Pergi ke kandungan

Seni bela diri campuran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seni bela diri campuran (bahasa Inggeris: mixed martial arts disingkatkan kepada MMA) ialah suatu sukan tempur yang melibatkan pergerakan dari seluruh bahagian badan untuk tujuan mencengkam dan menyerang baik dalam keadaan berdiri dan di lantai menerapkan pelbagai teknik sukan tempur dan seni mempertahankan diri.

Kelengkapan

[sunting | sunting sumber]

Para peserta diminta memakai seluar pendek khas serta juga tidak berbaju untuk mengelakkan sebarang pencengkaman kain yang menjatuhkan lawan. Kedua-dua peserta dan lelaki dikehendaki juga memakai pelindung mulut,[1] peserta lelaki terutamanya diperlukan memakai pelapik khas dalam seluar bagi melindungi kangkang mereka daripada terkena sebarang hentakan yang mengakibatkan kecederaan.[1]

Kawasan pertarungan

[sunting | sunting sumber]

Pertarungan dilakukan dalam suatu medan khas berbentuk segi enam atau segi lapan yang turut dipasangkan dengan pagar.[2]


  1. ^ a b "Mixed Martial arts Unified Rules of Conduct". New Jersey State Athletic Control Board. 5 September 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2009. Dicapai pada 18 Jun 2006.
  2. ^ "Rules and Regulations - Unified Rules and Other MMA Regulations". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2016. Dicapai pada 8 JUlai 2014. Check date values in: |access-date= (bantuan)