Pergi ke kandungan

Senjata-V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Artikel ini adalah mengenai penggunaan ofensif senjata-V dan kempen ketenteraannya. Untuk huraian setiap senjata, lihat V-1 (bom terbang), V-2 dan meriam V-3. Untuk "superweapon" Jerman yang lain, lihat Wunderwaffe.
Roket V-2 atas Meillerwagen.
Mangsa roket V-2 di Antwerp, Belgium, 27 November 1944.

Senjata-V, dikenali dalam bahasa asal Jerman sebagai Vergeltungswaffen (Sebutan bahasa Jerman: [fɐˈgɛltʊŋsˌvafṇ], Jerman: "senjata pembalasan", "senjata tindak balas"), adalah satu set senjata artileri jarak jauh yang direka untuk pengeboman strategik semasa Perang Dunia II, terutamanya pengeboman ganas dan/atau pengeboman udara ke atas bandar-bandar.[1][2] Ia terdiri daripada V-1, iaitu peluru berpandu krus berenjin denyutan jet, V-2, iaitu peluru berpandu balistik berenjin bahan api cecair (sering dirujuk sebagai V1 dan V2), dan meriam V-3. Kesemua senjata ini bertujuan digunakan dalam kempen militari menentang Britain, namun hanya V-1 dan V-2 telah digunakan dalam kempen 1944–45. Selepas penyerbuan tentera Bersekutu ke atas Eropah, senjata ini juga digunakan terhadap sasaran tanah besar Eropah, terutamanya Britain dan Belgium. Pengeboman ganas V mengorbankan kira-kira 18,000 orang, kebanyakannya penduduk awam. Bandaraya London, Antwerp dan Liège adalah sasaran utama.[3][4]

Senjata ini adalah sebahagian daripada barisan Wunderwaffe (bahasa Inggeris: superweapon atau secara harfiahnya 'senjata ajaib') Jerman Nazi.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Seawal 28 Jun 1940, rasional pengeboman ganas telah dimajukan untuk membangunkan A4 (roket V-2) dalam suatu mesyuarat antara Ketua Ordnans Tentera Darat Emil Leeb dan Panglima Tentera Darat, Walther von Brauchitsch.[5] Selepas kegagalan relatif Serangan Baedeker ke atas Britain pada tahun 1942, pembangunan bom terbang dan roket dipercepatkan, dengan Britain dinamakan sebagai sasaran.[6] Pada 29 September 1943, Albert Speer berjanji untuk membalas dendam terhadap pengeboman besar ke atas bandar-bandar Jerman dengan "senjata rahsia".[7] Kemudian pada 24 Jun 1944 pengumuman rasmi Kementerian Propaganda Reich mengenai peluru berpandu "Vergeltungswaffe 1" bahawa akan terdapat lagi senjata lain yang serupa.[8] Selepas pelancaran pertama A-4 pada September 1944, roket ini telah dinamakan semula V-2.[9] (tetapi tiada yang tahu siapa bagi nama ini).[10] Bagaimanapun, manual operasi V-2 yang diedarkan ke treler pelancar terus menggunakan nama A-4 untuk roket ini.[11]:80

Senjata-V menyerang Britain 1944–45

[sunting | sunting sumber]

Senjata V-1

[sunting | sunting sumber]
Sebuah V-1 ditolak keluar

Bermula bulan Oktober 1943, tapak pelancaran bagi V-1 telah dibina di Utara Perancis, disepanjang pantai dari Calais ke Le Havre. Pengeboman udara ke atas tapak ini oleh tentera udara Bersekutu hanya sebahagiannya berjaya dan menjelang Jun 1944 mereka bersedia untuk bertindak.[12] Didorong oleh pendaratan Normandy pada 6 Jun, pada awal pagi 13 Jun, 1944, serangan pertama bom terbang V-1 telah dilancarkan ke atas London.[6][13] Empat dari sepuluh misil yang dilancarkan sampai di England. Yang pertama jatuh di Swanscombe, menyebabkan tiada kasualti. Di Bethnal Green, bagaimanapun, sebuah jambatan musnah dan 6 orang terbunuh dan 9 lagi cedera.[14] Selepas 15 Jun serangan itu terus berlangsung dengan jumlah 100 misil sehari.[13] Dengan serangan pertama, pihak British menghidupkan rancangan Operasi Diver (selepas nama kodnya "Diver" digunakan untuk V-1).

