Semivokal
Penampilan
Semivokal, juga dipanggil geluncuran atau semikonsonan, ialah konsonan yang bunyinya hampir seperti vokal. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua semivokal yang disebut sebagai W dan Y (ditulis sebagai /w/ dan /j/ dalam AFA). Dalam bahasa Latin, walaupun semivokal ialah fonem, atau bunyi yang unik, tiada huruf khas yang digunakan untuknya. Huruf V dan I pernah digunakan untuk menulis bunyi /w/ dan /j/, dan huruf-huruf ini juga digunakan untuk menulis vokal /u/ dan /i/. Sebagai contoh, Gaius Julius Caesar dahulu ditulis Gaivs Ivlivs Caesar dan wain ditulis sebagai vinvm.[1] Huruf J ditambah selepas kejatuhan Empayar Rom untuk menulis semivokal /j/ untuk menunjukkan perbezaan antara /j/ dan /i/.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "CAIVS IVLIVS CAESAR". TheFreeDictionary.com. Dicapai pada 2020-04-18.