Senarai Laksamana Armada (Thailand)
Penampilan
Laksamana Armada Thailand จอมพลเรือ | |||
| |||
Negara | Thailand | ||
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Diraja Thai | ||
Singkatan | |||
Pangkat | Pangkat lima bintang | ||
Diperkenalkan | 1888 | ||
Persamaan NATO |
OF-10 | ||
Pangkat tinggi seterusnya | |||
Pangkat rendah seterusnya | Laksamana | ||
Persamaan pangkat tentera udara | Marsyal Tentera Udara Diraja (RTAF) | ||
Persamaan pangkat tentera darat | Fil Marsyal (RTA) |
Chom Phon Ruea (Bahasa Thai: จอมพลเรือ , har. Marsyal bot) atau Laksamana Armada adalah pangkat tentera laut paling kanan dalam Tentera Laut Diraja Thai. Hari ini ia hanya dipegang secara istiadat oleh ahli kerabat Diraja Thai. Pangkat setaraf Tentera Darat Diraja Thai dikenali sebagai Chom Phon dan Chom Phon Akat bagi Tentera Udara Diraja Thai.
Raja Thailand selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai secara automatik dijadikan Chom Phon selepas naik takhta. Pangkat ini secara rasmi dizahirkan pada tahun 1888, bersama-sama dengan semua pangkat tentera yang lain oleh Raja Chulalongkorn (Rama V), yang ingin memodenkan angkatan tenteranya mengikut gaya barat.
Ketua Utama Tentera Laut
[sunting | sunting sumber]Potret | Nama | Memerintah dari | Memerintah hingga | Mangkat |
---|---|---|---|---|
Raja Chulalongkorn (Rama V) |
1 Oktober 1868 | 23 Oktober 1910 | ||
Raja Vajiravudh (Rama VI) |
23 Oktober 1910 | 25 November 1925 | ||
Raja Prajadhipok (Rama VII) |
25 November 1925 | 2 Mac 1935 (turun takhta) |
30 Mei 1941 | |
Raja Ananda Mahidol (Rama VIII) |
2 Mac 1935 | 9 Jun 1946 | ||
Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX) |
9 Jun 1946 | 13 Oktober 2016 | ||
Raja Vajiralongkorn (Rama X) |
13 Oktober 2016 | Penyandang terkini |
Senarai laksamana armada
[sunting | sunting sumber]No. | Imej | Nama | Hayat | Tarikh pelantikan | Nota | Ruj |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Putera Bhanurangsi Savangwongse | 1859–1928 | 1913 | Adinda Raja Chualongkorn. Memegang jawatan Ketua Jabatan Operasi Bersama. Juga menjadi Fil Marsyal Siam pada 1910.[1] Sebelum itu memegang pangkat Jeneral dalam tentera darat. | [2][3] | |
2 | Putera Paribatra Sukhumbandhu, Prince Nakhon Sawan |
1881–1944 | 1917 | Saudara tiri Raja Vajiravudh. Bertugas sebagai Menteri Tentera Laut (1903–1920) dan Menteri Dalam Negeri. Juga menerima pangkat Fil Marsyal pada tahun yang sama. Sebelum itu memegang pangkat laksamana dalam tentera laut. | [4][5] | |
3 | Plaek Phibunsongkhram | 1897–1964 | 1941 | Perdana Menteri Thailand (1938–1944 dan dari 1948–1957). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada tahun yang sama. Popular dikenali sebagai Chom Phon Por (Fil Marsyal Por). Sebelum itu memegang pangkat mejar jeneral dalam tentera darat. | [6][7] | |
4 | Luang Yuthasart Kosol (Prayoon Yuthasastrkosol) |
1905–1975 | 1956 | Timbalan Perdana Menteri Thailand (1957). Memegang jawatan Panglima Tentera Laut Diraja Thai dari 1951–1957. Juga berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dan Koperasi dan sebagai Menteri Kebudayaan dibawah PM Plaek Phibunsongkhram. | [8] | |
5 | Sarit Thanarat | 1908–1963 | 1959 | Perdana Menteri Thailand (1958–1963). Menjawat jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Menerima pangkat Fil Marsyal pada 1956. Kemudian juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada 1959.[8] Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat, laksamana dalam tentera laut dan ketua marsyal udara dalam tentera udara.[9] | [10][11] | |
