahun ketika Piala Dunia B-20 FIFA edisi 2005 dan 2007 di mana dia memenangi kedua-dua pertandingan. Agüero bermain di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brazil di pusingan separuh akhir dimana Argentina berjaya meraih pingat emas. Agüero dipilih untuk mewakili Argentina di Piala Dunia FIFA 2010, Copa América 2011, Piala Dunia FIFA 2014, Copa América 2015 dan Copa América Centenario.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Independiente
[sunting | sunting sumber]Sergio Agüero menyertai sistem belia Independiente ketika berumur sembilan tahun. Dia mula bermain untuk kelab itu ketika berumur 15 tahun 35 hari (pada 5 Julai 2003 menentang Club Atlético San Lorenzo de Almagro) apabila jurulatih Independiente, Oscar Ruggeri memasukkan Agüero sebagai pemain gantian pada minit ke-69 untuk menggantikan Emanuel Rivas.[2] Agüero walau bagaimanapun tidak dipilih untuk bermain oleh Ruggeri dan jurulatih baru, Osvaldo Sosa bermain bagi baki musim 2002–03. Susulan ketibaan jurulatih, Jose Omar Pastoriza, tujuh bulan selepas penampilan pertama Aguero, dia kembali beraksi ketika menang ke 4-2 atas kelab Peru, Cienciano semasa peringkat kumpulan Copa Libertadores 2004. Ini juga menjadikan Agüero pemain termuda untuk beraksi di dalam Copa Libertadores, satu rekod yang berjaya dipegangnya selama tiga tahun. Sebulan kemudian, Agüero sekali lagi beraksi di dalam perlawanan Copa Libertadores menentang kelab Ecuador, El Nacional. Pada 19 Jun, Agüero bermain 90 minit penuh buat kali pertama untuk Independiente ketika menentang Atlético de Rafaela dalam Torneo Clausura.[3] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Independiente ketika seri 2–2 menentang Estudiantes pada 26 November.[4] Agüero menjadi pemain tetap di dalam pasukan utama dan diserapkan ke dalam skuad bawah-20 Argentina untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2005 yang dimenangi Argentina. Semasa musim 2005–06, Agüero menjaringkan 18 gol di dalam 36 penampilan liga. Dia menerima kad merah pertamanya di dalam Torneo Apertura ketika menentang Tiro Federal.[5] Dia bermain perlawanan terakhirnya untuk Independiente ketika kekalahan 2–0 kepada Rosario Central.[6] Pada 30 Mei, Agüero secara rasmi berpindah ke Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €20 juta.[7]
Atlético Madrid
[sunting | sunting sumber]Musim 2006–07
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Mei 2006, Agüero menyertai kelab Sepanyol, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar €23 juta.[8][9] Dia mencetuskan kontroversi semasa kerjaya awalnya bersama Atlético selepas menggunakan tangan untuk menjaringkan gol kemenangan menentang Recreativo de Huelva pada 14 Oktober 2006. Ia merupakan gol keduanya untuk kelab ini. Gol pertamanya datang ketika kemenangan 4–1 ke atas Athletic Bilbao pada 17 September.[10] Dia mengakhiri musim pertamanya di Madrid dengan tujuh gol di dalam semua pertandingan.
Musim 2007–08
[sunting | sunting sumber]Selepas Fernando Torres berpindah ke Liverpool semasa musim panas tahun 2007, Agüero mengesahkan tempatnya di dalam kesebelasan utama untuk Rojiblancos dan tidak lama selepas itu, dia menjadi salah seorang pemain terpenting pasukan ketika baru berumur 19 tahun. Di dalam musim 2007–08, dia mengakhiri musim sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam La Liga dibelakang Daniel Güiza dan Luís Fabiano dengan 19 gol.[11] Agüero mendapat banyak pujian untuk aksinya ketika menentang Barcelona pada bulan Mac 2008 dimana dia menjaringkan dua gol, membuat satu bantuan gol dan berjaya mendapatkan penalti untuk membantu Atlético menang 4–2.[12][13] Dia juga menjaringkan gol-gol penting ketika menentang Real Madrid, Valencia, Sevilla dan Villarreal untuk membantu Atlético menduduki tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada sepuluh tahun.[14]
Musim 2008–09
[sunting | sunting sumber]Agüero sekali lagi menjadi penjaring gol tetap untuk Atlético pada musim 2008–09. Pada 16 September, dia menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara ketika menang 3–0 ke atas PSV sekaligus membantu Atlético layak ke pusingan 16 terakhir.[15] Pada bulan Mac 2009, Forlán dan Agüero masing-masing menjaringkan dua gol ketika menang 4–3 ke atas pendahulu liga, Barcelona.[16] Atlético menduduki tempat keempat dalam liga dan berjaya melayakkan ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.