Bunyi berdengung enjin denyutan jet V-1 disamakan oleh sesetengah orang pada "bunyi motosikal rosak". Sewaktu ia sampai ke sasarannya dan menjunam, bunyi unit pendorong berdetup-detup dan terputus-putus, diikuti oleh bunyi yang mengerikan sebelum impak, sangat menakutkan, walaupun kesenyapan juga merupakan amaran untuk mencari perlindungan (kemudian V-1 diperbetulkan untuk mempunyai kuasa junaman asal).[15] Sekurang-kurangnya sebuah kedai di London mengiklankan bagaimana cepatnya pelanggan dapat memasuki tempat perlindungan yang berdekatan. Walaupun begitu, keadaan berawan dan hujan pada bulan Jun dan Julai membantu keberkesanan senjata itu dan kasualti yang tinggi. Menjelang akhir Ogos lebih setengah juta orang telah meninggalkan London dan kadar pengeluaran kerja terjejas.[16] Menjelang akhir musim panas dan musim gugur, bagaimanapun, peningkatan efektif langkah balas terhadap V-1 telah diambil dan rakyat mula pulang ke London.[17]

Sejumlah 9,251 V-1 ditembak ke sasaran di Britain, dengan majoritinya disasarkan ke London; 2,515 misil menghentam bandaraya itu, membunuh 6,184 orang awam dan mencederakan 17,981. Croydon di bahagian selatan, pada laluan penerbangan V1 menerima 142 hentaman.[18]

Senjata V-2

[sunting | sunting sumber]
Kesan serangan roket V-2 di Battersea, London (27 Januari 1945)

Tapak pelancaran roket V-2 telah didirikan oleh pihak Jerman di The Hague, Belanda pada 6 September 1944. Misil pertama dilancarkan dari sini ke London pada 8 September 1944 dan mengambil kira-kira 5 minit untuk terbang 200 batu dari The Hague ke London dimana ia jatuh pada jam 6.43pm pada 8 September di Chiswick menyebabkan 13 kasualti.[19] Oleh kerana letupan V2 muncul tanpa amaran, pihak kerajaan pada mulanya cuba menyembunyikan punca-punca ini dengan menyalahkan pada saluran gas yang rosak. Namun, orang awam tidak boleh diperbodohkan dan kelak mula secara sinis merujuk V-2 sebagai "Paip gas terbang".[20]

Pada bulan Oktober ofensif ini terus berlangsung. Satu serangan yang sangat dahsyat adalah pada 25 November 1944 apabila sebuah V-2 meletup di gedung Woolworth's di New Cross Road, mengorbankan 168 orang dan mencederakan 121 lagi.[21] Memintas misil supersonik V-2 semasa terbang sememangnya mustahil dan langkah-langkah pencegahan lain, seperti mengebom tapak pelancaran, tidak cukup berkesan. Pengeboman berterusan sehingga bulan Mac 1945. Misil terakhir sampai pada 27 Mac 1945, salah satu daripadanya membunuh 134 orang dan mencederakan 49 lagi apabila ia menghentam sebuah blok flat di Stepney.[22]

1,115 V-2 ditembak ke United Kingdom. Majoriti darinya disasarkan ke London, tapi 40 sasaran (dan tidak kena) Norwich. Ia mengorbankan kira-kira 2,754 orang di London dengan 6,523 lagi cedera. Sejumlah 2,917 anggota keselamatan terbunuh akibat dari kempen senjata-V. Oleh kerana V-2 adalah misil supersonik dan tidak boleh didengar (dan jarang dilihat) sewaktu ia menghampiri sasaran, kesan psikologinya "lebih menderita berbanding V-1."[23]

