Seni Matematik Islam
Penampilan
Umum | |
---|---|
Pengarang | Adi Putra Abdul Ghani |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Subjek | Matematik |
Penerbitan | |
Penerbit | Adi Genius Matematika |
Tarikh penerbitan | 2011 |
Jenis media | Cetakan (sampul kertas) |
Halaman | 247 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789671039106 |
Seni Matematik Islam: Generasi Genius ialah buku oleh remaja genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani.[1] Buku ini memuatkan kaedah dan cara bagaimana Adi Putra menggunakan konsep alam dan ilmu al-Quran dalam rumusan matematik beliau.[2]
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Seni Matematik Islam ialah buku sulung yang ditulis oleh Adi Putra dan diterbitkan oleh Adi Genius Matematika. Buku ini dilancarkan pada 2 Mei 2011 sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011 dan mencatat jualan sebanyak 3,000 unit sejak mula dijual. Ia memuatkan 12 daripada 235 formula matematik yang dicipta oleh Adi Putra.[1] Beliau menyatakan: "Saya menulis buku ini selama sebulan, formula matematik yang saya cipta memudahkan kanak-kanak atau orang dewasa untuk mempelajari matematik".[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c BERNAMA (2 Mei 2011). "Buku 'Seni Matematik Islam' Adi Putra Dilancar". mSTAR Online. Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ Aminuddin Mohsin (2 Mei 2011). "Wonderkid Adi Putra lives a life under glare of expectations". The Star Online. Dicapai pada 17 November 2011.