Musim 2009–10
[sunting | sunting sumber]Walaupun kurang prolifik dalam menjaringkan gol, Agüero mempunyai musim yang cemerlang pada musim 2009–10 dan dipuji untuk persembahannya.[17] Pada 3 November 2009, dia menjaringkan dua gol ketika menentang Chelsea dimana mereka seri 2–2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Vicente Calderón. Atlético tersingkir daripada pertandingan tetapi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Europa UEFA 2009–10 dimana Agüero membuat 2 bantuan gol terhadap untuk membantu pasukannya menang 2–1 ke atas Fulham.[18] Dia juga membantu Atlético layak ke perlawanan akhir Copa del Rey tetapi mereka tewas kepada Sevilla di Camp Nou pada 19 Mei.[19]
Pada 27 Ogos 2010, Atlético Madrid memenangi Piala Super UEFA dengan mengalahkan Internazionale 2–0. Agüero membuat bantuan gol kepada José Antonio Reyes serta menjaringkan gol kedua.[20] Pada 4 Januari 2011, Atlético Madrid mengesahkan menerusi laman sesawang mereka bahawa Agüero telah menandatangani kontrak baru bersama kelab itu untuk mengekalkannya di Vicente Calderón sehingga tahun 2014.[21] Pada hari berikutnya, dia dinamakan sebagai naib-kapten baru Atlético.[22]
Musim 2010–11
[sunting | sunting sumber]Musim 2010–11 boleh dikatakan musim terbaik Agüero bersama Atlético selepas dia menjaringkan 20 gol liga buat pertama kali di dalam kerjayanya. Diantara bulan Mac dan Mei 2011, dia menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut.[23] Perlawanan terakhir Agüero bersama Atlético adalah pada 21 Mei menentang Mallorca. Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4–3, dia menjaringkan gol hatrik pertama dalam kerjayanya. Gol kedua Agüero merupakan gol ke-100 nya bersama Colchoneros.[24]
Pada 23 Mei 2011, Agüero mengumumkan menerusi laman sesawang rasminya bahawa dia ingin berpindah keluar dari Atlético dan secara rasmi meminta untuk dibebaskan daripada kontrak.[25][26] Agüero kemudiannya bercakap kepada ESPN dimana dia menyatakan bahawa dia tidak akan kembali ke Atlético.[27] Pada hari yang sama Agüero secara rasmi menjadi pemain Manchester City, Atlético yang mempunyai perlawanan kelayakan Liga Europa 2011–12 menentang Strømsgodset IF dimana sekumpulan peminat Atlético mengayun sepanduk "Agüero, Kami Berharap Awak Mati" sebagai reaksi terhadap perpindahan pemain itu ke City.[28] Atlético menggunakan €45 juta daripada penjualan Agüero untuk membeli Radamel Falcao sebagai penggantinya.[29]
Manchester City
[sunting | sunting sumber]Musim 2011–12
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Julai 2011, Manchester City mengesahkan bahawa Agüero telah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab itu dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £38 juta (€45 juta).[30] Agüero membuat penampilan sulungnya untuk City pada 15 Ogos 2011 ketika kemenangan 4–0 ke atas Swansea City. Agüero masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-59 dan berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu tidak sampai sembilan minit selepas dimasukkan. Dia kemudiannya membuat bantuan gol kepada David Silva. Agüero sekali lagi menjaringkan gol dalam masa kecederaan dengan aksi sulungnya dipuji oleh wartawan bola sepak.[31]
Pada 28 Ogos, Agüero menjaringkan gol liga ketiganya ketika City menang 5–1 ke atas Tottenham Hotspur.[32] Dia kemudiannya menjaringkan gol hatrik pertamanya di dalam Liga Perdana ketika menentang Wigan Athletic.[33] Pada 18 September, dia menjaringkan dua gol ketika menentang Fulham.[34] Selepas mengalami kecederaan ketika menentang Blackburn Rovers pada 1 Oktober, Agüero kembali beraksi di dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dimana dia masuk menggantikan Nigel de Jong pada minit ke-62 dan berjaya menjaringkan gol untuk membantu City menang 2–1 ke atas Villarreal pada 18 Oktober.[35] Pada 23 Oktober, Agüero beraksi dalam perlawanan Derby Manchester pertamanya dan menjaringkan gol pada minit ke-69. Perlawanan berkesudahan dengan City menang 6–1.[36] Pada 1 November, Agüero disenarai pendek untuk anugerah FIFA Ballon d'Or. Pada 19 November, dia menjaringkan gol penalti ketika kemenangan 3–1 ke atas Newcastle United.[37]
Agüero membuat penampilan Piala Liga pertamanya semasa perlawanan peringkat suku akhir menentang Arsenal di Stadium Emirates dimana dia menjaringkan gol kemenangan untuk City.[38] Dia juga menjaringkan gol ketika kemenangan 5–1 ke atas Norwich City. Pada 21 Disember, dia menjaringkan dua gol ketika City mengalahkan Stoke City 3–0 di tempat sendiri. Pada 3 Januari 2012, dia menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 ke atas Liverpool. Agüero menjaringkan gol ke-15 nya pada 4 Februari ketika menentang Fulham di mana City menang 3–0.
Semasa perlawanan pertama pertama pusingan 32 terakhir Liga Europa menentang Porto, Agüero menjaringkan gol kemenangan yang juga merupakan gol pertamanya untuk Manchester City di dalam Liga Europa UEFA.[39] Di dalam perlawanan kedua pada 22 Februari, Agüero menjaringkan gol dalam tempoh 19 saat untuk membantu City menang 4–0. Manchester City layak ke pusingan 16 terakhir Liga Europa UEFA 2011–12 dengan agregat 6–1. Pada 25 Februari, Agüero menjaringkan gol liga ke-16 nya ketika menang 3–0 ke atas Blackburn.[40] Semasa perlawanan kedua peringkat 16 terakhir Liga Europa menentang Sporting CP pada 15 Mac, Agüero menjaringkan dua gol untuk membantu City menang 3–2 dan terikat 3-3 menerusi agregat. Walau bagaimanapun, Sporting CP menang menerusi gol tempat lawan selepas mereka mengalahkan Manchester City 1–0 dalam perlawanan pertama pada 8 Mac.[41] Seminggu kemudian, Agüero menjaringkan gol liga ke-17 nya ketika menang 2–1 ke atas Chelsea.[42] Pada 29 Mac, Agüero disahkan tidak dapat beraksi selama 10 hari sehingga 2 minggu kerana masalah kaki.[43]
Pada 11 April, Agüero menjaringakan dua gol dan juga membuat dua bantuan gol kepada David Silva dan Carlos Tevez ketika kemenangan 4–0 ke atas West Bromwich Albion.[44] Pada 14 April, Agüero menjaringkan dua gol ketika kemenangan 6–1 ke atas Norwich City.[45] Pada 4 Mei, Agüero dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Manchester City. Semasa hari terakhir liga, Agüero menjaringkan gol kemenangan ke atas Queens Park Rangers, membolehkan City menang kejuaraan Liga Perdana pertama dalam tempoh 44 tahun.