Ofensif senjata-V berakhir pada bulan Mac 1945, dengan V-2 terakhir mendarat di Kent pada 27 Mac dan V-1 terakhir dua hari kemudian. Dari segi kasualti kesannya kurang daripada harapan pencipta mereka atau ketakutan mangsa mereka, walaupun kerosakan harta benda lebih besar, dengan 20,000 rumah rosak dalam sehari pada puncak kempen, menyebabkan krisis besar perumahan di tenggara England pada akhir tahun 1944 dan awal 1945.[24]

Serangan eksistential V-2 yang menakutkan ke atas London menjadi tema novel Thomas Pynchon Gravity's Rainbow.[25]

Senjata V-3

[sunting | sunting sumber]

Meriam V-3, juga direka untuk menyerang London, namun tidak pernah digunakan kerana pihak Bersekutu telah menyerang fasiliti pelancaran, khususnya Kubu Mimoyecques, dan ofensif di utara Eropah pada tahun 1944, menawan tapak tersebut. Oleh itu, penggunaannya telah dialihkan, pada musim sejuk 1944, untuk mengebom Luxembourg, dengan kesan minimum.[26]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 138
  2. ^ "V-WEAPONS (CROSSBOW) CAMPAIGN". All World Wars. Dicapai pada 2008-10-19.
  3. ^ Pieter Serrien (2016) Elke dag angst. Antwerp, Horizon
  4. ^ "History of the V-terror in Belgium".
  5. ^ Neufeld, Michael J (1995). The Rocket and the Reich: Peenemünde and the Coming of the Ballistic Missile Era. New York: The Free Press. m/s. 137, 237. ISBN 0-02-922895-6.
  6. ^ a b Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 15-16
  7. ^ Henshall, Philip (1985). Hitler's Rocket Sites. New York: St Martin's Press. m/s. 128.
  8. ^ Johnson, David (1981/1982). V-1, V-2: Hitler's Vengeance on London. Stein and Day. m/s. 80. ISBN 0-8128-2858-5. Check date values in: |year= (bantuan)
  9. ^ Irving, David (1964). The Mare's Nest. London: William Kimber and Co. m/s. 288.
  10. ^ Klee, Ernst; Merk, Otto (English translation: 1965) [1963]. The Birth of the Missile:The Secrets of Peenemünde. Hamburg: Gerhard Stalling Verlag. m/s. 47. Check date values in: |year= (bantuan)
  11. ^ McGovern, J (1964). Crossbow and Overcast. New York: W. Morrow. m/s. 80.
  12. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 160-3
  13. ^ a b Angus Calder (1971) The People's War: Britain 1939-1945: 645
  14. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 74-5
  15. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 80
  16. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons Morley, The Elmfield Press: 11-12, 80-1, 125
  17. ^ Angus Calder (1971) The People's War: Britain 1939-1945: 646-7
  18. ^ Angus Calder (1971) The People's War: Britain 1939-1945: 647
  19. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 113, 170
  20. ^ King, Benjamin (2009). Impact: The History Of Germany's V Weapons in World War II. De Capo Press. m/s. 244. ISBN 0786751673.
  21. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 129
  22. ^ Basil Collier (1976) The Battle of the V-Weapons. Morley, The Elmfield Press: 135
  23. ^ Wade, Mark. "V-2". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada 2008-10-21.
  24. ^ Angus Calder (1971) The People's War: Britain 1939-1945: 646-50
  25. ^ "Review of Gravity's Rainbow". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13. Dicapai pada 2017-11-12.
  26. ^ Max Hastings (2004) Armageddon: The Battle for Germany 1944-5: 196
  27. ^ Hinsley, FH (1993). British Intelligence in the Second World War. London: HMSO. ISBN 0-11-630956-3.