Pergi ke kandungan

Senarai episod Waktu Rehat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut merupakan senarai episod siri Disney Waktu Rehat.

Musim pertama

[sunting | sunting sumber]
# Tajuk Siaran asal No. Peraturan
1"Nafas Durian"31 Ogos 2010302B, 5D
Tiada sesiapa yang berani mendekati Amirah apabila dia datang ke sekolah dengan nafas yang berbau durian. Syed mengambil kesempatan untuk menawan hati Amirah dengan menyamai bau nafasnya.
2"Cinderella"4 September 20103082A
Wai Chong datang ke sekolah secara mengelamun dengan sebelah kasut dalam tangannya. Dia memberitahu rakan-rakan bahawa dia baru diselamatkan oleh seorang gadis di luar pintu sekolah, tetapi gadis itu lenyap sebelum dia sempat menyampaikan terima kasih kepadanya. Wai Chong menegaskan bahawa gadis itulah teman wanita idamannya, maka dia berazam untuk mencarinya.
3"Abang Oh Abang"5 September 2010TBA
Johan mulai syak wasangka bahawa adiknya, Julie ada teman lelaki, maka dia bertungkus lumus untuk mencari siapa sebenarnya lelaki itu. Rupa-rupanya Julie tergila-gilakan seorang selebriti dalam poster.
4"Selamat Hari Jadi"11 September 2010300A, 2055F
Anding memarahi Syed kerana mengusiknya pada hari jadinya. Sebaik sahaja menyedari hakikat itu, Syed merancang kejutan hari jadi sebagai tanda minta maaf kepada Anding. Wai Chong terdengar sedikit perbualan mereka lalu menyangka bahawa Syed dan konco-konconya masih mahu berbuat nakal lagi, lalu dia masuk campur.
5"Resepi Rahsia Suresh"12 September 2010TBA
Suresh diminati murid-murid perempuan kerana bakatnya dalam memasak. Syed yang tidak pandai memasak mendapatkan nasihat Suresh demi menawan hati Amirah. Pertandingan karipap menjelang, tetapi Syed yang masih tidak pandai melakukan penipuan besar dalam pertandingan itu semata-mata untuk menang, tetapi perbuatannya meleset jua.
6"Amnesia"18 September 2010532B, 382A Perenggan 5
Johan kehilangan ingatannya kesan kemalangan ketika bersukan. Oleh itu, sesetengah kawan-kawannya membantunya memulihkan ingatannya, tetapi yang lain pula mengambil kesempatan akan situasi ini untuk mengherot-benyotkan sejarah hidupnya.
7"Raja Sekolah"19 September 2010633C Perenggan 10, 115B, 303/303E
Angan-angan Wai Chong untuk menjadi pengetua sekolah bermula dengan rakan-rakan sekolahnya melayannya seolah-olah raja, tetapi bertukar menjadi igauan apabila semua orang mulai tertarik akan janji-janji Faiz yang luar biasa seandainya dia menjadi pengetua pula.
8"Hidup Sihat"25 September 2010TBA
Anding mahu menegapkan badannya supaya dia boleh berjalan serentak bersama Luna ke sekolah bersama-sama. Johan berpakat untuk melatih Anding demi matlamat itu.
9"Juara Shuffle"25 September 2010TBA
Setelah diejek oleh Faiz kerana tidak pandai menari, Anding sanggup mendapatkan khidmat pakar (Alam) untuk memahirkan tariannya lalu berani menyahut cabaran dalam pertandingan shuffle sekolah dan sekaligus mengaibkan Faiz.
10"Rakan Bowling"26 September 2010TBA
Disebabkan Johan cedera, Amirah terpaksa dipasangkan bersama Kieran sebagai ganti Johan. Yang tak bagusnya, Amirah malu dengan sikap Kieran yang tomboi, jadi dia harus mengubah imej Kieran sampai puas. Akan tetapi, Kieran tidak suka dengan imej barunya yang selalu menyambut ejekan daripada murid lain.
11"Mesin Ahli Nujum"26 September 2010TBA
Ramai-ramai terpesona oleh ciptaan terbaru Anding, iaitu Luna Too, sebuah mesin yang kononnya boleh meramal masa hadapan, termasuklah Wai Chong yang ingin menggunakannya untuk meramal siapa yang akan melanggar peraturan sekolah.
12"Pertolongan Pak Syukor"13 November 2010TBA
Syed dan Suresh terpedaya oleh usikan Johan supaya mereka melawati bangunan sekolah mereka yang 'berhantu' pada waktu malam untuk meminta Pak Syukor untuk mendapatkan jawapan untuk ujian Sejarah yang akan datang.
13"Gerhana"13 November 2010TBA
Syed dan Johan diperdaya oleh rakan-rakannya supaya menyangka bahawa mereka semua tertukar badan akibat gerhana matahari.
14"Luna Baik Luna Nakal"4 Disember 2010TBA
Sekolah menyambut lawatan Lina, iaitu sepupu Luna yang seiras dengannya, tetapi Luna tidak sempat memperkenalkan Lina kepada semua disebabkan sakit perut. Rakan-rakan Luna tersilap sangka Lina sebagai Luna, tetapi Lina seronok kerana menjadi Luna untuk sehari.
15"Kaki Buli"25 Disember 20103000A
Sekolah menyambut kedatangan seorang pelajar baru yang rupa-rupanya kaki buli yang sukar ditumpaskan. Semua murid terpaksa bekerjasama untuk mengerjakan kaki buli itu.
16"Gosip"25 Disember 2010TBA
Mindy menyebarkan gosip bahawa ada seorang pelajar baru Azza akan menghadiri sekolah ini setelah pulang dari London. Azza ini kononnya sangat cantik dan pintar, sehingga semua pelajar lelaki terpanggil untuk merancang bagaimana untuk memikat hatinya, tetapi Azza yang sebenar di luar jangkaan sekali.