Musim 2012–13
[sunting | sunting sumber]Agüero memulakan musim 2012–13 di dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2012 menentang Chelsea di mana City menang 3–2.[46] Di dalam perlawanan liga pertama Manchester City, Agüero terpaksa diusung keluar pada minit ke-13 ketika menentang Southampton akibat kecederaan lutut.[47] Agüero kembali beraksi ketika City seri 1–1 dengan Arsenal di dalam Liga Perdana dan menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menentang Fulham pada 29 September di mana City menang 2–1.[48] Dia sekali lagi menjaringkan gol pada minggu berikutnya ketika kemenangan 3–0 ke atas Sunderland.[49] Gol liga seterusnya datang ketika kemenangan 2–1 ke atas Tottenham pada 11 November.[50] Dia kemudiannya menjaringkan dua gol ketika kemenangan 5–0 ke atas Aston Villa.[51] Agüero juga menjaringkan gol di dalam Liga Juara-Juara ketika menentang Ajax dan Real Madrid. Dia menjaringkan gol pada 15 Disember di mana City menang 3–1 ke atas Newcastle.[52] Agüero kemudiannya menjaringkan gol ketika menentang Norwich City pada 29 Disember di mana City menang 4–3.[53] Pada 2 Januari, selepas menjaringkan gol penalti pada minit ke-73, Agüero mengalami kecederaan hamstring ketika mereka menang 3–0 ke atas Stoke.[54]
Agüero kembali beraksi untuk Manchester City pada 19 Januari selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-81 ketika kemenangan 2–0 ke atas Fulham.[55] Pada 3 Februari, Agüero menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Liverpool.[56] Pada 17 Februari, Agüero membantu Manchester City layak ke suku akhir Piala FA dengan menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–0 ke atas Leeds United.[57] Dia mengalami kecederaan lutut ketika kemenangan 2–0 ke atas Chelsea pada 24 Februari.[58] Agüero kembali beraksi untuk Manchester City pada 30 Mac selepas masuk sebagai pemain gantian ketika kemenangan 4–0 ke atas Newcastle.[59]
Pada 8 April, Agüero menjaringkan gol untuk memberikan City kemenangan di dalam derby Manchester.[60] Agüero kemudiannya menjaringkan gol untuk membantu City mengalahkan Chelsea pada 14 April di dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.[61] Dia menjaringkan gol pada 27 April ketiks City menang 2–1 ke atas West Ham United.[62] Pada 11 Mei, Agüero beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA 2013 di mana City kalah 1–0 kepada Wigan. Agüero menjaringkan gol terakhirnya musim ini ketika kemenangan 2–0 ke atas Reading pada 14 Mei.[63] Pada 25 Mei 2013, Agüero menandatangani kontak lanjutan selama setahun untuk mengekalkannya bersama Manchester City sehingga tahun 2017.[64]
Musim 2013–14
[sunting | sunting sumber]Susulan kecederaan lutut yang menyebabkan dia tidak boleh beraksi kesemua perlawanan pra-musim kelab, Agüero menjaringkan gol ketika kemenangan 4–0 ke atas Newcastle United semasa perlawanan pembukaan musim 2013–14.[65] Pada 22 September 2013, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–1 di tempat sendiri ke atas Manchester United.[66]
Pada 8 November 2013, selepas menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan diantara 5 Oktober dan 2 November, Agüero dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali. Pada tempoh yang sama, dia juga menjaringkan kedua-dua gol ketika kemenangan 2–1 ke atas CSKA Moscow di dalam Liga Juara-Juara UEFA.[67]
Pada 24 November, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 6–0 ke atas Tottenham Hotspur. Dia juga menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk membantu Manchester City layak ke peringkat kalah mati buat pertama kali.
