Serangan di Kaunti Ju 2024
Serangan Kaunti Ju | |
---|---|
Fail:Ju County police standby.jpg | |
Nama asli | 莒县惨案 |
Lokasi | Kampung Zhaike, Kaunti Ju, Shandong, China |
Koordinat | 35°44′17″N 118°50′06″E / 35.738°N 118.835°EKoordinat: 35°44′17″N 118°50′06″E / 35.738°N 118.835°E |
Tarikh | 10 Februari 2024 Tengah malam – Pagi hari (UTC+8) |
Sasaran |
|
Jenis serangan | |
Senjata |
|
Kematian | 21+ |
Tercedera | 20+ |
Pelaku | Tidak diketahui |
Motif |
|
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 10 Februari 2024, hari pertama Tahun Baharu Cina, seorang lelaki dilaporkan menyerang beramai-ramai penduduk Kampung Zhaike, sebuah penempatan di Kaunti Ju, Daerah Rizhao di Shandong, China, dengan pisau besar seperti lading dan beberapa jenis senjata api. Beberapa media akhbar menyebut peristiwa ini dengan nama lain seperti pembunuhan beramai-ramai Kaunti Ju (Cina ringkas: 莒县惨案 ) atau pembunuhan beramai-ramai Kampung Zhaike. Kekecohan berdarah itu telah menjejaskan sekurang-kurangnya 21 mangsa terbunuh, salah seorang di antarannya ialah doktor dan dua pegawai polis tempatan,[1][2] dan ramai lagi cedera. Rincian pertumpahan darah yang berlaku masih belum ada kepastian kerana mendapat penapisan ketat dari pentadbir republik.[3] Beberapa pihak mensyak selepas wawancara dengan penduduk kampung, bahawa penyerang tidak berbuat jenayah sendirian melainkan disokong oleh beberapa rakannya.
Serangan
[sunting | sunting sumber]Mendekati tengah malam pada 9 Februari, di akhir Tahun Baharu China,[4] seorang pria yang mulai sepuh menyelinap ke Kampung Zhaike (Cina ringkas: 宅科村 ), Pekan Kecil Luohe (Cina ringkas: 洛河镇 ), Kaunti Ju dari Daerah Rizhao. Dia masuk ke dalam rumah semasa penghuninya sedang berbaring di atas katil dan menyeret dua penduduk ke sebuah bangunan. Penyerang tanpa ampun menikam keduanya sampai maut.[5][6] Dia kemudian menyasar keluarga yang memiliki tujuh orang waris, semuanya dibunuh dengan ditikam atau ditembak.[7] Di saat penyerang berbuat jenayah itu, kembang api meletup di angkassa sehingga suara tembakan senjatannya samar kerana letupan-letupan itu.[7] Seorang artis China yang bermastautin di luar negara Li Ying, aktif di Twitter sebagai akaun bernama "Teacher Li Is Not Your Teacher", membuat hantaran mengenai perstiwa ini tidak lama selepas menjadi tular di seluruh China.
Beberapa jam selepas serangan yang pertama, penduduk yang ketakutan memanggil nombor kecemasan sebanyak 120 panggilan. Keramaian sebanyak ratusan penduduk dan beberapa ahli medikal memadati tempat peristiwa berlaku. Doktor bersama jururawat datang lebih awal dibanding polis. Seorang doktor muda yang baru tamat dari sekolah tingginya, mencuba untuk menyelamatkan salah satu mangsa yang mendapat luka hebat. Penyerang menyelinap di balik dinding dan menyergapnya, tembakan paku beruntun melubangi tubuh doktor itu hingga maut.[5][8][9] Beberapa sumber rujukan mensyak bahawa senjata yang ia gunakan bukan senapang paku melainkan sejenis senapang gempur yang penyerang itu curi dari penyimpanan senjata polis. Merujuk pada akhbar Newtalk news , serangan pertama dan kedua itu membunuh 11 mangsa.[7]
Serangan ketiga berlaku semasa penduduk kampung sedang sarapan, penyerang mengkoyak 10 tubuh mangsanya. Perkara brutal itu tidak diketahui sampai saudara mengunjungi mereka di waktu siang, mereka hanya mendapati tubuh saudaranya yang telah membiru.[7]
Sosial media di seluruh China tular mengkongsikan foto-foto mengenai rumor. Polis dengan persenjataan lengkap menutup semua jalan masuk di kampung,[5][10][7] mereka menggalakan perburuan secara besar-besaran di Wilayah Shandong.[11] Pentadbir Shandong memberitahu kepada saudara daripada mangsa tidak perlu merasa risau, kerana mereka berazam akan menghukum penyerang secepatnya.[7]
Mangsa
[sunting | sunting sumber]Di antara mangsa yang terbunuh, 11 orang berasal dari lima ahli keluarga yang berbeza, merangkumi keluarga yang memiliki tujuh waris. Li Ying mensyak bahawa dua keluarga pernah menyakiti si penyerang atau keluarganya semasa bersekolah dahulu.[12] Salah satu daripada mangsa yang terbunuh ialah guru sekolah menengah atasnya yang telah bersara.
