Sempadan Laos–Thailand
Sempadan Laos–Thailand merujuk kepada sempadan antarabangsa di antara negara Laos dan Thailand. Sempadan ini berjarak 1,845 km, dengan lebih separuh adalah berdasarkan Sungai Mekong, dan bermula dari titik tigaan dengan Myanmar di utara ke satu lagi titik tigaan dengan Kemboja di selatan.[1] Setakat 2019, ada 20 laluan lintasan sempadan kekal, dan 29 titik perdagangan sempadan.[2][3]
Keterangan
[sunting | sunting sumber]Sempadan bermula di utara, yakni di titik tigaan dengan Myanmar: di pertemuan Sungai Kok dan Sungai Mekong, lalu menuruti Mekong ke arah tenggara.[4] Sempadan kemudian berpisah dengan sungai dan terus ke arah selatan yang meluas melalui pelbagai rabung bukit, turun ke Sungai Hueang. Ia kemudian mengikuti sungai ini ke timur laut sehingga pertemuan dengan Mekong, dari mana ia mengikuti Mekong dalam sebahagian besar sempadan. Di barat laut Pakse, sempadan meninggalkan Mekong dan kemudian mengikuti rabung Pergunungan Dângrêk ke titik tigaan selatan dengan Kemboja.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Laos". CIA World Factbook. Dicapai pada 19 September 2020.
- ^ "ข้อมูลช่องทางผ่านแดนและความตกลงเรื่องการสัญจรข้ามแดน". Foreign Affairs Division Office, Office of the Permanent Secretary, Ministry of the Interior.
- ^ "ດ່ານຊາຍແດນລະຫວ່າງ ສປປ ລາວ - ຣາຊະອານາຈກັ ໄທ" (PDF).
- ^ a b "International Boundary Study No. 20 – Laos – Thailand Boundary" (PDF). US Department of State. 18 September 1962. Dicapai pada 19 September 2020.