Pada 14 Disember 2013, Agüero dikeluarkan ketika kemenangan 6–3 ke atas Arsenal akibat kecederaan betis dan terlepas lapan perlawanan.[68] Pada 16 Januari 2014, dia kembali daripada kecederaan di dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA menentang Blackburn Rovers di mana dia menjaringkan gol selepas masuk sebagai pemain gantian untuk membantu City menang 5–0.[69] Dalam pusingan seterusnya pertandingan itu, dia menjaringkan gol hatrik pertamanya musim ini untuk membantu pasukannya menang 4–2 ke atas Watford. Pada 29 Januari, dia menjaringkan gol ke–50 peribadi di dalam Liga Perdana Inggeris ketika kemenangan 5–1 ke atas Tottenham tetapi kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan hamstring.[70][71]
Pada 2 Mac 2014, Agüero kembali ke pasukan untuk Perlawanan Akhir Piala Liga Inggeris 2014 dimana pasukannya menumpaskan Sunderland 3–1 di Stadium Wembley.[72] Dalam perlawanan ketiganya selepas kembali daripada masalah hamstring, Agüero mengalami kecederaan berulang dan dikeluarkan ketika kekalahan 2–1 di dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona.[73] Dia terlepas lima perlawanan Liga Perdana Inggeris berikutnya sebelum kembali ke kesebelasan utama ketika kekalahan 3–2 kepada Liverpool di Anfield pada 13 April.[74]
Pada 21 April 2014, Agüero menjaringkan gol pertamanya sejak bulan Januari ketika kemenangan 3–1 ke atas West Bromwich Albion.[75] Selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3–2 ke atas Everton di Goodison Park pada 3 Mei, Agüero beraksi dalam kesebelasan utama ketika menentang West Ham di mana pasukannya mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kedua mereka dalam tiga musim dengan kemenangan 2–0.[76]
Musim 2014–15
[sunting | sunting sumber]Pada 14 Ogos 2014, Agüero menandatangani kontrak baru selama lima tahun untuk mengekalkannya di Manchester City sehingga tahun 2019.[77]
Agüero menjaringkan gol pertamanya untuk musim 2014–15 selepas masuk menggantikan Edin Džeko pada minit ke–83 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle pada 17 Ogos.[78] Agüero sekali lagi digunakan sebagai pemain gantian dalam perlawanan kedua liga menentang Liverpool, tetapi selepas menggantikan Džeko, dia hanya mengambil masa 23 saat untuk menjaringkan gol ketiga City di mana mereka menang 3–1.[79]
Pada 18 Oktober 2014, dia menjaringkan keempat-empat gol City ketika kemenangan 4–1 ke atas Tottenham, dua daripadanya merupakan gol penalti. Dia mengambil satu lagi sepakan penalti di dalam perlawanan tersebut tetapi ianya diselamatkan oleh Hugo Lloris. Agüero mengatasi Carlos Tevez sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris untuk Manchester City dengan 61 gol.[80] Dia menjaringkan gol kemenangan di dalam Derby Manchester pada 2 November.[81]
Agüero menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 3–2 ke atas Bayern Munich di dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 25 November.[82] Pada 2 Disember, Agüero dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Penyokong Bola Sepak untuk tahun 2014.[83] Dia juga dianugerahkan Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan November 2014.[84]
Agüero mengalami kecederaan lutut ketika City menang 1–0 ke atas Everton pada 6 Disember dan tidak dapat beraksi untuk baki tahun 2014. Dia kembali beraksi dalam perlawanan menentang Everton di Goodison Park pada 10 Januari 2015 sebagai pemain gantian pada minit ke–67 di mana City seri 1–1.[85] Pada 11 Februari, Agüero menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–1 ke atas Stoke City.[86] Pada 21 Februari, 72 saat selepas perlawanan menentang Newcastle United bermula, Agüero menjaringkan gol penalti terpantas di dalam Liga Perdana Inggeris sejak tahun 1994.[87]
Pada 12 April, Agüero menjaringkan dua gol ketika kekalahan 4–2 kepada Manchester United di Old Trafford. Gol keduanya di dalam perlawanan tersebut merupakan gol ke–100 peribadi untuk Manchester City di dalam semua pertandingan.[88] Pada 19 April, dia menjaringkan gol ke–20 peribadi di dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim ini ketika kemenangan 2–0 ke atas West Ham United.[89] Dia melepasi 30 gol di dalam musim ini dengan gol hatrik ketika kemenangan 6–0 ke atas Queens Park Rangers pada 9 Mei.[90] Pada 24 Mei, di dalam perlawanan terakhir musim menentang Southampton, Agüero menjaringkan gol ke–26 peribadi di dalam liga untuk musim ini dan menamatkan musim 2014–15 dengan memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.[91]
Musim 2015–16
[sunting | sunting sumber]Pada 7 Ogos 2015, Agüero mengumumkan bahawa dia akan menukar nombor jersinya daripada 16 kepada 10 yang sebelum ini dipakai oleh Edin Džeko.[92] Sembilan hari kemudian, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas juara bertahan, Chelsea.[93]
Semasa kemenangan 2–0 City ke atas Everton pada 23 Ogos, Agüero menghentikan perlawanan selepas terlihat seorang penyokong Everton yang memerlukan rawatan kecemasan dengan segera. Penyerang tersebut memberitahu pengadil dan pemain-pemain lain dan memastikan bahawa lelaki tersebut menerima rawatan daripada pegawai perubatan.[94] Pada 30 September, Agüero menjaringkan gol penalti untuk memberi kemenangan 2–1 kepada City ke atas Borussia Mönchengladbach di dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[95]
Pada 3 Oktober, Agüero menjaringkan lima gol ketika menentang Newcastle di mana pasukannya menang 6–1, pencapaian yang sebelum ini dilakar oleh Andy Cole, Alan Shearer, Jermain Defoe dan Dimitar Berbatov.[96] Lima gol yang dijaringkannya dalam tempoh 23 minit perlawanan merupakan yang terpantas sejak Liga Perdana Inggeris bermula pada tahun 1992.[97] Empat minit selepas menjaringkan gol kelimanya pada minit ke–62, Agüero dikeluarkan oleh Manuel Pellegrini disebabkan dia menerima rawatan akibat kecederaan kaki semasa separuh masa.[98]
Pada 8 Oktober, Agüero mengalami kecederaan hamstring di dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Ecuador. Dia kembali beraksi pada 21 November dan menjaringkan gol ketika kekalahan 1–4 kepada Liverpool. Pada 16 April 2016, Agüero menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 3–0 ke atas Chelsea. Tiga hari kemudian, dia menjaringkan gol ke–100 peribadi di dalam Liga Perdana Inggeris ketika mereka seri 1–1 dengan Newcastle. Agüero menamatkan Liga Perdana Inggeris musim 2015–16 dengan 24 gol, satu gol di belakang pemenang Kasut Emas, Harry Kane.[99]
