Pergi ke kandungan

Seollal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
설날
Tahun Baru Korea
Also calledTahun Baru Qamari
Observed byOrang Korea seluruh dunia
Typetradisional Korea, kebudayaan, agama Buddha
SignificanceHari pertama kalendar Korea (qamari)
DateHari Tahun Baru Cina
2024 datedate missing (please add)
Related toTahun Baru Cina

Seollal (hangul: 설날 "Hari Tahun Baru"; bahasa Inggeris: Korean new year) atau Gujeong (구정, hanja: 舊正 "Bulan Pertama Lama") atau Tahun Baru Korea ialah hari pertama dalam tahun kalendar Korea qamari dan juga perayaan Korea yang terpenting sekali. Seollal terdiri daripada satu tempoh keraian yang bermula pada Hari Tahun Baru selama tiga hari. Oleh sebab kalendar Korea seiras dengan kalendar Cina qamari, maka Tahun Baru Korea disambut pada hari yang sama dengan Tahun Baru Cina.[1]

Inilah hari anak bulan kedua selepas solstis musim sejuk, melainkan apabila adanya satu bulan kesebelas atau kedua belas lompat menjelang Tahun Baru, yang mana Tahun Baru jatuh pada hari anak bulan ketiga selepas solstis itu. (Ini akan berlaku seterusnya pada tahun 2033.) Tteok guk sering dihidangkan pada perayaan ini.

Ramai orang Korea ingin menyambut Tahun Baru (kedua-dua takwim suria dan qamari) dengan melawat Pantai Timur negara seperti di bandar-bamdar Gangneung dan Donghae di wilayah Gangwon, di mana mereka dapat melihat sinaran matahari yang pertama untuk tahun yang baru.[2]

Adat resam

[sunting | sunting sumber]

Tahun Baru Korea selalunya diraikan bersama keluarga. Perayaan tiga hari ini dimanfaatkan untuk kembali ke kampung halaman untuk menziarah orang tua dan saudara-mara serta menjalankan upacara penyembahan nenek moyang iaitu charye. Ramai orang Korea memakai hanbok yang berwarna-warni. Tteokguk (sup dengan kuih beras) menjadi hidangan utama.

Ramai orang Korea menyambut Tahun Baru barat dan qamari dengan melawat lokasi di Pantai Timur seperti Gangneung dan Donghae di wilayah Gangwon untuk menunggu sinaran pertama suria tahun baru.[3]

Sama juga dengan Tahun Baru Cina, kanak-kanak Korea mengucapkan selamat tahun baru kepada orang-orang tua mereka (ibu bapa, ibu bapa saudara, datuk nenek), tetapi caranya ikut sebae, iaitu menundukkan badan sebawahnya sekali (lebih sekali tunduk adalah untuk upacara simati) sambil mengujar kata-kata saehae bok manhi badeuseyo (Korea: 새해 복 많이 받으세요) yang bermaksud "Semoga banyak mendapat berkat pada tahun baru ini." Ibu bapa memuji tanda hormat ini dengan memberikan duit tahun baru kepada anak-anak mereka (biasanya dalam bentuk wang kertas yang keras) serta menyampaikan deokdam (pepatah tauladan) kepada mereka. Pada masa dahulu, ibu bapa menyerahkan tteok dan buah-buahan kepada anak-anak mereka.

Permainan

[sunting | sunting sumber]

Tahun Baru Korea diceriakan dengan permainan tradisional. Antaranya, permainan papan sekeluarga Yunnori yang masih digemari sekarang. Selain itu, kaum lelaki turut bermain layang-layang dan jegichagi (permainan seakan-akan menyepak bulu tangkis). Kaum wanita pula bermain neolttwigi (permainan menghentak jongkang-jongket).

  1. ^ Nguyen, Anna (2007-02-12). "Korean New Year". The Arkansas Traveler.
  2. ^ Chan, L. P. (2008-01-03). "Diverse New Year's Celebrations Around the World".
  3. ^ Chan, L. P. (2008-01-03). "Diverse New Year's Celebrations Around the World". www.trifter.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]