Musim ke-2

[sunting | sunting sumber]
# Tajuk Siaran asal No. Peraturan
1"Sekolah Zombie"12 Mac 201117F
Syed dan Suresh dihukum memegang papan tanda bertulis "Saya tidak akan tidur dalam kelas lagi" kerana selalu tertidur dalam kelas. Dalam hukuman mereka, mereka mengigaukan kawan-kawan mereka menjadi zombi.
2"Wisel Wai Chong"12 Mac 2011633C Perenggan 10, 12A Perenggan 5, 75F
Sebagai pengawas terbaik di negara, Wai Chong dihadiahkan wisel yang menyebabkan perangainya berubah.
3"Abang Baru"13 Mac 2011TBA
Syed diamanahkan oleh Johan (yang berpindah ke sekolah sukan) supaya menjaga adiknya, Julie dengan seelok-eloknya.
4"Budak Baru"19 Mac 2011TBA
Adam baru berpindah ke SM Jalan Mas dan bakat nyanyiannya membuat pelajar-pelajar perempuan tergila-gilakannya.
5"Syed Si Pemukau"20 Mac 2011TBA
Syed belajar memukau berpandukan buku. Setelah banyak kali gagal, akhirnya dia berjaya memukau Faiz lalu terbawa-bawa dengan kekuasaannya terhadap kawan karib sendiri.
6"Rejimen Kesihatan Kieran"26 Mac 201118C
Setelah dilantik sebagai Kapten Sukan Sekolah, Kieran ghairah menguatkuasakan rejimen kesihatan yang ketat ke atas kawan-kawannya.
7"Si Cantik Dan Ulat Buku"27 Mac 2011TBA
Anding mencuba nasib dalam pertandingan peragawan untuk kulit majalah Kacak tetapi diejek kerana bendul sangat, manakala Amirah si jelita ingin menjuarai pertandingan saintis wanita demi hadiah percutian di EPCOT, tetapi kurang pandai. Maka mereka berdua saling menolong untuk mengecapi impian.
8"Ahli Sorak Terakhir"28 Mei 2011TBA
Suresh ingin menyertai pasukan sorak, tetapi tidak disenangi oleh Amirah sehingga dia menyuruh semua pelajar lelaki lain mencuba nasib untuk menyertai pasukan soraknya. Apapun, Julie membantu Suresh untuk berjaya memasuki pasukan sorak.
9"Student Icon / Pelajar Ikon"30 Mei 2011TBA
TV Pelajar menganjurkan pertandingan Ikon Pelajar, yang mana para peserta dikehendaki menghantar rakaman tentang pencapaian mereka untuk dinilai. Pertandingan ini menimbulkan keghairahan di sekolah setelah Kieran, Wai Chong dan Amirah menyertainya.
10"Burung Kakaktua"4 Jun 2011TBA
Wai Chong memperkenalkan maskot sekolah, Kuat si burung kakaktua bercakap yang sebenarnya juga bertugas sebagai pengintip untuk menghafal penyalah peraturan. Setelah disedari sedemikian, pelajar-pelajar lain cuba menyingkirkan burung itu.
11"Cinta Pertama"11 Jun 2011TBA
Seseorang yang baru bermula untuk mencuri perniagaan Faiz. Apabila Faiz pergi ke berhadapan dengan orang itu, beliau mendapati bahawa G adalah seorang gadis dan jatuh cinta. Kemudian Faiz cuba mencari cinta baru dan memberitahunya bagaimana dia berasa.Pada akhirnya, Faiz mendapat jatuh cinta dengan G.
Nota: Dua bahagian dengan dua pengakhiran
12"Juara"18 Jun 2011TBA
Kieran mahu memenangi pertandingan sekolah untuk menunjukkan bahawa dia adalah kapten sukan yang terbaik, tetapi tertanya-tanya jika dia harus cuba cara lain untuk menjamin bahawa dia akan menang.Episod ini dikunjungi oleh Azlan Iskandar.
Nota: Dua bahagian dan dua pengakhiran.
13"Gotong Royong"19 Jun 201144 Paragraph 4
Apabila Syed Dan Suresh ditugaskan untuk memberi semua tugas untuk hari sehingga bersih, mereka tidak boleh membuat keputusan yang mendapat tugas tandas. Apabila Syed merangka pelan bahawa orang yang terakhir untuk memilih mendapat tugas tandas. Malangnya, apabila Amirah mendapat tandas tugas, Syed dan Suresh membersihkan tandas untuknya. Tetapi akhirnya, Amirah tidak akan mempunyai menderita, kerana bapa saudaranya memiliki sebuah syarikat pembersihan.
14"BFF"July 3, 2011TBA