Musim 2016–17
[sunting | sunting sumber]Pada 13 Ogos 2016, Agüero menjaringkan gol kompetitif pertama Manchester City dibawah pengurusan Pep Guardiola ketika kemenangan 2–1 ke atas Sunderland di dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim 2016–17.[100]
Di dalam perlawanan liga menentang West Ham pada 28 Ogos, Agüero menyiku tekak Winston Reid menyebabkan pemain itu kehilangan suara dan terpaksa dikeluarkan. Persatuan Bola Sepak England mendenda Agüero dengan larangan beraksi tiga perlawanan kerana berkelakuan ganas.[101]
Pada 5 November 2016, Agüero menjaringkan gol ke–150 peribadi untuk Manchester City ketika seri 1–1 dengan Middlesbrough di dalam liga.[102] Agüero dibuang padang ketika kekalahan 1–3 kepada Chelsea pada 3 Disember kerana mengasari David Luiz dan digantung empat perlawanan.[103]
Musim 2017–18
[sunting | sunting sumber]Selepas menjaringkan gol semasa perlawanan pembukaan musim Manchester City menentang Brighton & Hove Albion pada 12 Ogos, Agüero menjaringkan gol keduanya untuk musim ini ketika menentang Liverpool untuk membantu pasukannnya menang 5–0 pada 9 September. Ini merupakan gol ke-124 Agüero di dalam Liga Perdana Inggeris yang membolehkannya mengatasi Dwight Yorke sebagai penjaring terbanyak bukan Orang Eropah di dalam sejarah liga.[104] Seminggu kemudian, Agüero menjaringkan gol hatrik Liga Perdana Inggeris keenam peribadi ketika menang 6–0 ke atas Watford untuk meletakkan Manchester City di tempat teratas liga. Pada 28 September, Agüero terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya selepas menghadiri konsert Maluma di Amsterdam selepas teksi dinaiki olehnya melanggar lampu jalan. Kemalangan itu menyebabkan tulang rusuknya patah dan dia tidaka dapat beraksi selama dua minggu.[105][106]
Pada 21 Oktober, Agüero menjaringkan gol ke-177 peribadi untuk Manchester City ketika kemenangan 3–0 ke atas Burnley untuk menyamai rekod yang dicipta oleh Eric Brook. Ini juga merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut Manchester City untuk menyamai satu lagi rekod kelab.[107] Dia menjaringkan gol ke-178 peribadi untuk Manchester City pada 1 November ketika menang 4-2 ke atas Napoli di dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk membantu pasukannya layak ke peringkat kalah mati.[108]
Pada 20 Januari, Agüero menjaringkan gol hatrik keduanya di dalam musim ini ketika menang 3-1 ke atas Newcastle. Gol keduanya merupakan gol ke-350 di dalam kerjaya bola sepaknya.[109] Dia kemudiannya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan Januari dan meraih anugerah itu buat kali kelima di dalam kerjayanya.[110]
Pada 10 Februari, Agüero menjaringkan empat gol ketika kemenangan 5–1 ke atas Leicester City di dalam Liga Perdana Inggeris.[111] Agüero menjaringkan gol di dalam perlawanan akhir Piala EFL 2018 pada 25 Februari untuk membantu City menang 3–0 ke atas Arsenal di Stadium Wembley.[112]
Musim 2018–19
[sunting | sunting sumber]Dalam perlawanan pertama City musim ini, Agüero menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Chelsea di dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2018. Gol pertamanya merupakan gol ke-200 peribadi untuk kelab ini.[113]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 10 April 2018
Kelab | Musim | Liga | Piala[114] | Piala Liga | Benua[115] | Lain-Lain[116] | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Independiente | 2002–03 | Argentine Primera División | 1 | 0 | — | — | 0 | 0 | — | 1 | 0 | |||
2003–04 | 5 | 0 | — | — | 2 | 0 | — | 7 | 0 | |||||
2004–05 | 12 | 5 | — | — | 0 | 0 | — | 12 | 5 | |||||
2005–06 | 36 | 18 | — | — | 0 | 0 | — | 36 | 18 | |||||
Jumlah | 54 | 23 | — | — | 2 | 0 | — | 56 | 23 | |||||
Atlético Madrid | 2006–07 | La Liga | 38 | 6 | 4 | 1 | — | 0 | 0 | — | 42 | 7 | ||
2007–08 | 37 | 19 | 4 | 2 | — | 9 | 6 | — | 50 | 27 | ||||
2008–09 | 37 | 17 | 1 | 0 | — | 9 | 4 | — | 47 | 21 | ||||
2009–10 | 31 | 12 | 7 | 1 | — | 16 | 6 | — | 54 | 19 | ||||
2010–11 | 32 | 20 | 4 | 3 | — | 4 | 3 | 1 | 1 | 41 | 27 | |||
Jumlah | 175 | 74 | 20 | 7 | — | 38 | 19 | 1 | 1 | 234 | 101 | |||
Manchester City | 2011–12 | Liga Perdana Inggeris | 34 | 23 | 1 | 1 | 3 | 1 | 10 | 5 | — | 48 | 30 | |
2012–13 | 30 | 12 | 4 | 3 | 0 | 0 | 5 | 2 | 1 | 0 | 40 | 17 | ||
2013–14 | 23 | 17 | 3 | 4 | 2 | 1 | 6 | 6 | — | 34 | 28 | |||
2014-15 | 33 | 26 | 1 | 0 | 1 | 0 | 7 | 6 | 0 | 0 | 42 | 32 | ||
2015–16 | 30 | 24 | 1 | 1 | 4 | 2 | 9 | 2 | — | 44 | 29 | |||
2016–17 | 31 | 20 | 5 | 5 | 1 | 0 | 8 | 8 | — | 45 | 33 | |||
2017–18 | 25 | 21 | 3 | 2 | 4 | 3 | 7 | 4 | — | 39 | 30 | |||
Jumlah | 206 | 143 | 18 | 16 | 15 | 7 | 52 | 33 | 1 | 0 | 292 | 199 | ||
Jumlah keseluruhan | 435 | 240 | 38 | 23 | 15 | 7 | 92 | 52 | 2 | 1 | 582 | 323 |
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 30 Jun 2018
Pasukan kebangsaan Argentina | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2006 | 2 | 0 |
2007 | 4 | 1 |
2008 | 9 | 4 |
2009 | 6 | 2 |
2010 | 5 | 2 |
2011 | 8 | 5 |
2012 | 7 | 2 |
2013 | 8 | 5 |
2014 | 10 | 1 |
2015 | 10 | 10 |
2016 | 11 | 1 |
2017 | 4 | 2 |
2018 | 5 | 3 |
Jumlah | 89 | 39 |
Gol Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Gol Olimpik
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 19 Ogos 2008 | Stadium Pekerja, Beijing, China | Brazil | 1 – 0 | 3–0 | Sukan Olimpik Beijing 2008 |
2. | 19 Ogos 2008 | Stadium Pekerja, Beijing, China | Brazil | 2 – 0 | 3–0 | Sukan Olimpik Beijing 2008 |
Kejayaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Atlético Madrid
- Manchester City
- Liga Perdana Inggeris: 2011–12, 2013–14, 2017–18
- Piala Liga Inggeris / Piala EFL: 2013–14, 2015–16, 2017–18
- Perisai Komuniti FA: 2012, 2018
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Argentina
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bio". Official Site. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-04. Dicapai pada 20 Februari 2014.