6 | Thanom Kittikachorn | 1911–2004 | 1964 | Perdana Menteri Thailand (Januari hingga October 1958 dan dari 1963–1973). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat. | [12][13] | |
7 | Praphas Charusathien | 1912–1997 | 1973 | Timbalan Perdana Menteri Thailand (1958–1958). Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Menyandang jawatan Panglima Tentera Darat Diraja Thai|. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat. | [14][15] | |
8 | Permaisuri Bonda Sirikit | 1932–kini | 1992 | Permaisuri Raja Bhumibol Adulyadej. Juga menerima pangkat Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Mungkin satu-satunya wanita dalam sejarah yang mencapai pangkat tersebut. | [16] | |
9 | Putera Mahidol Adulyadej, Putera Songkhla |
1892–1929 | 1998 | Dikurniakan selepas mati oleh Titah Diraja. Ayahanda Raja Ananda Mahidol dan Raja Bhumibol Adulyadej. Lulusan dari Akademi Tentera Laut Imperial Jerman di Flensburg-Mürwik. Ditauliahkan pada 1912, Putera tersebut meletakkan jawatan dari tentera laut pada 1914 untuk mengejar kerjaya doktor. Sebelum itu memegang pangkat Kepten dalam tentera laut. | [17] |
Bendera pangkat
[sunting | sunting sumber]-
Bendera pangkat Laksamana Armada Siam
(1910-1936) -
Bendera pangkat Laksamana Armada Siam
(1936-1956) -
Bendera pangkat Laksamana Armada Thai
(1956-1979)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Senarai Laksamana Armada (Thailand) |
- Pangkat tentera angkatan bersenjata Thai
- Fil Marsyal (Thailand) (Chom Phon): pangkat setara dalam Tentera Darat Diraja Thai
- Senarai Marsyal Tentera Udara Diraja Thai (Chom Phon Akat): pangkat setara dalam Tentera Udara Diraja Thai
- Laksamana Armada
- Senarai laksamana armada dan laksamana besar
- Ketua Angkatan Tentera Diraja Thai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Royal Gazette, Awarding of Army Commissions, Volume 27, Page 2165, 18 December 2453 B.E.
- ^ Royal Gazette, Awarding of Naval Commissions, Volume 30, Page 2441, 18 January 2456 B.E.
- ^ Royal Thai Army. "จอมพล สมเด็จพระเจ้าบรมวงศ์เธอ เจ้าฟ้าภาณุรังษีสว่างวงษ์". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
- ^ Royal Gazette, Awarding of Military Commissions, Volume 34, Page 2867, 31 December 2460 B.E.
- ^ Royal Thai Army. "จอมพล สมเด็จพระเจ้าบรมวงศ์เธอ เจ้าฟ้าบริพัตรสุขุมพันธุ์". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
- ^ Royal Gazette, Announcement of Royal Decree, Volume 58, Page 981, 28 July 2484 B.E.
- ^ Royal Thai Army. "จอมพล หลวงพิบูลสงคราม ( จอมพล แปลก พิบูลสงคราม )". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2002. Dicapai pada 27 July 2016.
- ^ a b Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 73, Chapter 26, Page 1, 27 March 2499 B.E.
- ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 72, Chapter 20, Page 660, 15 March 2498 B.E.
- ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 76, Chapter 28, Page 12, 28 February 2502 B.E.
- ^ Royal Thai Army. "จอมพล สฤษดิ์ ธนะรัชต์". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2002. Dicapai pada 27 July 2016.
- ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 81, Chapter 3, Page 1, 11 January 2507 B.E.
- ^ Royal Thai Army. "จอมพล ถนอม กิตติขจร". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2012. Dicapai pada 27 July 2016.
- ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 90, Chapter 64, Page 1, 6 June 2516 B.E.
- ^ Royal Thai Army. "จอมพล ประภาส จารุเสถียร". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
- ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 109, Chapter 111, Page 1, 4 August 2535 B.E.
- ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 115, Chapter 4ข, Page 1, 2 March 2541 B.E.