Pergi ke kandungan

Serangan Sabadell 1990

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serangan Sabadell pengeboman kereta yang dilakukan oleh kumpulan pemisah bersenjata Basque Euskadi Ta Askatasuna (ETA) di Sabadell, Catalonia, Sepanyol pada 8 Disember 1990.

Sasaran mereka adalah konvoi yang membawa lapan anggota pasukan Polis Negara dalam perjalanan ke perlawanan bola sepak antara Sabadell dan Málaga CF.[1] Enam daripada para pegawai polis tersebut terbunuh, dengan dua lagi cedera. Turut tercedera adalah orang awam yang berada ketika serangan tersebut.[2]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1990-an, ETA telah meningkatkan serangannya di Catalonia dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dunia dan mendapatkan konsesi politik dengan membuat ancaman mengganggu pengacaraan sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Barcelona.[3][4] Namun, pihak polis telah berjaya mendapat dokumen-dokumen yang mendedahkan perancangan kumpulan tersebut seminggu sebelum serangan.[5]

Dua minggu sebelum itu, pada 23 November, ETA telah menyerang berek Guardia Civil di Sant Carles de la Ràpita, Catalonia,[6] namun tiada yang tercedera.

Selepas 1,345 hari serangan terdahulu, ETA telah meletakkan bom kereta di persimpangan jalan Josep Aparici dan Ribot i Serra, di mana kebiasaannya pemandu perlu memperlahankan kenderaan untuk melaluinya.[7] Bom kereta, yang terletak kira-kira 500 meter dari balai polis utama, telah diletupkan dari jauh berhampiran Gran Via,[7] iaitu jalan utama di bandar, yang mana terdapat akses mudah ke lebuh raya A7, yang membolehkan pelaku melarikan diri. Bom tersebut telah menyebabkan letupan besar, kebanyakannya memusnahkan kenderaan kedua polis konvoi dan turut menyebabkan kerosakan di bangunan-bangunan berhampiran, dengan serpihan dijumpai sejauh 400 meter.[5] Lima daripada lapan pegawai polis yang menaiki kenderaan tersebut telah mati serta-merta.[5]

Pihak polis mengenalpasti Joan Carles Monteagudo dan Juan Félix Erezuma sebagai mereka yang terlibat dalam serangan ini.[5] Pada 30 Mei 1991, selepas serangan bom di Vic yang membunuh sembilan orang, Monteagudo dan Erezuma telah terbunuh dalam siri tembakan bersama pihak polis di Lliçà d'Amunt, berdekatan Barcelona.[8]

  1. ^ Sabadell recuerda a los seis policías que murieron en un atentado terrorista en 1990, El Pais, 9 December 2005
  2. ^ Listado de asesinados por ETA facilitado por la Fundación Víctimas del Terrorismo Diarkibkan Mei 12, 2012, di Wayback Machine, El Pais, accessed 3 March 2013
  3. ^ Securing and Sustaining the Olympic City, Pete Fussey, Ashgate Publishing, 2011, p48
  4. ^ Historical Dictionary of Modern Olympic Movement, John E. Findling & Kimberly D. Pelle, Greenwood Publishing Group, 1996, p189
  5. ^ a b c d Seis policías muertos y varios heridos en Sabadell en un atentado de ETA con coche bomba, El Pais, 9 December 1990
  6. ^ La Vanguardia, 24 November 1990, p1
  7. ^ a b La Vanguardia, 9 December 1990, p15
  8. ^ Los dos jefes del 'comando Barcelona' mueren en un tiroteo un día después del atentado de Vic, El Pais, 31 May 1991