- ^ "The Rise of Sergio Aguero". BBC Sport. 7 Mei 2008. Dicapai pada 25 Mac 2009.
- ^ "Deportes " Torneo Clausura 2004". Terra. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 15 Mei 2012.
- ^ "Deportes " Torneo Clausura 2004". Terra. 26 November 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-07. Dicapai pada 15 Mei 2012.
- ^ "Deportes > Torneo apertura 2005". Terra. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-07. Dicapai pada 2012-05-15.
- ^ "Deportes > Torneo Clausura 2006". Terra. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-07. Dicapai pada 15 Mei 2012.
- ^ "Agüero, el juvenil récord del futbol argentino – El Universal – Deportes". El Universal. Dicapai pada 15 Mei 2012.
- ^ "Atlético agree fee for Independiente starlet". ESPN Soccernet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 2016-05-28.
- ^ "Atlético sign Argentine prodigy Agüero". ESPN Soccernet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 2016-05-28.
- ^ "Atlético Madrid 2–1 Recreativo Huelva". ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2016-05-28.
- ^ "Marca names the Madridista captain the best player of the league". Real Madrid.
- ^ Lowe, Sid (3 Mac 2008). "A masterclass from Atlético Madrid's Sergio Agüero dented Barcelona's title hopes and made several Catalan headline-writers look very foolish indeed". London: The Guardian.
- ^ "Sergio Aguero – Readers Q&A". BBC Sport. 7 Mei 2008.
- ^ "Atletico de Madrid confirm return to Europe's elite". soccerway.com. 12 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2016-05-28.
- ^ "PSV Eindhoven 0–3 Atlético Madrid". Sky Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 2016-07-09.
- ^ "Atletico stun Barcelona as Real close up". CNN. 1 Mac 2009. Dicapai pada 7 Jun 2009.
- ^ "Quique Sánchez Flores and Diego Forlán prefer Sergio Agüero to Lionel Messi (Spanish)". Marca. 7 April 2010. Dicapai pada 18 November 2010.
- ^ "Forlán double gives Atlético glory". UEFA. 12 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-14. Dicapai pada 30 Julai 2010.
- ^ "Atlético Madrid 0–2 Sevilla – Match Report". London: Telegraph. 19 Mei 2010. Dicapai pada 18 November 2010.
- ^ "Atletico Madrid Goal Heroes José Antonio Reyes & Kun Agüero Praise Team After Inter Win". Goal.com. 27 Ogos 2010. Dicapai pada 27 Ogos 2010.
- ^ "Agüero agrees Atlético stay". Sky Sports. 4 Januari 2011. Dicapai pada 4 Januari 2011.
- ^ "Agüero named Atlético vice-captain". Atlético Madrid Official website. 5 Januari 2011. Dicapai pada 5 Januari 2011.
- ^ "Agüero scores in seven consecutive matches". Opta (Twitter).
- ^ "RCD Mallorca 3–4 Atlético Madrid". Goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-03. Dicapai pada 2016-07-27.
- ^ "'The Time Has Come' – Sergio Aguero Asks Atletico Madrid to Tear Up His Contract » Who Ate all the Pies". Whoateallthepies.tv. Dicapai pada 2012-05-15.
- ^ "La Hora de Partir (Time to Leave)". Sergio Agüero Official website. 2011-05-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-28. Dicapai pada 2011-05-29.
- ^ "Agüero: "I will not be returning to Atlético"". Atleticofans.com. Dicapai pada 2012-05-15.
- ^ Peck, Brooks. "Atletico fans say goodbye to Aguero by wishing death upon him". Sports.yahoo.com. Dicapai pada 2012-05-15.
- ^ "Atletico Madrid to use Aguero cash to land Porto star Falcao". tribalfootball.com. Dicapai pada 2012-05-15.
- ^ Edwards, Luke (28 Julai 2011). "Sergio Aguero completes £35 million transfer to Manchester City". Daily Telegraph. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
- ^ "Top 20 greatest football debuts". Eurosport. 16 Ogos 2011.
Sergio Aguero's stunning first outing for Manchester City on Monday night – in which he scored two goals and set up another – is undoubtedly one of the best Premier League debuts ever seen.
