Seni bina dan peninggalan sejarah Kota Surakarta
Sebagai sebuah kota yang sudah berusia hampir 250 tahun, Surakarta memiliki banyak bangunan yang lama dan bersejarah. Selain daripada bangunan-bangunan lama yang terpencar dan berselerakan di berbagai-bagai tempat, terdapat juga bangunan-bangunan yang terkumpul sehingga membentuk beberapa kota lama, dengan latar belakang sosial masing-masing.
Laweyan
[sunting | sunting sumber]Di kawasan Laweyan, terdapat sebilangan kampung, termasuk Kampung Laweyan, Tegalsari, Tegalayu,Tegalrejo, Sondakan, Batikan, dan Jongke, dengan banyak penduduknya merupakan pengeluar atau pedagang batik sejak dari dahulu lagi sehingga sekarang. Di sinilah tempat penubuhan Sarekat Dagang Islam, persatuan perdagangan yang pertama di Indonesia yang diasaskan oleh K.H. Samanhudi, peniaga batik, pada tahun 1912. Bekas kejayaan para pedagang batik pribumi tempo doeloe ini biasanya dapat dilihat daripada tinggalan-tinggalan rumah mewah mereka. Di kawasan ini, mereka memang menunjukkan kejayaan masing-masing dengan berlumba membina rumah-rumah besar yang mewah dengan gaya seni bina cantik.
Kawasan Laweyan dilayani oleh Jalan Dr Rajiman di pusat Keraton Kasunanan Surakarta, bekas Keraton Mataram di Kartasura. Dari Jalan Dr Rajiman ini, banyak terlihat tembok-tembok tinggi yang menutupi rumah-rumah besar, dengan pintu-pintu gerbang kayu yang besar yang disebut regol. Sepintas tak terlalu menarik, bahkan banyak yang pudar, tetapi apabila regol dibuka, barulah nampak bangunan rumah besar dengangaya seni bina yang indah. Rumah-rumah ini biasanya terdiri daripada sebuah bangunan utama di tengah, bangunan-bangunan sayap di kiri kanannya, dan bangunan tambahan di belakangnya, serta juga halaman depan yang luas.
Dengan bentuk seni bina, kemewahan bahan binaan, dan keindahan hiasannya, para raja batik zaman dahulu seolah-olah hendak menunjukkan kemampuan mereka untuk membina istana masing-masing, meskipun pada skala yang lebih kecil. Salah satu contoh yang biasa dilihat ialah rumah besar bekas saudagar batik yang terletak di tepi Jalan Dr Rajiman yang sekarang dibeli oleh Nina 'Akbar Tanjung', diubah elok dan dijadikan Tempat Penginapan Roemahkoe yang dilengkapi restoran Lestari.
Tentu sahaja tidak semuanya membina "istana" yang luas kerana di kiri kanannya adalah cerang tetangga yang juga dibina "istana"-nya sendiri-sendiri. Alhasil, kawasan ini dipenuhi dengan berbagai istana mini, yang hanya dipisahkan oleh tembok tinggi dan gang-gang sempit. Semangat berlumba membangun rumah mewah ini tampaknya mengabaikan pentingnya ruang publik. Jalan-jalan kampung menjadi sangat sempit. Terbentuklah banyak laluan pejalan kaki yang hanya cukup dilalui oleh orang atau motosikal.
Tapi di sinilah uniknya. Menelusuri lorong-lorong sempit di antara tembok tinggi rumah-rumah kuno ini sangat mengasyikkan. Kita seolah berjalan di antara monumen sejarah kejayaan pedagang batik tempo doeloe.
Pola lorong-lorong sempit yang diapit tembok rumah gedongan yang tinggi semacam ini juga terdapat di kawasan Kauman, Kemlayan, dan Pasar Kliwon (di Yogyakarta, biasa ditemukan di Kotagede).
Salah satu keunikan rumah-rumah Laweyan adalah bahawa meskipun wujudnya percampuran budaya tetapi dari denah dasar masih tetap menggunakan sistem pengezonan rumah Jawa asli. Hal ini menunjukkan bahawa Kawasan Laweyan sangat dipengaruhi oleh arah aliran gerakan Perngrajin yang juga terjadi di England dan negara-negara Eropah abad ke-19 yang lain yang mana para pengusaha banyak menerapkan penggunaan reka bentuk dalaman, selain daripada gaya seni bina luar, seperti kaca warna, seramik bermotif, jeruji, bahkan hiasan asli gaya Roman (rumah Bp. Bandono) dan sebagainya tanpa mengubah bentuk dasar denah. Kerana jika dibandingkan dengan jenis bangunan dengan interior dan eksterior yang sama yang berada di Eropah (Jerman, dan Belanda), maka jelas bahawa letak perbezaan yang menyolok adalah perbezaan bentuk dasar denah, dan jumlah tingkat rumah tersebut. Di satu pihak ini biasa dikatakan bahawa pengaruh gaya antarabangsa dan modenisme sangat mempengaruhi tampilan rumah-rumah Laweyan.