Luna sedikit menimpa Amirah untuk meja solek berlebihan. Amirah super-bengkeng mengambil suatu kesalahan dan kedua-dua gadis akhir dalam satu hujah, yang disaksikan oleh seluruh sekolah. Sensing peluang, Syed menawarkan yang terbaik persahabatan kepada Amirah. Akhirnya, Amirah Rindu Luna sebagai Kawan Baik Selamanya Kembali.
15"Robo Kieran"August 23, 2011TBA
Kieran tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan semua perkara yang dia mahu dan kajian, jadi Anding membina sebuah versi robot tentangnya. Malangnya Kieran tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengisi borang personaliti, jadi Amirah tidak sebaliknya, yang membawa kepada 1 Amirah seperti Kieran berjalan di seluruh sekolah. Akhirnya, Kieran memotong beberapa aktiviti beliau untuk memberi masa yang cukup untuk belajar.
16"Mana Amirah?"August 24, 2011TBA
Wai Chong menemui Satu Gambar dari Amirah kelihatan seperti dia takut. Apabila semua orang melihat gambar, mereka membuat idea-idea mereka sendiri apa yang Berlaku kepadanya. Walau bagaimanapun, pada akhirnya, Amirah sebenarnya adalah mengambil gambar emosi yang berlainan untuk memainkan.
17–18"Hikayat Hang Anding"August 31, 2011TBA
Wai Chong Baca Legend of Hang Tuah tetapi dia tidak memahami legenda. Untuk membantu beliau, Anding telah dia membayangkan bahawa dia dalam cerita Hang Tuah, di mana Hang Tuah (Anding) mendapat "diusir" kerana tertarik pada yang difikirkannya adalah gadis yang cantik di sekolah (Luna) dan apabila Ketua Mustach (Syed) mendengar, beliau berpendapat bahawa Hang Tuah telah musnah pada Amirah. Jadi dia memberitahu Sultan (Adam.) Apabila Sultan mendengar bahawa Hang Tuah telah tertarik kepada yang difikirkannya adalah gadis yang cantik di sekolah, dia memikirkan Kieran, jadi campuran sehingga membawa kepada Hang Tuah yang dibuang. Apabila Hang Jebat (Wai Chong) mendengar bahawa Anding dipecat, dia bertujuan membalas dendam, dan akhirnya, Anding dan Wai Chong begitu tenggelam ke dalam membayangkan legenda, yang mereka terlepas kelas mereka suppost membentangkan legenda untuk.
Nota: Masa Rehat Mempunyai Dua sebahagian daripada Episod.
19"Laporan Hari Ini"September 13, 2011TBA
Selepas membaca ramalan dan menerima A dalam kelas Seni, Kieran dan lain-lain mula percaya pada Ramalan. Luna, cuba untuk menunjukkan kepada mereka bahawa Ramalan tidak akan sentiasa benar.
20–21"Sekolah Musikal"September 14, 2011TBA
Julie mahu berada di dalam Musical Adam, tetapi terlalu malu untuk memberitahunya.Tetapi selepas Amirah memberitahu beliau bahawa walaupun dia mendapat menerajui dalam semua memainkan, Julie yang mendapat peranan yang dibintangi dalam persembahan muzikal, jadi Adam telah Julie sebagai membawa untuk muzikal.
Nota: Masa Rehat Mempunyai Dua sebahagian daripada Episod.

Peraturan Wai Chong

[sunting | sunting sumber]
  • 115B - Dilarang makan di merata tempat selain kantin.
  • 12A Perenggan 5 - Dilarang berkelah tanpa permit.
  • 17F - Dilarang memakai terlalu banyak aksesori rambut.
  • 18C - Dilarang menyebabkan orang pengsan di koridor.
  • 2055F - Dilarang membasahi lantai sekolah.
  • 300A - Dilarang membalas dendam terhadap sesiapa.
  • 3000A - Dilarang bergosip.
  • 302B - Dilarang berbau nafas busuk.
  • 3082A - Dilarang mengejek pengawas.
  • 382A Perenggan 5 - Dilarang menipu pengawas atau menganiaya kawan baik.
  • 5D - Dilarang membuang sampah ke dalam kolam.
  • 532B - Dilarang menaruh lipas dalam sandwic pengawas.
  • 533B - Jemput pengawas jika ada parti
  • 633C Perenggan 10 - Dilarang ber-shuffle dalam bangunan/koridor sekolah.
  • 75F - Dilarang memiliki ular getah tanpa lesen.
  • 200A - Jangan lupa untuk ber-shuffle dalam koridor.
  • 44 Perenggan 4 - Dilarang menyeksa orang di lorong awam.