- ^ Lillywhite, Jamie (28 Ogos 2011). "Tottenham 1–5 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
- ^ Magowan, Alistair (10 September 2011). "Man City 3–0 Wigan". BBC Sport. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ Magowan, Alistair (18 September 2011). "Fulham 2–2 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ "Blackburn Rovers vs. Manchester City – 1 October 2011". Soccerway. 1 Oktober 2011. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ McNulty, Phil (23 Oktober 2011). "Man Utd 1–6 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ Magowan, Alistair (19 November 2011). "Man City 3–1 Newcastle". BBC Sport. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ Magowan, Alistair (29 November 2011). "Arsenal 0–1 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ "UEFA Europa League 2011/12 – History – Porto-Man. City –". Uefa.com. Dicapai pada 12 Jun 2012.
- ^ "Match Report: Man City 3–0 Blackburn". Goal.com. 25 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-04. Dicapai pada 12 Jun 2012.
- ^ "UEFA Europa League 2011/12 – History – Man. City-Sporting –". Uefa.com. 15 Mac 2012. Dicapai pada 12 Jun 2012.
- ^ "Match Report: Man City 2–1 Chelsea". Goal.com. 21 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-18. Dicapai pada 12 Jun 2012.
- ^ "Mystery over Sergio Aguero's 'stupid' foot injury". The Daily Telegraph. London. 31 Mac 2012.
- ^ "Manchester City vs. West Bromwich Albion – 11 April 2012". Soccerway. 11 April 2012. Dicapai pada 12 Jun 2012.
- ^ "Norwich City vs. Manchester City – 14 April 2012". Soccerway. 14 April 2012. Dicapai pada 12 Jun 2012.
- ^ Smith, Ben (12 Ogos 2012). "Chelsea 2–3 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ Goss, Nicholas (19 Ogos 2012). "Sergio Aguero Injury: Updates on Manchester City Star's Knee Injury". Bleacher Report. Dicapai pada 23 Ogos 2012.
- ^ "Man City versus Arsenal English Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 23 September 2012. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ "Manchester City 3–0 Sunderland" BBC Sport. 6 Oktober 2012. Dicapai pada 17 Februari 2013.
- ^ "Man City v Spurs in Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ "Man City versus Aston Villa Barclays Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ "Man City versus Newcastle in Barclays Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 15 Disember 2012. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ "Man City away at Norwich City in Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 29 Disember 2012. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ Press Association (5 Januari 2013). "Sergio Agüero confirms he has hamstring tear after tests in Italy". London: Guardian. Dicapai pada 25 Mac 2013.
- ^ "Manchester City versus Fulham in the Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 19 Januari 2013. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ "Man City versus Liverpool in Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 3 Februari 2013. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ McNulty, Phil (17 Februari 2013). "Man City 4–0 Leeds". BBC Sport. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ GMT (15 Mac 2013). "Man City's Vincent Kompany and Sergio Aguero close to return". BBC Sport. Dicapai pada 25 Mac 2013.
- ^ "Manchester City versus Newcastle United Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 30 Mac 2013. Dicapai pada 3 April 2013.
- ^ Pitt-Brooke, Jack (8 April 2013). "Manchester United vs Manchester City: Man for man marking". The Independent. London.
- ^ Purnell, Gareth (15 April 2013). "Chelsea 1 Manchester City 2 match report: Yaya Toure too strong for slow-starting Chelsea in FA Cup semi-final". The Independent. London. Dicapai pada 20 April 2013.
- ^ Jackson, Jamie (27 April 2013). "Manchester City 2–1 West Ham United". The Guardian. Dicapai pada 24 Mei 2013.
- ^ Booth, Mark (14 Mei 2013). "Reading v City in the Barclays Premier League on Tuesday 14 May 2013 – Manchester City FC". Manchester City F.C. Official Website. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
- ^ "City confirm Aguero contract extension". Manchester City F.C. Official Website. 25 Mei 2013. Dicapai pada 25 Mei 2013.
- ^ "Man City 4–0 Newcastle – Dream start for Pellegrini as Blues batter ten-man Toon". talkSPORT. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-28. Dicapai pada 2018-01-20.
- ^ "Manchester City make easy work of lacklustre Manchester United". The Guardian. 22 September 2013.
- ^ "Kun named league's best in October". Manchester City Football Club. 8 November 2013. Dicapai pada 10 Januari 2015.
- ^ "Sergio Aguero faces month out injured". ESPN. 31 Januari 2014. Dicapai pada 5 Mac 2014.
- ^ "Manchester City's Álvaro Negredo inspires replay win over Blackburn". The Guardian. 16 Januari 2014. Dicapai pada 5 Mac 2014.
- ^ McNulty, Phil (29 Januari 2014). "Tottenham 1–5 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ "Aguero's injury woes continue: Can Man City cope without their star man?". Talksport. 29 Januari 2014. Dicapai pada 5 Mac 2014.
- ^ McNulty, Phil (2 Mac 2014). "Man City 3–1 Sunderland". BBC Sport. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ Corrigan, Dermot. "City sweat on Sergio Aguero injury". ESPN. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ "Liverpool v Manchester City: Sergio Aguero returns to City squad for crucial Premier League meeting at Anfield". The Independent. 11 April 2014. Dicapai pada 22 April 2014.
- ^ "Man City 3–1 West Brom". BBC Sport. 21 April 2014. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ McNulty, Phil (11 Mei 2014). "Man City 2–0 West Ham". BBC Sport. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ Booth, Mark (14 Ogos 2014). "Aguero signs new five-year contract at City". Manchester City F.C. Official Website. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ Chowdhury, Saj (17 Ogos 2014). "Newcastle 0–2 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ Reich, Josh (26 Ogos 2014). "Manchester City ominous after cruising past Liverpool". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-24. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
- ^ Bevan, Chris (18 Oktober 2014). "Man City 4–1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 18 Oktober 2014.
