Senarai penerima darjah kebesaran negeri Selangor 2022
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Selangor sempena hari keputeraan Ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2022. Seramai 104 penerima menerima darjah kebesaran tersebut. Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Selangor 2022.
Senarai penerima
[sunting | sunting sumber]Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' Seri. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
- Presiden Kumpulan Perdana Parkcity, Dato' Seri Yaw Chee Ming
Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' Setia. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Mufti Selangor, Dato' Dr. Haji Anhar Opir
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Dato'. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara, Dato' Zakri Jaafar
- Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany
- Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Profesor Dato' Dr Mohd Roslan Sulaiman
- Penasihat Undang-Undang Selangor, Dato' Salim Soib @ Hamid
- Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Azizul Azmi Adnan
- Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Dato’ Ishak Bakri
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah
[sunting | sunting sumber]Penerima darjah ini membawa gelaran Dato'. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Selangor), Norazam Khamis
- Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Dato' Ahmad Fadzil Abdul Majid
- Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir
Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Timbalan Panglima 10 Briged (PARA), Kolonel Khairul Anwar Soib
- Pengarah Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut, Kepten Jamsari Tahir
- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, ACP Ahmad Jefferi Abdullah
- Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor, Nanthakumar Rajasingam
Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi
- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar
- Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Zalinah Said
Ahli Mahkota Selangor
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Johan Tilawah (Qariah) Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 2022, Sofizah Mousin
- Johan Tilawah (Qariah) MTHQA 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut
Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- R. Sharmendran (emas kumite -70 kg lelaki, karate Sukan SEA 2021 Hanoi)
- C. Shahmalarani (emas kumite -50 kg wanita, karate Sukan SEA 2021 Hanoi)
- Marcus Lim Pang Chuen (emas lelaki berkumpulan, golf Sukan SEA 2021 Hanoi)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Tengku Zafrul dahului 104 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Selangor". Astro Awani. 11 Disember 2022. Dicapai pada 11 Disember 2022.