Kampung Kauman
[sunting | sunting sumber]Kampung Kauman ialah sebuah kampung yang dipenuhi beragam gaya seni bina rumah gedongan, dan memiliki ciri khas tertentu dengan model rumah gaya campuran Eropah-Jawa-Cina, dengan hiasan ukiran-ukiran pada dinding kayunya. Pada awalnya, Kampung Kauman yang berada di sisi barat depan Keraton Kasunanan ini diperuntukkan untuk tempat tinggal (kaum) ulama kerajaan dan keluarganya. Oleh sebab itu nama-nama gang di Kampung Kauman masih dilestarikan sampai sekarang al: pengulon (dari kata penghulu keraton/masjid agung), Trayeman, Sememen, Kinongan, Modinan, Gontoran, Letaknya berdekatan dengan Masjid Agung keraton, di sisi barat alun-alun utara. Tapi pada perkembangannya, Kampung Kauman mirip dengan kawasan Laweyan. Di samping itu yang perlu diingat juga bahawa di lingkungan Masjid Agung Surakarta dahulu berdiri madrasah tertua di pulau Jawa " Mamba'ul Ulum" di mana para bekas murid-muridnya telah banyak mewarnai khasanah dunia pendidikan Islam di Indonesia. Mamba'ul Ulum ini didirikan oleh Susuhunan Pakoe Boewono raja Surakarta pada waktu itu. Dan Seiring dengan ini di Jamsaren juga terdapat sekolah agama berasrama tertua di Pulau Jawa yang didirikan atas restu Sri Susuhunan Pakoe Boewono Raja Surakarta Hadiningrat. Pada saat itu pertama kali yang diberikan kebenaran untuk mengasuh Sekolah Agama Berasrama Jamsaren adalah Kyai Djamsari, dan dilanjutkan oleh penerus-penerusnya al:RMKH.Moh.Idris, KH.Abu Ammar dst. yang memiliki mata rantai terhadap alur sejarah perkembangan Kampung Kauman tempo dulu.
Di Kampung Kauman banyak tumbuh produsen dan pedagang batik yang berjaya, ini tidak kalah kejayaannya dibandingkan dengan keluarga-keluarga saudagar di kampung Laweyan. Dan mereka juga berlumba membangun rumah mewah di perkampungan yang padat itu. Nama-nama bekas pengusaha batik yang berjaya dari kauman Solo antara lain adalah: Haji Abdul Fattah, Kyai Haji Kholil,Haji Abu Amar, KHM.Billal, H.Masngadi Ahmad Kroya, HM.Saleh Syaibani dll. Dan saat ini masih ada yang melanjutkan sebagai generasi penerus pengusaha batik di kauman, seperti Perusahaan Batik Gunawan Setiawan, adalah salah satu cicit dari keluarga haji Abu Amar. Dengan adanya perkembangan pengusaha batik di daerah Kauman, akibatnya, Kauman menjadi penuh dengan berbagai rumah gedongan yang berdesakkan, dan menyisakan gang yang sangat sempit bagi pejalan kaki.
Apabila Kauman terletak di sisi barat depan alun-alun utara, di sisi timurnya terletak perkampungan Pasar Kliwon, kawasan permukiman warga keturunan Arab. Di Surakarta, warga keturunan Arab biasa dipanggil Encik. Banyak warganegara Arab yang kejayaan dalam melakukan usahanya seperti: sebagai pengusaha batik cap, pengusaha tenun, serta berdagang batik, sehingga kawasan ini juga dipenuhi dengan rumah gedongan yang juga memiliki ciri seni bina khas sendiri
Agak ke utara, di sekitar Pasar Gede Harjonagoro (salah satu warisan monumental Pakubuwana X, dirancang oleh arkitek Thomas Karsten, 1930) terletak kawasan perdagangan Balong. Kawasan ini merupakan konsentrasi permukiman warga Tionghoa yang kebanyakan mereka bekerja sebagai pedagang. Sebagai Pecinan, kawasan ini memiliki banyak bangunan dengan seni bina Tionghoa.
Laweyan, Kauman, Balong, atau Pasar Kliwon bukanlah sekadar kawasan dengan sekumpulan gedung tua, tapi jejak sejarah perkembangan arsitektur khas dengan warna arsitektur dan latar belakang sosiologinya. Di situ biasa kita temui berbagai gedung dengan gaya seni bina Jawa, Eropah, India, Art Deco, Tionghoa, hingga Timur Tengah yang sebagian besar telah mengalami amalgam atau percampuran dengan unsur-unsur kebudayaan tempatan (misalnya hiasan gaya Eropah denah Jawa, keberandaan veranda pada bangunan gaya kolonial yang merupakan adaptasi bangunan terhadap iklim tropik) yang secara tidak langsung menggambarkan adaptasi, kombinasi, ataupun imitasi dari kebudayaan yang arah aliran masa itu.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Indonesia) Laman web rasmi
- (Indonesia) Bengawan Solo Diarkibkan 2007-12-01 di Wayback Machine
- (Indonesia) Lawatan Bandaraya Solo Diarkibkan 2007-06-08 di Wayback Machine
- (Indonesia) Kebudayaan Solo Adi Luhung
- (Indonesia) Peninggalan Solo Lama Diarkibkan 2007-03-12 di Wayback Machine
- (Indonesia) Laman web SoloPos
- (Indonesia) Sejarah Tentera: Serangan Oemoem di Surakarta/Solo (7 Ogos 1949) Diarkibkan 2007-02-16 di Wayback Machine