Li memerikan sang penyerang di hantaran twitternya sebagai "jibaku" dalam membunuh mangsanya, "semuanya maut kerana pendarahan dari luka hebat".[12] Penduduk kampung termasuk kanak-kanak maut dengan tubuh terkoyak. Doktor maut dengan banyak lubang di tubuhnya dan seorang jururawat harus dibawa ke rumah sakit dengan kaki yang berlubang selepas berusaha untuk menolong doktor muda yang ditembak oleh penyerang. Kedua pegawai polis ditemukan maut semasa perburuan jenayah di Shandong.
Selepasnya
[sunting | sunting sumber]Pembunuhan yang biadab, mautnya doktor dan terbunuhnya kedua pegawai polis semasa menggalakan perburuan jenayah membuat gegar dan rasa ketakutan penduduk meningkat kuat di seluruh China. Beberapa tanda pagar seperti "Insiden Zhaike" dan "Kes pembunuhan Kaunti Ju" tular selama beberapa hari sebelum tiba-tiba padam dari peringkat hantaran sosial media. Semua informasi mengenai serangan di Kaunti Ju telah ditapis dan dipadam oleh pemerintah.
Tidak ada satupun media yang menyebut peristiwa itu selepasnya ia berlaku kecuali Phoenix Television dan NetEase, maklumat kedua akhbar pun telah dipadam belum sampai satu minggu selepas penyampaian khabar.[7][13] Belum ada pengiktirafan rasmi daripada pihak pentadbir Shandong meskipun telah berazam di khalayak awam sebelumnya.[7] Salah satu rujukan menyatakan bahawa polis telah mengugut penduduk Kampung Zhaike dan sekitarnya agar diam mengenai masalah ini.[7]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Beberapa rujukan mensyaki bahawa pengganas daripada pembunuhan ialah ahli Polis Taktikal Khas, beberapa penduduk kampung mengatakan bahawa mereka mendengar suara keras dari tembakan beruntun senapang gempur, lainnya mengatakan kalau mereka mengguna senjata semacam paip panjang atau senapang paku.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "中國山東傳大型滅門慘案!村民:21人被殺包括1醫生2公安2嫌在逃". Yahoo News (dalam bahasa Cina). 2024-02-13. Dicapai pada 2024-04-17.
- ^ "山东传大型灭门惨案 村民:21人被杀 含1医生2公安 2嫌在逃 | 文学城". www.wenxuecity.com (dalam bahasa Cina). 2024-02-13. Dicapai pada 2024-04-17.
- ^ Kong, Dimsumdaily Hong (2024-02-13). "Released Shandong man allegedly seeks revenge, exploits firecracker sounds to slaughter village". Dimsum Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-17.
- ^ Teacher Li Is Not Your Teacher [@whyyoutouzhele] (2024-02-11). "很多朋友关心山东省日照市莒县除夕凶杀案的事情。目前我这边可以确定的是:1.现场发生了枪击/2.有医务人员死亡。" (Twit) (dalam bahasa Cina) – melalui Twitter.
- ^ a b c "網傳山東年初一爆恐怖槍擊案 兇徒刀傷2人再殺醫護". Sing Tao (dalam bahasa Cina). 2024-02-13. Dicapai pada 2024-02-20.
- ^ "网传山东年初一爆枪击案 受害者十余人 | 联合早报". www.zaobao.com.sg (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2024-04-17.
- ^ a b c d e f g h i "中國山東傳大型滅門慘案!村民:21人被殺包括1醫生2公安2嫌在逃". Newtalk (dalam bahasa Cina). 2024-02-13. Dicapai pada 2024-02-21.
- ^ Teacher Li Is Not Your Teacher [@whyyoutouzhele] (2024-02-12). "山东日照莒县宅科村一些补充" (Twit) (dalam bahasa Cina) – melalui Twitter.
- ^ "山东某县命案追踪:官方称受害者超10人,一嫌犯已被控制". Phoenix TV (dalam bahasa Cina). 2024-02-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-03-13. Dicapai pada 2024-04-17.
- ^ Teacher Li Is Not Your Teacher [@whyyoutouzhele] (2024-02-12). "山东日照莒县宅科村一些较为可靠的消息更新" (Twit) (dalam bahasa Cina) – melalui Twitter.
- ^ "「旧正月に山東省で自作銃殺人、10人以上死傷」…中国当局は報道統制". japanese.joins.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada Feb 14, 2024.
- ^ a b Teacher Li Is Not Your Teacher [@whyyoutouzhele] (2024-02-13). "山东日照莒县宅科村一些更新" (Twit) (dalam bahasa Cina) – melalui Twitter.
- ^ ""莒县到底咋了"? 中国媒体屏蔽疑似凶案信息". Radio Free Asia (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2024-04-17.