- ^ McNulty, Phil (2 November 2014). "Man City 1–0 Man Utd". BBC Sport. Dicapai pada 2 November 2014.
- ^ "Man City 3–2 Bayern Mun". BBC Sport. 25 November 2014. Dicapai pada 25 November 2014.
- ^ "Manchester City's Sergio Aguero wins Player of the Year award in Football Supporters' Federation vote". Sky Sports.
- ^ "Alan Pardew & Sergio Aguero win Manager & Player awards". BBC Sport. 12 Disember 2014. Dicapai pada 13 Disember 2014.
- ^ "Everton 1–1 Man City". BBC. 10 Januari 2014. Dicapai pada 11 Januari 2015.
- ^ "Last-gasp Willian strike keeps Chelsea in the clear". Special Broadcasting Services. 12 Februari 2015.
- ^ "Sergio Aguero's penalty was the fastest in the Premier League since 1994". 101greatgoals.com. 21 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-19. Dicapai pada 2018-01-21.
- ^ "FT: Man Utd 4–2 Man City". BBC. 12 April 2015.
- ^ "Manchester City beats West Ham 2–0, Tottenham Hotspur defeats Newcastle United". Australian Broadcasting Corporation. 20 April 2015.
- ^ "Man City 6–0 QPR". BBC. 10 Mei 2015.
- ^ "Manchester City 2 Southampton 0: Lampard bids Premier League farewell with goal". FourFourTwo. 24 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-22. Dicapai pada 2018-01-21.
- ^ Booth, Mark (7 Ogos 2015). "Sergio Aguero takes no.10 shirt for 15/16". Manchester City F.C. Official Website. Dicapai pada 10 Ogos 2015.
- ^ McNulty, Phil (16 Ogos 2015). "Manchester City 3–0 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 25 October 2015.
- ^ Slater, Chris (24 Ogos 2015). "Sergio Aguero and Manchester City fans thanked for helping Everton supporter who collapsed in stand". Manchester Evening News. Dicapai pada 24 Ogos 2015.
- ^ Jurejko, Jonathan (30 September 2015). "Borussia Mönchengladbach 1–2 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
- ^ "Man City's Sergio Aguero nets five goals to match Premier League record". ESPN. Oktober 2015. Dicapai pada 3 Oktober 2015.
- ^ Jolly, Richard (3 Oktober 2015). "Sergio Aguero sets record for fastest-ever five-goal haul in Premier League". ESPN. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ Bernstein, Joe (3 Oktober 2015). "Sergio Aguero scores five goals... and Manuel Pellegrini admits the Manchester City star played with a leg injury". Daily Mail. Dicapai pada 25 Oktober 2015.
- ^ "Tottenham's Harry Kane clinches Premier League Golden Boot". Sky Sports. 15 Mei 2016.
- ^ Welch, Ben (13 Ogos 2016). "Manchester City vs Sunderland live score and goal updates". Dicapai pada 14 Ogos 2016.
- ^ "Sergio Aguero: Foul on Winston Reid 'brutal and aggressive', says FA commission". BBC Sport. 14 September 2016. Dicapai pada 15 September 2016.
- ^ "Manchester City 1–1 Middlesbrough". BBC Sport. 5 November 2016. Dicapai pada 5 November 2016.
- ^ "Sergio Aguero ban excellent news for Arsenal – but terrible timing for Liverpool". 4 Disember 2016.
- ^ McNulty, Phil (9 September 2017). "Manchester City 5–0 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 16 Februari 2018.
- ^ Jackson, Jamie (29 September 2017). "Sergio Agüero has no need to apologise for car accident, says Pep Guardiola". The Guardian. Dicapai pada 16 Februari 2018.
- ^ "Sergio Aguero: Manchester City striker is a 'legend' – Pep Guardiola". BBC Sport. 16 September 2017. Dicapai pada 16 Februari 2018.
- ^ Chris Bevan (21 Oktober 2017). "'Aguero should take us all out to dinner,' jokes Guardiola after Man City defeat Burnley". BBC Sport. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
- ^ Emlyn Begley (1 November 2017). "Agüero breaks record as City scores four in Naples". BBC Sport. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Critchley, Mark (20 Januari 2018). "Sergio Aguero hits a perfect hat-trick as Manchester City end Newcastle's acrimonious week on a sour note". The Independent. Dicapai pada 27 Januari 2018.
- ^ Cooke, Richard (16 Februari 2018). "Aguero wins Player of the Month". Sky Sports. Dicapai pada 16 Februari 2018.
- ^ Bevan, Chris (10 Februari 2018). "Manchester City 5–1 Leicester City". BBC Sport. Dicapai pada 16 Februari 2018.
- ^ McNulty, Phil (25 Februari 2018). "Arsenal 0–3 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 25 Februari 2018.
- ^ Bevan, Chris (5 Ogos 2018). "Chelsea 0–2 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
- ^ Termasuk Copa del Rey dan Piala FA
- ^ Termasuk Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa UEFA, Piala Intertoto UEFA dan Copa Libertadores
- ^ Termasuk Perisai Komuniti FA, Supercopa de España dan Piala Super UEFA
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sergio Agüero |
- Tapak web rasmi (Sepanyol) (Inggeris)
- Biodata Sergio Agüero di Soccerway
- Sergio Agüero – Rekod persaingan FIFA
- Sergio Agüero – Rekod persaingan UEFA
- (Inggeris) Profil Sergio Agüero di National-Football-Teams.com
- Kelahiran 1988
- Orang hidup
- Pemain Club Atlético Independiente
- Pemain La Liga
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Atlético Madrid
- Pemain bola sepak Argentina
- Pemain Manchester City F.C.
- Pemain FC Barcelona
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain Copa América 2011
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain Copa América 2015
- Pemain Copa América Centenario
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018